Saturday 13 July 2013

Cari Resepi Telur Sumbat

Bulan puasa ni senonim dgn makanan kan.. 
kat bazar mcm2 org jual. pilih2 aje yg mane berkenan
walaupun seharian xmakan, tp asyik pk nak beli lauk apa, kuih apa, makan apa
atau nak masak apa untuk berbuka
semua bab makan.. makan.. makan.. :-)

naik juling mata tgk makanan yg pelbagai kat bazar
mula la acident terlebih beli nnt
hihihi aku la tu..

tapi arini aku saje godek2 resepi dari kwn2 blog
skali tetengok resepi telur sumbat




Bahan-bahan :

5 biji telur rebus
90 g (½ cawan) udang, dikupas kulitnya, direbus dan dicincang
8 g (½ sudu teh) mayonis rendah lemak
5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang
2 tangkai daun ketumbar, dicincang halus
Lada hitam secukup rasa

Cara memasak :


1. Kupas kulit telur. Bilas dan toskan.
2. Belah telur memanjang kepada 2 bahagian. Dengan berhati-hati, keluarkan kuningnya.
3. Masukkan kuning telur ke dalam mangkuk besar. Campurkan dengan mayonis dan bawang putih. Gaul rata hingga sebati.
4. Masukkan udang, daun ketumbar dan lada hitam ke dalam campuran kuning telur. Lenyek campuran sehingga menjadi lembut.
5. Isikan setiap separuh putih telur rebus dengan campuran kuning telur tersebut.
6. Sejukkan seketika sebelum dihidangkan.


 meleleh ait liur tgk gambo ni.
menarik dan sunguh tertarik
lagi pun simple aje cara nak buat
aku suka tgk makanan yg menarik
mula la berangin nak masak itu ini.
 
semua ni aku jupa kat blog

pinjam yer Ummi Aira Walid
kat sape2 yg suka masak tu boleh la ke blog tuan punya k
banyak tul resepi yang menarik kat blog beliau.
:-)

No comments:

Post a Comment