Wednesday 14 December 2016

Gajet baru: iron board ikea

Iron board ina dah patah. Dah lama iron board tu.. Dari sebelum kawin lg. Ina beli masa duk rumah sewa ramai2 dengan kawan. Dah lama berguna pun.. Almost 7-8 taun. Dah melengkung tiap kali nak iron. Nak pergi beli iron board semata selalu tak ingat walaupun asyik ulang mall.

Bila nk iron tiap kali tu lah merungut. Terus laju2 ina kirim kat ps belikn iron board ikea.

Besar okeh iron board ni. Berbaloi beli. Terus feeling2 hotel gituwww..

Dah besar dabak camni makan ruang la plak.. Takpe takpe kite ejas.. Ni baru separuh jalan susun balik keadaan kat sini.. Satu mulig bar dah ina tanggalkan.

Tiba2... Rasa bilik tetamu combine sekali sebagai bilik baju ina ni perlu diubah susunan agar praktikal dengan barang dan keperluan semasa.

Cam nk kena tambah dekorasi kat sini. Tak berapa nk ceria je rasanya. Dah siap projek deko2 bilik tetamu a.k.a bilik baju ni ina share k. Projek taun depan gak kot.

Aktiviti hari cuti: cuci simen dekat laman

Asal cuti je mcm2 urusan rumah nk kena buat.. Sbb tu je waktu yg terluang bersama. Saje ngelat tak mo buat sorang2. Hiiiii alasan sgt ina kan.


Nampak tak... Berlumut simen kat laman. Musim hujan mmg camtu lah jdnya.


Hari kejadian kuar jalan2 je dulu.


Isnin selasa cuti so kite pakat kerjakan lantai simen yang berlumut tu.


Ramai yg nak.tlg papa buat keje


Yang kecik ni mmg over xcited. Suka sangat bais boleh join sama.


Hobi yg dah lama ditinggalkn.. Erkk nama lg hobi in shaa allah ada masa dan rezeki akan sambung semula minat berkebun. Taun depan lah tu.. Ntah bersambung ntah tidak.


Santai dah penat tolong papa.

Saturday 10 December 2016

Mencari idea dekorasi ruang tamu

Dah dapat sofa idaman terus gigih mencari idea nak deko camne ruang tamu umah ina tu..

Takde beli apa pn lagi pelakon tambahan kat ruang tamu tu.. Sofa semata lah setakat ni.. Bnyk pelakon tambahan yg asal kena reject.. Dah tak rasi nk ganding bersama.

Duk belek majalah.. Tgk blog, tny m.cik google dan ofkos jenguk fb deko2.

Dan dah 5-6 kali ulang ssf tgk meja kopi, wing chair, pokok pelsu, meja sisi dan cermin. Ni antara beberapa benda yg ina duk pertimbangkan tuk beli.

Tak mau gaduh2 beli.. Nak kena tengok gak sesuai x letak bersama.. Masuk tak dgn tema dan citarasa ina kan.  Lain org lain cita rasanya kan.


Sementara pelakon2 tambahan wujud, abadikan dulu gambar ni kat cni. Camni dah nk sebulan tau.

Takpe.. Tak perlu nak rushing. Biar puas ati beli apa2 pun kan. Kan free nnt ada sumtin ina nk beli kat ssf.. Kalau terbeli ina cerita.  Kalau tercancel gak xde lah nk potpetpotpet cni.

Tuesday 6 December 2016

Mencari idea dekorasi

lately ni terasa nak mengubah suasana
aura positif, semangat tu dah slow2 muncul
cuma masa lapang tu je belum ada
ntah apa yang disibukan sangat tu pun tak tau lah
mengalahkan jkkk plak rasanya.

ehh nak cerita pasal apa ni kan
melalut je manjang
hiiiiii

ofkos lah pasal deko
korang kan gemar kalau bab deko-deko ni
walaupun deko ina ntah apa2 kan
layankan je lah

maklumlah ina ni memandai aje pun
berdasarkan minat semata
takde ambik kelas ke apa
tu yang kejap kalih sana kejap kalih sini

nampak tak... susah ooo upenya nak deko ni
nak bagi sedap mata mandang
nak bagi setiap sudut bucu ruang yang ada berguna
lebih-lebih lagi dengan ruang rumah yang terhad

mmmm penyebab yang paling utama adalah bajet
kalau korang ada lebih bajet lebih mudah lah keje2 mendeko
kalau bajet tak berapa nak lebih
cam ina ni lah
seketul-seketul je lah tiap bulan
tapi kan minat tu ada
gigih belek tiap helai majalah
kan nanti gigih survey tiap kedai

erkk.. sebenarnya kan
sebelum korang beli apa2 pun barang deko
korang wajib fikir dan nilai dulu
sesuai tak dengan keseluruhan tema deko rumah korang tu
kan nanti cacat dan menyakitkan mata

asas-asas deko perlu lah ambik tau
cam korang nak letak frame kat dinding
korang tak boleh gantung tinggi mececah siling plak
yang baik adalah selaras dengan pandangan mata korang
dalam 1.3 meter hingga 1.5 meter dari lantai
camtuu... ada bakat acah2 rizalman tak
kalau tak sampai .. eric pun boleh gak lah
tak lawak okeh

beberapa gambar inspirasi tuk share nga korang









#notaina: membahagiakandiridenganrezekipinjamanallah