Followers

Saturday, 30 July 2016

Ubah susun atur hiasan kecil

Tetiba rasa jemu dengan susun atur barang2 kat rumah ni.. Nak transform terus barang2 yang besar tak mampu jadi kite gigih la ubah yang kecik2.. Pun boleh kan. Hihihi

Belum ubah pe2 sebenarnya.. Masih try n error.. Kalih sana pastu kalih sini.. Mmm tetap tak ummphhh...


Eerkkk cam xkena je.. Huhuhu

Barang pun yang sedia ada je kat umah ni.. Takde tambah yang baru..
Nak ubah2 aje kedudukan sebelum ni. Tu pun sbb mmg nk kena kemas umah sbb dah berkecah gara2 pasang aircond, sebijik aje pn tapi abis rumah bersepah.

Mood tak berapa nak rajin.. Tapi terpaksa la kan. Tak sangup nak hadap lama2 keadaan rumah yang sepah sana cni..

Ohh full versi ubah susun atur ni ina sambung next entri k. Nak sapu laman jap, nampk dah kurang memancar panas mentari tu.

Wednesday, 27 July 2016

Mula rutin baru

lahai.. lahai... lahai..
camni lah bila dah keje, menyepi dan bersawang terus blog ni
gigih ni ina curik2 buat entri, nak jugak kan.
start keje dari rabu 2 minggu lepas lagi
memang kalut ina sekarang ni..
biasa lah kan,  rutin baru.

minggu lepas lagi bertambah kalut
bais anak ina yang kecik tu alergik
ntah apa yang silap
puas ina pikir

kisahnya petang ahad minggu lepas
lepas ambik abg kat school terus ambik bais
niat lepas ambik bais nak pergi beli nasi tuk mkn malam
sampai kat taska bais
teachernya cakap bais naik ruam gatal2
masa tu takde fikir apa sangat
ingat ruam tu sebab tukar sabun basuh baru

tapi jauh sudut hati agak risau bila tengok ruam tu banyak
terus ina balik rumah tak jadi beli nasi
sampai kat rumah mandikan bais..
masa tu bertambah lah risau sbb alergiknya tu banyak
penuh kat peha, tangan kaki dan muka

malam tu bawak ke klinik
tapi atas nasihat sepupu ina yang doktor
esok pagi ina bawak bais ke TMC klinik pakar kanak-kanak
syukur dah hilang alergiknya tu

tapi pengalaman tu memang menakutkan
nasib abg gewe dah tukar tempat keje lebih dekat
malam tu dia terus balik.. bergilir gilir kami jaga bais malam tu
tak berani nak tidur, risau sesak nafas ke apa kan.

ruamnya tu teruk bengkak seluruh badan.. Arap tak berulang lagi.


Semoga hero kecik ibu ni sentiasa sihat.

Minggu lepas abg gewe panggil org tuk pasangkan aircond. Semua perabot dan brg2 ina alihkan. Sampai arini belum kemas balik tau.. Bersepah rumah.. Pitam tengok..




Nak kemas ujung minggu ni.. Lepas kemas nnt ina share k, ingat nk ubah hiasan2 kecik tu.. Asyik tempat yang sama je dah naik jemu nak hadap.

Saturday, 9 July 2016

Kemas rumah - ruang tamu

Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin sekiranya ada yang terguris hati dengan ina. Salah silap ina sepanjang kite kenal atau sepanjang korang baca blog ina ni.

Minggu ni jadi minggu paling cepat kot masa berlalu.. Dengan hati gusar nak tinggalkn si bais dekat taska.. Sayu je rasa hati. Ni ina baru balik ambik bais.. Ina tinggalkn dia dekat taska 2 jam. Supaya hari ina dah start keje nanti takde la bais terus ina tinggal sehariankan.. Cian anak ibu. Lahai.. Lahai... Mak yang hover okeh.

Balik pada cite kemas kemas rumah plak. Sebenarnya siap kemas ruang tamu ni hari yang sama dengan kemas dapur tu, sehari sebelum raya. Tapi tak sempat nak buat entri.

Kalut nak pack barang balik kampung lagi. Lewat bertolak balik kg aritu dah kul 4.30 baru gerak dari rumah.. Nasib baik jalan tak jam walaupn kereta dah banyak, sempat sampai pukul 7 sebelum berbuka puasa.


Ni gambar dari pintu masuk.. Kiranya masuk terus nampak tv tu.


Ni gambar dari ruang makan.. Takde apa sangat kat ruang ni. In shaa allah ada rezeki nak ubah suasana kusam kat ruang ni. Ruang tamu ni penting sebab kat sini pun ruang keluarga dan kat sini gak bila orang datang nak borak2 kan..


Depan pintu ina letak seketul meja konsol dengan frame kufi 4 qul.. Untuk lalu lalang meja konsol tu tak halang, kiranya ok la duk kat situ.



Tengah cari idea nak ubah ruang tamu ni.






Bestnya verangan sebab free kan.. Jadi moh la verangan secara berjemaah k.

Monday, 4 July 2016

Kemas rumah - dapur

Seperti dijanjikan ina nak update kemas rumah ikut ruangkan, ari last ramadhan ni jom jenguk dapur merah ina. 



Semua ruang kat rumah ina ni bersaiz comel. Kalau ikutkan ina tak suka sangat banyak barang atas table top. Tapi takpe la ada barang memang perlu ada kat atas tu sebab kekerapan guna barang berkenaankan.. Contoh periuk nasi tak gigih tiap kali lepas masak nak terus kuarkan nasi dari periuk simpan kat lain pastu nk basuh lap2 terus simpan periuk tu.. Erkkk mmg ina akui tak serajin itu. 

Jadi terlongok gak la atas table top disebabkan sikap tak rajin tadi tu.. Mak pasrah...



Ruang dapur ni kurus dan memanjang. Seingat ina dalam 17kaki panjang ruang dapur ina. Lebih kurang la sbb dah lama ukur masa 3 taun lepas nk buat kabinet dapur dulu lagi. So ingatan tu dah tak berapa jelas.


Macam biasa mesti ada rak tambahan menempel kat ruang2 kosong. Selagi boleh kan, bayangkan sebelum ada rak hyllis tu. Semua barang tu lepak ramai2 atas table top. Memang semak sangat kat mata ni. Tu laju je ina kirim kat ps, nak jugak beli barang ikea.. Huhuhu. Dah separuh duk kat rak ni ok la sikit.



Ni je dulu yang dapat share kat sini sebelum raya. Cerita cerituk ruang tamu in shaa allah lepas raya nanti. Selamat hari raya kat semua yang singgah kat blog ina.. Walaupn kite tak mengenali secara berdepan ina mohon maaf kalau ada ayat2 ina yang menyentuh hati korang, khilaf ina semua tu harap di maafkan. Maaf zahir batin.

DIY corak pada box

Ina ni tangan tak berseni tapi teringin nak diy jugak kan.. Hihi takde apa sangat diy nya pun lah. Setakat main tampal lebihan wallpaper je.

Asalnya beli box tu nak letak kat rak kabinet tv. Belah bawah tu kosong je dan ina letak box yg ina rasa tak bape sesuai kat situ cover wayar yang berselirat sebelum ni.

Godek godek dalam web ikea tengok mane box yang sesuai saiz yg ngam dan rege yang cun. Ina terjumpa dua box yang beza. Disebabkan dua2 berkenan dan tak pasti yang mane paling sesuai ina beli dua2 jenis box tu. Kalau pergi beli sendiri boleh belek2 sampai puas hatikan. Ni ina kirim kat ps tolong belikan.


Beli 4 box semuanya tapi yang kecik belah sana tu je yang ngam dan molek parking kat situ.. Yang saiz besar sikit ni tak cun sangat. Tapi dah belikan nak tunggu beli lain jenuh la. Itu yang tiba2 nak diy je lah.. Letak 1 je kotak belah yang saiz besar tu.

Kalau latak dua biji box besar saiznya tak sesuai.. Terlalu terkeluar... Ok cuba ubah sikit box ni bagi ceriakan hati yang lara ni kan.



Corak selamat dan corak tu je pun yg senang nk tampal.. Lebihan wallpaper yang ina cuba deko dinding haritu. Boleh la kan sementara nak beli 2 biji lagi box yang sama cam belah sana tu.


Sesi mengemas ikut ruang tu pun belum abis lagi. Tak tau la tu sempat ke tidak kan. Tinggal ruang tamu dan dapur je lagi.. In shaa allah kalau sempat ina update k.. Esok dah last puasa, kejap je kan. Arap kite dapat bertemu ramadhan lagi di tahun hadapan. Amin.

Kemas rumah - ruang makan


Ruang makan ni letaknya antara bilik utama dengan dapur. Kalau dari ruang tamu pun boleh nampak meja makan tu.

Ruang ni memang sempit je, cukup2 je letak seketul meja kecik camtu. Meja besar takleh verangan kan nnt tak muat nak menyelit ke bilik utama.

Dinding bilik kosong yang ngadap bar kaunter tu dah ada nak buat something. Dah beli pun, cuma tunggu abg gewe drillkan kat situ.

Sekarang abg gewe sibuk duk mengecat itu yang tak menyempat je. Aishhh dah tak sabar.



Ni je ruang makan, nak kemas pun tak ambik masa lama. Ni untung ruang kecikkn. Pusing pusing tang tu gak lah.. Ayat pasrah mujuk hati sendiri.

Sunday, 3 July 2016

Kemas rumah - bilik stor@soho@jemur kain

Wahhh panjangnya nama bilik tu kan. Bilik serba guna kekdahnya. Semua sumbat dalam tu.. Ngeri nak tunjuk kat korang. Harap korang xyah nak terkejut sangat la ye. Ina taknak bertanggungjawab kalau ada yang lemah jantung ke apa nanti.

Hiiiii kite mulakn dengan soho yang tak seberapa, tempat nak campak resit2 dan dokumen2 penting je kat sini. Supaya senang nak cari nanti. Tapi ina belum sempat nak susun elok2 ikut kategori masing. Semua masih bercampur.


Dalam bilik ni jugak selongok barang yang sepatutnya diletakkn dalam stor tapi sebabkan rumah ina takde stor jadi ina letak kat sini.


Alamak sikit lagi nak sampai siling. Kebanyakan barang abg gewe.. Bertabah la kan.. Takpe pelan2 kemas. Teringin nak ada rak besar yang boleh sumbat semua kotak2 tu. Ok last skali meh tengok tempat sidaian kain

Ehh dalam bilik sama ke.. Yer tuan puan punn dalam bilik ni okeh.


Haaa tengok muat sedan2 aje kat situ. Bilik ni la yang paling kecik kat umah ina dan kat cni gak la ina sumbat macam2 benda. Berguna sangat walaupn kecik.

Kemas rumah - bilik tetamu

Baru bersiaran lepas minggu yang bz dan memenatkan. Bukan penat kemas umah sebenarnya.. Bab lain tapi tak nak cite lagi pasal tu. Nak cite pasal kemas rumah yang tak siap2 lagi ni. Dah tinggal 2 hari je lagi nak balik kampung.

Sebelum ni dah ada kan ina cerita pasal bilik tetamu, masa tu takde tilam pun lagi. Dah siap kemas lebih kurang bilik tu moh lah kite abadikan dalam blog ni progress deko2 bilik tetamu tu kan.

Ahaaaa.. Deko la sangat .. Cam tak brape best guna perkataan deko, risau korang fikir ina deko ala2 rizalman gituw... Auhhh mantikkk lah.


Simple je bilik ni, sekadar ada katil seketul dan sebenarnya bilik ni berkongsi dengan baju bajan yg ina sangkut secara terbuka.. Dan kat cni jugaklah tempat nak iron baju bagai.



Nampak tak bertapa crowdednya bilik ni. Tak setenang gambar mula2 tu kan.. Hihihi asal ada ruang je macam benda pasti ada kat situ. Tapi serius senang ada tempat sangkut baju terbuka camni. Lepas jemur angkat terus sangkut kat cni, iron pun minima je baju tak renyuk terukkan. Maybe kena letak cermin besar seketulkan. Senang nak posing2 pilih baju yang nak pakai. Alah verangan ngalahkan retis plak.


Rare betul kipas stand seketul kat situ kan.. Hahahaha kan ina dah cakap mane je ada ruang pasti ada barang. Rumah mini ruang comel2 aje ni camtu la.