Monday 17 July 2017

ADUDU... BERHUTAN LIPUR BLOG INA

bukan adudu dalam boboi boy okeh..
lama nau ina tak adpet.. windu nak apdet
tapi ada satu hal yang ina tak reti nak buat
dan sampai sekarang pun ina tak buat
jadi ina apdet tanpa gambar k
sbb nak jugak apdet kan

banyak okeh cerita yg nak di apdet
kesana kesini, deko2 raya
beraya umah mil .. beraya umah mak kat trg
jejalan ke cameran ehhh bnyk lah

tapi frust pada diri sendiri yang tak berapa nk pandai
pastu liat nak usaha
dapat lah nk menolong kan.. uwaaaa

Saturday 27 May 2017

JAMU AIR KUNYIT DAN VITAMIN SHINEDERELLA

Lama tak apdet blog..
ina bizikan sesuatu... yang ina fikir ina patut gandakan usaha
asalnya ina tak plan pun.. tapi tetiba aje
ina cari something untuk diri sendiri
dan di gerakkan hati untuk berkongsi sama dengan kawan2 ofis

dari situ lah bermulanya bisnes kecik2 ina secara online
alhamdulillah bagi ina yang sangat baru dalam bisnes ni
ina rasakan sesuatu yang sangat teruja
sentiasa ada yang bertanya... customer bertanya aje pun
dah buat ina rasa disedari kehadiran ina sebagai seller on9
alhamdulillah

allah mudahkan urusan ina ni...
masih jauh perjalanan, baru permulaan
terlalu banyak kekurangan ilmu
menuntut ilmu dengan seseorang secara tak langsung
ina jadikan dia inspirasi ina dalam senyap
cuba applikasikan setiap tip yang diberi

yang penting buat dan cuba
buang jejauh fikiran yang negatif
belum buat tapi dah fikir macam2
malu lah, nanti orang cakap apa
taknak lah buat camtu nnt org fikir apa,
susahnya nak buat...

banyakkan alasan yang dicipta diri sendiri
tolak tepi.. terus move on
memang permulaan ni agak sukar
tak salah pun mencubakan
merangkak naik secara perlahan lebih baik dari tak bergerak langsung

ina tak bisness gah pun korang.. bukan founder atau pun leader
hanya sekadar agen kecik2 JAMU AIR KUNYIT




sila-sila lah korang ke FB ina : ina norlina
ig: wnorlinawjusoh dan page ina: Jamu air kunyit dan shinderella
 
sumbangan like korang pun dah cukup mengembirakan ina.. tq uolls

Saturday 8 April 2017

Sabah part 4 - zoo lok kawi wildlife park, tanjung aru, dataran todak, pasar filipina

bila tak laju laju buat entri
berlumut ijo nak sambung balik
tapi kan tak syok lah cerita sekerat2
cam berhutang bebannya tu tau

jadi bertabahlah siapkan semua entri pasal sabah
last entri dah pun ni

bersiap dan sarapan kat hotel siap2


Bais mmg peramah.. Semua org dia tegur. Duk lambai2.

kalau ikut plan asal nak ke pulau
orang cakap pulau2 kat sabah ni cantikkan
pulau mamutik, pulau manukan dll
pakej bot kesana pun tak mahal

tapi ina cancel sbb keadaan cuaca.
semalam tu hujan kan
ina risau laut bergelora ke apa
nantikan ujan masa kat sana
mak2 ni susah ckit.. macam2 pikir
risaukan anak2

abang gewe pun tak kisah mane nak pergi
jadi bincang2 tu kami sepakat pergi ke zoo
yang ni abang amzar memang suka sangat
dia sukakan binatang
terutamanya tiger

walau asalnya nak bagi pengalaman baru pada abang amzar naik bot bagai
takpelah lain kali je lah.. ada rezeki in shaa allah


Sempat lagi tidur masa otw gi zoo


Mula2 sampai nampak anak gajah batu ni.. Terus abg amzar nk sentuh.. Yg boleh lah sentuh ye.. Yg betul jgn cuba2.




Dia punya semangat tu.. Berkerut dahi baca map pastu tak tahu nk tuju belah mane.. Huhuhu




Semua berpeluh2 mendaki bukit.. Baru bukit.. Xberangan lah nk sampai puncak kinabalu.



luas gak zoo ni. Penat round. Mcm2 gak lah binatang yg ada. Dah tengok semua haiwan yg ada jom cari makan.





singah makan sebelum balik ke hotel tuk rehat
masa makan ni abg amzar tidur
nampak penat
bila sentuh kepala dia
badan dia panas.. dedar nak demam

balik hotel bagi ubat demam
dan biarkan dia tidur
tengah hari tu kami tak kemana
petang abg amzar dah bangun
mandi2 bagi segar dan bagi ubat sekali lagi

sepanjang travel kali ni ina mmg utamakan anak2
sentiasa pastikan derang minum dan makan dengan kerap
dah ada pengalaman sebelum ni balik holiday
anak masuk hospital
so memang beringat sangat.. kite nak happy
tak mo ada yang sakit
kalau travel dengan anak2 wajib bawak segala ubat2
stanby apa saje

petang kami ke tanjung aru
kat sini  bagi ina biasa2 je..
tapi ramai orang yg duk tunggu sunset









abang amzar main belon
adik pun cuit2 belon tu


beli durian sabah
hiii biasa2 aje duriannya
tapi ina memang antu durian
pantang tengok nak gak beli
satu bekas ni rm20
beli 2 bekas je

ok next cari makan
kiteorang ke dataran todak
kalau siang mungkin lagi cantik kot
sebab dataran ni mengadap laut

kami makan kat tepi dataran todak
kat sini mak aishhh
segar2 seafoodnya tu








rasa nak kesemuanya
yang utama lobster.
kerang bakar
Sotong celup tepung
Kekapis ke apa ntah sejenis kerangan pun sedap gak
ikan tiga rasa dan ikan bakar
ikan tu besar sangat
kalau korang tak ramai
nak jugak menu ikan tapi semua ikan besar2
jadi korang boleh mintak dia masakkan dua menu dengan sekor ikan tu

Mmg puas hati makanan yg sedap dan bnyk gila.. Harganya pun berpatutan.. Semua tu rm270 je. Cuma kan air kat sabah ni tak umphh cam kat kelantan lah.. Hiiiii tak kaw dan tawar. Xpe lah.. Jaga kesihatan. Kihkihkih.

Lepas makan soping dulu keronsang dan gelang mutiara utk bwk balik.. Amplang dan kuih cincin pun wajib angkut balik.. Xde plak gambar masa soping. Masing2 berangkut penuh tangan.

Ready utk balik




Flight kiteorang delay.. Pastu siap tukar gate.. Phewww


Byee sabah bah.. Next time ada rezeki kami dtg lagi.



Yeayyy... Masa dtg abis.. Time balik dpt gak abg amzar nk nuget bentuk airplane ni.


Pandora mutiara sabah.. Cantikkan. Murah je tau. 4 utas rm50. Belikn utk teacher amzar, teacher bais, keronsang tuk mak, kakak, adk, kwn ofis. Amplang dan kuih cincin pun tuk semua gak. Arap semua berpuas ati dgn ole2 yg tak seberapa dr sabah.

Simpan kat blog elok2 cerita short vacay ke sabah utk kenang kenangan di hari tua nnt.

Friday 10 March 2017

Sabah part 3 - kinabalu park

Sambung perjalanan ke kinabalu park pulak.. Sebelum tu singah beli kepak ayam bakar dulu.


Mmg mebeles kepak ayam ni bg yg suka pedas.. Sos black paper tu pedas amat tp sedap. Camne tu.. Kalau nk tau korang kena beli dan rasa sendri. Tapau je kepak ni sbb masing2 masih kenyang.

Kinabalu park ni nk msk bayar rm3 sorang. Kami terus menuju ke timpohon tempat check point pertama pendakian.




Nak ke timpohon korang boleh drive tau.. Xyah gigih mendaki lak. Hiii


Kat sini lagi sejuk. Abg amzar jumpa 4-5 ekor tupai yg jinak.. Boleh bagi makan kat tapak tangan. Seronok lah bercerita pasal tupai tu.






Dan sbb dah tengah ari kabus dah tak berapa tebal so akhirnya boleh nampak puncak gunung kinabalu. Rasa cam sangat dekat je. Ewahhh mampu ke nk sampai kan.

Yg peliknya gambor jelas puncak nan hado plak. Tak kisah lah janji posing berlatar belakang gunung.. Harus lah kan.. Dah sampai sabah wajib lah tengok gunung kinabalu.

Ok next tempat sepatutnya rumah terbalik. Tapi semua tidur kerana kepenatan terskip lah tempat tu.. Ina suggest kalau korang dr kk ke kundasang elok singgah otw ke kundasang sbb rumah terbalik betul2 tepi jalan ke kundasang. Nampak dari jalan utama.

Bye bye kundasang.. Sampai kk kami terus check in hotel tabung haji. Dah cukup luas utk ina 4 branak.



Malam plak kuar mkn je kat imago mall. Sempat tengok tarian tradisional masyarakat sabah. Nama tarian ina xtau.



Abg amzar berminat sangat nak tau.. Dia intai sampai ke depan.




Semua dah mkn jom balik tidur.. Esok ke zoo, tanjung aru, todak water front.