Sunday 14 September 2014

Taska Pertama Untuk Anak

Peristiwa ni dah lama pun
baru nak bercerita...
sejak dari beli rumah baru lagi plan nak hantar amzar ke taska
sebelum ni amzar duduk dengan mak sedara dia (rumah mak mertua)
memandangkan umah mak mertua ina agak jauh
so lebih mudah amzar duduk taska yang lebih dekat

tapi itu la.. survey sana-sani
pejam celik pejam celik dah hampir setahun duduk rumah baru
dan amzar still dihantar ke umah mertua
baru-baru ni lebih kurang 2 bulan sebelum puasa

di fikir-fikir, dihintung-hintung
akhirnya ina buat keputusan bermula bulan puasa
amzar akan di hantar ke taska



Taska penyanyang bawah seliaan JKM
dalam 30 orang jugak kanak-kanak kat sini
dari umur 2 tahun hingga 4 tahun
suasana taska nampak kondusif kepada kanak-kanak
banyak mainan, cuma kat luarnya kurang ceria
namun berpagar dan selamat


hari pertama siap bawak mainan dia
ina biarkan.. mungkin dia rasa lebih selesa bila ada mainan kesayangan kan
cam kalau budak pompuan mesti bawak teddy bear

sayu jugak hati bila nak tinggalkan amzar hari first ni
walaupun masa hantar borang ina dah bawak amzar sekali
untuk dia kenal-kenal taska dia

ina cakap nanti amzar akan duduk kat sini la
ni school amzar, bestkan ada mainan
ada kawan-kawan

hari ni dah 2 bulan setengah amzar ke taska
walaupun awal2 dulu macam-macam dugaan
tapi sekarang amzar dah ok
dah tak menangis
alhamdulillah dipermudahkan allah segala urusan



Wednesday 10 September 2014

Projek Pasang Paving Block (tapak gajah)

Lama dah berangan nak pasang paving block ni
sebab utamanya depan umah ina berpasir
menyebabkan area depan umah menjadi
kegemaran kucing untuk melepaskan hajat

uhhh... mmg tak senonoh betulkan
dengan baunya semerbak
tak sesuai aroma sebegitu menyambut tetamu yang datang


huahuahuah... stress tuan rumah okeh.


bermula la pencarian paving block idaman kalbu
hihihi xde lah yang secangih mane
over ayat aje tu

pengalaman ina dan husband la
yang korang kena tau atau ambik tau sebelum beli
paving block ni

1. ukuran keluasan tempat yang nak dicover dengan paving block tu
2. jenis paving block yang korang nak contoh cam kat bawah ni

tapak gajah dan tapak kacang yang biasa orang pasangkan
sebenarnya banyak lagi bentuk lain

maklumat ni boleh cari dengan makcik google tau
setiap jenis berbeza tau bilangan dalam ukuran 1 meter persegi

yang kami pilih bee pave.. bentuknya cam gambo bawah ni
bentuk ni memerlukan 46 biji dalam 1 meter persegi
harga seketul 90 sen aje


biasanya serahkan aje pada tokei kedai tu
dia akan kira brape bijik yang perlu dibeli
tapi.... menjadi satu kelebihan sekiranya korang
boleh kira sendiri
maklum lahkan tokei tu dia niaga

nanti dah siap pasang keseluruhan ina cite balik
kos beli paving stone tuk umah ina ni dalam 2K
upah lum bayar lagi sebab lum siap lagi kan



Tuesday 9 September 2014

Pokok Yang Menghiasi Laman

Cuaca yang panas amat di siang hari sekarang ni
malam lak hujan
memandangkan dah setahun duduk kat rumah baru ni
mula rasa minat untuk tanam pokok

tak kisah sangat pokok apa
asalkan boleh menyejukkan suasana rumah
petang-petang boleh lepak kat luar rumah
teman anak main
kite lak boleh berkebun
tak pun sekadar tilik-tilik pokok yang ada
sesi menyiram

korang percaya tak
berdampingan dengan alam semulajadi ni
boleh menjadi terapi minda tau
dah penat-penat kerja kan

kali ni just nak kongsi dengan kawan-kawan
beberapa pokok yang ada kat umah
beli sikit-sikit time ke nurseri


ni rose jepun atau lebih glemer RJ
ina ada warna pink putih dan oren aje
tu masa mak datang umah dia bagi 4 keratan
tapi arini ina dah ada lebih kurang 15 pasu
senang hidup melalui keratan batang
berbunga hari-hari

yang ni xsure sangat namanya
orang nurseri cakap pokok lidah ayam
daunnya banyak dan ada bunga putih yang kecik-kecik
harganya RM5 aje satu pasu...
balik rumah ina pasukan dalam pasu yang lebih besar



kat atas ni pokok spider plant
mungkin di sebabkan anak-anak pokok yang berjuntai 
dah macam spider bergayut kot namanya camtu
harganya RM12 satu pokok


ni la adenium atau juga dikenali sebagai kemboja cina
ina beli masa ekspo flora kat RTC Kelantan haritu
harga bergantung pada kematangan pokok
yang umbi pokok besar harga lebih mahal
yang cam ina beli ni RM45
beli dua satu bunga merah gelap
satu lagi pink



ni salah satu kemboja yang ina ada
yang ni ina beli RM20 kat nurseri
harga mahal sikit sebab kacukan
(mengikut kata tokei kat nurseri)
bunga merah gelap

satu lagi pink... kemboja kampung hanya RM15 satu pokok
satu lagi kawan bagi keratan batang
so free aje la :-)



ni lak kat belakang rumah
pokok ni orang panggil pokok duit
ina letak tepi sinki
kawan kat ofis bagi
sebab dia nampak ina ambil daun pokok ni kat pokok yang ada kat ofis
kantoi la kan...
rezeki.. 2 minggu lepas tu dia bawak satu pasu terus kat ina
ina dah letak dalam pasu yang lebih besar
cuma belum taruk tanah

nampak tak yang kat atas tu
pokok lidah jin
itu pun diberi oleh jiran ina
jimat dan selamat duit kan



daun padan beli nurseri RM7
limau kasturu RM8
limau purut RM5



pokok kunyit pun ada
hihihi serba sedikitkan
senang bila nak pakai
boleh ambik aje kat belakang rumah
kunyit ni mak bagi
ina tanam aje



pokok mulberi ni ina beli dari kawan FB
rm10 dapat 4 keratan
cucuk aje pada tanah
senang hidup
dan cepat berbuah
nanti berbuah ina cite nanti


pokok yang bunganye tak pernah putus
asalnya ada sepokok aje
sekarang dah ada 3 pasu
dalam satu pasu lak ina cucuk sampai 4-5 pokok
senang nak jaga
tak perlu perhatian sangat
namanya ina lupa
(bunga mak datin kot)
kalau salah maaf ye kawan-kawan

yang ni dulu la ina crita k
banyak gak lagi, next entri lak
laman rumah masih selerak
belum disusun atur dengan baik

:-)

Sunday 7 September 2014

Hias Laman : Taman Mini

Kekonon la nak buat taman mini
tapi kekdahnye.. takde nak rupe taman pun jadiknya
takpe la kan.. ada impian pun dah kira okey

ina dah ada cerita sebleum ni kat SINI
pasal taman mini ni


ni rupa area ni lepas dah topup tanah
sebagai persiapan nak tanam rumput
letak siap-siap step stone saiz 1 x 2 kaki
ina beli kat nurseri
harga satu tu RM25
bodek-bodek sikit adik kat nurseri tu
dia bagi RM22

step stone tu letak kat situ sebab
tu area air dari atap terjun
kalau dah cakap terjun tu paham-paham la kan
tanah area tu berlubang
kalau tanam rumput pun pasti  tak dapat beratahan


runput karpet ni jenis rumput karpet jepun
diberi orang aje.. so tak de kos beli rumput
phewww...jimat!
letak tempayan sebijik kat situ 
air tu nanti boleh terjun kat dalam tempayan tu terus


area ni dah berkali-kali di ubah
mula-mula dulu pokok ni aje menginap kat sini
kemudian...



pastu... setelah beberapa kali di ubah susunannya
jadi camni lak



tak ada la plak gambar keseluruhan area ni
lain kali ina masukkan k
lagipun sekarang ni duk pasang paving stones
pasu-pasu pokok dari belah depan tumpang sekaki kat sini dulu
semak rupenya.
nanti dah kemas baru cite balik.



Hias Laman : Area Depan Sliding Door

Kembali bersiaran setelah lama menyepi
bz kah?? huhuhu agak bz la jugak lately

dah tak tau nak mula dengan cite apa
serius mmg banyak gila nak bercerita kat korang

apa pun.. ina cite ikut gambar mane yang ada dulu la kn
kalau gambar tak de xbest nak cite
nanti korang pun tak paham kan.
perasaan aje.. ada tak yang sudi baca..
(mihmihmih)

kali ni ina cerita projek hias laman depan sliding door
area ni ciput aje.. kebetulan masa beli paving stone aritu
terpikir nak buat projek kecik-kecik area tu
tanam rumput semua pn agak bosan gakkn

mula-mula letak bata merah tu sebagai boder
lebih kurang 50 biji diperlukan
harga bata tu hanya 30 sen aje satu


kemudian susun step stones tu 7 biji
step stone tu suami ina yang buat sendiri
jimat kos :-)


susun pasu dua tiga ketul
tanam pokok calathea dalam tu
diharap pokok tu akan tinggi melepasi pagar
supaya suasana kat area ni redup dan sejuk

kos pasu tu RM6 sebijik
pokok RM8 satu (1 polibag okeh)
pasu putih yang ditabur tu RM15/beg
untuk cover area ni perlu dalam 5 beg
dan ina beli satu beg yg warna itam tu
batu yang warna itam mahal sikit RM18/beg

simple-simple aje
semua DIY sendiri
sebagai aktiviti ari minggu



dalam gambar no.3 kalau korang perasan
sepanjang tepi pagar tu lum ada apa-apa pokok lagi
sekarang dah ina tanam spider lily dan jugak pokok buluh
gambar terbaru tak ada la..

Sunday 25 May 2014

Menyepi dari blog

ewahhh.. tajuk kemain lagi kaannn!!
lama dah tak buat apa-apa entri

ada yang menanya kemana menghilang
xceli takde pegi mane2 ponn...
cuma mood kelaut nak menulis

dengan kebizian yang melanda
dengan masalah teknikal nak transfer gambo 
ke pc... last skali terus menyepi

apa pun... ina akan update cite yang berlambak
macam-macam cite yang ada

pejam celik pejam celik dah hampir setengah taun dalam 2014
kejap aje kan... dah nak masuk bulan pose
pastu raya..

disebabkan itu kot.. kami agak bizi
rumah yang tak seberapa itu
seboleh-bolehnya menjadi
tempat yang paling best nak lepak-lepak
yang mendamaikan
yang menenangkan
tempat yang selamat tuk anak-anak bermain

banyak list projek yang masih menunggu
dengan kudrat yang tak seberapa
kayuh perlahan-lahan

ada lah sedikit perubahan
yang bakal ina update kat cni nanti

ada dua tiga ina hutang entri kan
pasal taman mini depan umah aritu
pun belum dibuat entri

tujuan ina hanya ingin berkongsi
yang baik mungkin boleh dijadikan
panduan kepada kawan-kawan semua
yang tak elok, tak cantik 
boleh dijadikan tauladan

jupe lagi dilain entri okeh

Tuesday 25 March 2014

Kenapa Memilih Shaklee Sebagai Punca Pendapatan Sampingan

Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop sahaja!
 
Ina seorang pemalu dan saya tidak ada pengalaman berniaga pun. Saya tak pandai nak terangkan produk. Ina tak pandai nak pujuk-pujuk orang supaya membeli produk yang ina jual. Tapi di Shaklee dalam Group Shaklee Ina, hanya perlu sharing dan 'cerita' sahaja pengalaman dan kebaikan Shaklee. Dan paling best, semuanya dibuat menggunakan jari jemari sahaja iaitu menaip di laptop atau pun di smartphone! ina percaya anda juga mampu melakukannya.

Memberikan saya masa kerja yang fleksibel

kerja yang fleksibel

Bagi yang tercari-cari bisnes untuk dilakukan daripada rumah sambil-sambil  menjaga anak dan suami, maka Shaklee adalah jawapannya. Untuk membuat sales di internet kita tidak perlu duduk di hadapan laptop 24 jam. Mungkin kita cuma perlukan 1 jam untuk updateblog dan facebook, 1 jam untuk membalas emel, 30 minit untuk merangka pelan bisnes anda, 1 jam berurusan dengan pos laju dan 30 minit cod vitamin. Lagi 20 jam adalah kepunyaan suami dan anak-anak kita! Best tak?

Tidak perlu menyimpan stok
Kenapa? Tak percaya ke? Cara menjual barang di Shaklee senang sahaja. Cuma perlu rasai dan kongsi pengalaman anda. Apabila mendapat pesanan dari pelanggan ina cuma perlu emel kepada Shaklee dan biarkan mereka yang packing dan poskan untuk pelanggan ina. Mudahkan? Kalau anda sedang bercuti-cuti di oversea pun anda masih boleh membuat perniagaan anda ini! Boleh juga simpan stok sedikit untuk cod atau pun nak pos sendiri.

Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya
Shaklee memang MLM. Group Sahklee Ina telah mencetuskan revolusi MLM. Cara konvesional MLM yang lapuk sudah dipinggirkan. Semuanya berasaskan online. Anda juga akan diserap ke group online untuk mendapatkan tips dan coaching dari leader. Shaklee bukan skim cepat kaya atau pun MLM yang hanya menjaja marketing plan sahaja. Kekuatan Shaklee adalah produknya. Kalau anda menyertai ina pada hari ini, dan jualan anda melebihi jualan ina, maka anda akan mendapat bonus LEBIH daripada ina. Dan sekiranya anda lebih rajin daripada ina, maka anda juga boleh naik pangkat lebih cepat daripada ina. Pendek kata, Shaklee bukan bisnes 'siapa banyak kaki dia banyak duit' tetapi Shaklee adalah bisnes yang sangat adil 'siapa paling rajin dia banyak duit'.

Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!
Istimewanya Shaklee adalah kerana kekuatan produknya. Bagi ina, sekiranya mahu menjual sesuatu produk kita kena pastikan produk itu berkualiti dan selamat. Produk yang berkualiti akan meraih kepercayaan daripada pengguna. Kepercayaanlah yang akan membina nama kita dalam dunia perniagaan dan akan berlakunya pembelian berulang. Kita juga berasa puas dan seronok  apabila dapat menggembirakan orang lain dengan produk yang berkualiti dan selamat.

Jaringan Group Shaklee Ina memberikan support dan guideline kepada ahli-ahlinya
Ina diberikan panduan dan sokongan motivasi daripada Master-Master kami yang sangat hebat! Ada antara mereka ini sudah mempunyai pendapatan mencecah 6 angka! Percayalah ianya tidak MUSTAHIL walaupun anda cuma seorang suri rumah.


kerja yang fleksibel


Bermula dengan modal serendah RM65 ataupun tanpa modal langsung
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai Shaklee. 


Caranya senang sahaja. 


  • Hubungi ina untuk menyertai keluarga Shaklee Superb Vitamin di bawah naungan group Shaklee Ina
  • Ina akan uruskan proses pendaftaran dengan mengisi borang keahlian anda.
  • Bayar yuran keahlian sebanyak RM65 (Sila tambah RM10 untuk kos pengeposan)
  • Atau pun membeli produk Shaklee berjumlah 200uv atau bernilai lebih kurang RM660 dan anda mendapat keahlian secara percuma

Banyak lagi sebenarnya cerita best mengenai bisness Shaklee ni. Nak tahu lagi kenalah join bisness ini bersama ina tau. Lakukan anjakan paradigma terhadap diri anda. Titik tolaknya bermula selepas anda membaca entri ini. Jom menjana pendapatan dengan Shaklee.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran keahlian Shaklee  boleh hubungi ina di:

no. hp : 019-9826596 (whatsapp)
fb : Ina Norlina
 



Sunday 23 February 2014

Kisah Lama Menyepi

Al-kisahnya ina memyibukkan diri 
dengan minat baru
semangat baru, harapan baru, 
peluang yang ina tak nampak sebelum ni

tak minat pun, rasa cam alaaahhhh.... 
berapa sen la sangat
susah la nak kena cite itu ini kat orang
nak kena pergi beli dan pos bagai

tapi...... takdir tuhan, akhirnya
ina dah jatuh hati tau
siang malam tanpa jemu
misi dan visi makin jelas
di 'guide' oleh master yang hebat
Alhamdulillah.
SHAKLEE DI HATI!!

best.. best dan memang best.
kat kawan-kawan yang cam berminat je
tapi masih ragu-ragu
boleh hubungi ina 019-9826596

ina boleh add korang dalam group whatsapp ina
segala macam tips, petua, langkah-langkah
akan diberitahu sedetailnya kat korang 
asalkan anda ada kemahuan

bisness mudah, sambil main fb, wasap, wechat, ig
daripada korang belek-belek fb dan segala mcm lagi tu
tanpa dapat menjana side income
mehhhhh... cepat-cepat whatsapp ina 

tak perlu labur beriban-riban pun
hanya yuran ahli RM65 sahaja.
dah panjang lak jadinye n3 kali ni
lepas gian nak merapu kan

nak tahu lebih lanjut terus aje contact ina okeh
sedikit info kat cni side income dengan SHAKLEE 
 


Tuesday 28 January 2014

Rumput Karpet dan Taman Mini

Sejak akhir-akhir ni
memang bz memanjang
macam-macam hal nak buat
bisness shaklee yang makin maju
deko-deko rumah yang tak siap-siap
kerja kat ofis dan macam-macam hal

dah lama menyepi
tak menyempat nak update blog
arini ina nak kongsi
cerita rumput karpet
ingat lagi tak n3 ina sebelum ini 
kalau tak ingat boleh tengok SINI

dah hampir dua bulan tanam rumput karpet
hasilnye.. taraaaa...


tompok-tompok cam taik unta aje kan
hihihihi

walaupun banyak dugaan
kerana rumput tu telah diserang anai-anai
tapi keseluruhan nampak segar


ini la rupe rumput tu bila di serang anai-anai
kat rumput pun nak bersarang kan



tak sabar nak tengok rumput tu semua 
penuh menutupi tanah
dah ada yang menjalar tu

sekarang planning nak buat mini taman
kat depan umah


 tempayan tu ina beli rm150 
di green garden wakaf bharu
mmg cantik-cantik pasu kat sana
rambang bijik mata

pable wash atau step stone tu
harga rm23 satu
ina beli dua aje
sebagai alas tempat nak letak tempayan tu nanti



pasu hitam putih dua ketul tu
rm6 aje sebijik
pokok krismas tu ina beli masa
pergi cameron aritu rm10 satu
pokok cam kelapa sawit tu lak
rm12 satu

apa pun.. taman mini ni
projek utk cuti raya cina ni
rumput karpet dah beli
hasben nak tanam kat taman tu
erkkk boleh angap taman ke?

 ina update cerita cerituk taman 
yang tak seberapa ni kat n3
seterusnya k.. :-)



Friday 17 January 2014

Cara Mencuci Mesin Basuh

Kali ini nak kongsi cara 
bersihkan mesin basuh
yang telah banyak berjasa tu
setelah 4 tahun guna
tanpa pernah dicuci
apatah lagi di service
mihmihmih kejam betulkan

ehhh... mesin basuh pun nak kena cuci ke
ofkos lerr akak-akak sayang
derang pun memerlukan perhatian

ina pun baru tau
apa lagi cepat-cepat order dengan kawan
power max wash drum cleaner

taraaaa



ini la yang ina gunakan
beli kat cosway
ramai yang dah guna cakap elok
lagipun tak de la mahal pun
RM9.80 satu kotak 


dalam satu kotak tu ada dua paket serbuk
sekali guna hanya satu paket

caranya mudah aje


masukkan satu paket pembersih tab mesin pembasuh.
penuhkan air dalam mesin basuh korang tu
sehingga tahap maksimum okey
biarkan mesin berputar selama 2-3 minit
biarkan atau rendam selama 5jam


selepas 5 jam 
segala kotoran dah terapung
so... sila lah lengkapkan satu putaran basuhan

hasilnye memang memuaskan

- membersihkan sisa yg terperangkap dalam mesin basuh korang
- menanggalkan kerak atau daki sabun
-menyahkuman


selamat mencuba ye kawan-kawan