Followers

Wednesday, 25 January 2017

Projek susun atur : Dapur

Ok nak sembang2 nga korang pasal susun atur pantry atau barang barang dapur korang.. Camne korang atur segala macam mak nenek tu.

Ina dah 3 taun nk buat susun atur siap berlabel lah konon.. Sampai ke sudah pun belum buat.

Tapi suka sangat tengok rumah2 dalam blog terutama umah oversea nun sana.. Derang buat susun atur setiap perkara, setiap barang, setiap sudut setiap item.. Waw sangat.



dapur kecik ina.. merah ang ang gituw. i like red so much. terang dan menyerlah.
ok alas kaki dah beli yang baru, nanti ina share k.


lesung batu pun bertengek kat atas table top.. phewww!! tak tau nak simpan mana.


kelaut susun atur. bekas aiskrim pun nak jugak simpan. ni yang selalu berlaku buka bekas aiskrim yang adanya ikan. krik..krik..krikk. mak ko kejam sangat kan.


bersepah jugak. nak cari bakul ala-ala rotan tuk letak kat rak tu.. korang rase cantik tak.


label mane label???? tiap kali nak guna rempah angkat satu2.. sekian.


ya ampun.. camni ko susun ina. hikhikhik.. tu apa yang cap sauh tu.. baik!! nanti buangkan.

abg gewe kalu mintak belikan barang dapur pasti beli tepung gandum, susu pekat manis yang jarang sangat guna kat rumah ina ni. tepung gandum biasa ina buat basuh ikan je. baking?? tak reti okeh. huuuuu tak sangka tepung gandum tu tak elok. mmmm maggi tu tu tak elok kan.. semua makan semua bedal. tu mudah sangat kena penyakit yang macam2. lahai... mintak jauh lah sakit2 ni.

in shaa allah tahun 2017 ni nak buat sikit-sikit susun atur setiap barang dalam rumah. susun atur ni memang yang paling susah ina nak buat. perlu kerajinan dan disiplin supaya semua berada pada tempatnya. tengoklah nanti camne. kot azam je lebih bab susun atur ni. skali bertukar taun pun cengitu jugak lah. hihihi




Friday, 13 January 2017

Cermin ikea


Beli cermin ni sbb nak letak dalam bilik tetamu sebagai cermin solek.
Pastu berubah plannya sbb chest drawer lum beli dan yg nak beli tu dah discontinue pulak.

Patut lah jenuh ina tengok dalam web ikea tu.. Nan hado pun yg ina nak tu.. Ada yg sama tapi 4 drawer. Ina nk yang 3 drawer baru elok cermin kat atasnya.


Jadi sekarang ni duk fikir kat mane nk letak cermin tu. Nnt dapat idea ina share kat mane ina letak k.

Thursday, 12 January 2017

Cara simpan tudung/selendang

Kisahnya bermula disebabkan melipat kain 2 bakul selama 5 hari. Tak siap2. Lipat sehelai dua bais meragam.. Mula pikir bagus kalau semua hangerkan aje termasuklah tudung yg leceh plak nk melipatnya.

Ina takde cara yg tetap pun simpan tudung. Bergantung pada jenis tudung lah kan.. Cam dulu2 pakai tudung bawal simpan dalam almari lipat2 camtu.. Kemudian beralih tudung yg awning plain tu, kainnya xkedut sejuk dan berat tu.. Simpan pada hanger yg ada ruang bulat2 tu..

Pastu berubah arah plak pada tudung awning dgn kain chiffon bercorak. Masa ni gila nau nga fareeda. Abis lain2 tudung bagi pada org.

Dan sekarang lebih sukakn plain shawl dan tudung bawal menyerang kembali.. Selai dua tudung bawal bercorak pucci pun ada.

Jenis tudung dah berubah2. Cara simpan pun nak kena ubah2 lah kan. Supaya lebih teratur dan senang diambil.

Ingat tak yang ina bgtau ina bukak satu mulig bar sebelum ni.. Daripada terbiar menyemak kat stor tanpa ada faedahnya.. Ina mintak abg gewe drill tuk ina sangkut tudung2 ina yg tak semengah.


Berubah sedikit area ni semata nk letak mulig bar tu.


Cadangan ina nk chest drawer kat bwh mulig bar tu.. Tudung berlipat simpan dalam drawer. Atas tu cermin bkn mulig bar.. Cermin dah beli cuma chest drawer belum. Jadi ubah ckit lah ikut apa yang ada je dulu.


Hanger pulak yang tak sama kaler. Guna yang mane ada. Lain kali tambah hanger pink.


Almari si bais tu.. Baju dia kecik2 jenuh nak melipat.

Belum siap sangkut pun.. Tak berapa nak rajin dan ina buat ni pn curi2 masa bais tdo.. Budak tu meragam tak sihat.. Tidur tak sampai 10 minit dah jaga. Tak nak berengang langsung. 100% tumpuan pada bais.. Malam pun dia tak lena tidur mungkin kelaparan nak minum susu mulutnya sakit.

Arap bais cepat sihat dan sembuh sepenuhnya. Amin.

Wednesday, 11 January 2017

Taska vs pengasuh

Kali ni nak sembang2 pasal hal anak2 dan pilihan kite sebagai parent
Sama ada nak anta anak kat taska atau kat rumah pengasuh perseorangan.

Bila orang pandang bais dengan keadaan eczema yg teruk ramai yang suggest anta rumah pengasuh perseorangan bila tau ina anta bais kat taska.

Ina hargai nasihat dan pandangan korang tau. Cuma banyak faktor yg ina pertimbangkan.

Bais bila panas atau berhabuk akan mengaru dengan lebih kerap keadaan ni akan ketara sangat bila dia nak tidur.

Jadi ina kena cari taska atau rumah pengasuh yang beraircond.. Erkk bukan demand tau. Kalau bais takde masalah aircond bukan faktor utama.

Kebersihan dan jumlah baby yang dijaga dalam sehari. Pun penting bagi ina.. Bais masih baby, semua benda dia akan masukkn dalam mulut.. Merangkak dan pegang segala macam.. Kan nnt tgn tu masukkn dalam mulut.. So kebersihan mesti diutamakan..

Jumlah kanak2 pun perlu diambil kira sbb bais memerlukan perhatian yang lebih dengan keadaan eczemanya yang camtu kan.

Kepercayaan.. Yess yg ni paling penting. Kepercayaan ni akan wujud maybe dr pengalaman lepas.. Masa pertama kali berjumpa dan bercakap. Atau dipantau oleh pihak lain. Pengasuh yg terlatih atau berpengalaman. So kat cni akan wujud kepercayaan tu.

Sesi pembelajaran dan aktiviti yg menarik serta jadual makan yang baik pun menjadi satu kelebihan lah kan..

Anak kite seharian tau ditinggalkan di taska. Sbb tu lah semua benda tu ina ambik kira.

Dan ina susah nk jumpa rumah pengasuh yg memenuhi keutamaan yang ina nak ni. Merata cari dan tanyakan orang. Last ina jumpa Aulad Pintar Child Care (APCC) yang memenuhi perkara2 yang ina fikir sangat penting untuk bais.

Beraircond, bersih, ada ruangan khas utk baby, ada jadual aktiviti setiap ari dan diberitahu dalam buku log harian kepada parent, jadual makan yang baik, teacher yang terlatih, dan setakat ni hanya bais satu2 nya baby yg ada kat situ. Yg lain toddler so berasingan kelas. Ofkos lah taska APCC ni berdaftar dan dipantau oleh JKM.

So bagi ina hal ni terpulang pada parent, situasi, anak2 dan keutamaan parent tu sendiri. Setiap anak2 tu tak samakan.

Wednesday, 4 January 2017

Berkongsi deko dengan peminat barangan IKEA

Pelbagai group deko yang ada sekarang ni.. Terutama dalam facebook lah kan.
Ina join macam macam group
Seronok dapat tengok deko orang lain
Dari situ lah dapat belajar dan mecuba deko di rumah sendiri

Salah satu group deko yang ina suka kelab dekorasi ikea malaysia
Ofkos lah deko yg melibatkan barang barang ikea..

Dan dalam segan tapi mahu tu ina postkan deko beberapa bahagian umah ina kat dalam group tu...




Ni yg terbaru lah kiranya.. Sebelum sebelum ni pun dah beberapa kali.
Cuma ina tak save so tak leh nk share lah dengan korang..

Kat group ikea ni memang ramai lah otai2 dalam bab deko ni.. Derang punya deko mak aiiihh naik segan kite yg newbie ni nak berkongsi sama.

Tapi bagi ina ramai ahli group ikea ni yg suppotive pada newbie. Yg kiranya deko yg masih kelaut. Dari situ lah kite menilai tahap pencapaian deko kite kan.. Takde lah syok sendiri sampai ke sudah..

Cam deko yang ina post kat group ikea ni likes jauh nak cecah 1k.. Alololo.. Nak kena improve banyak benda. Orang kata air tangan tu.. Kadang dah tiru sebijik sebijan mane2 deko yang berkenan tapi yg kite punya tetap tak menjadi.

Ina deko atas dasar minat semata, seronok dan puas ati bila tengok sesuatu yg cantik kemas dan terletak pada tempatnya.

Projek deko : Bilik Tetamu

deko ulang yang sama
kejap stor, pastu dapur kan playroom lepas tu soho
grrrrrr... dah tu je yang ada umah ina okeh
bertabahlah korang

tak rajin pun nak cerita ruang ni
rasa dah banyak kali pasal bilik ni
tak pernah nak sudah
tahun lepas rasa cam dah final
dah takmo ubah apa-apa dah
kekonon, just tambah chest drawer dan cermin seketul






maybe kekal camtu je lah setahun dua ni
secara asanya dah praktikal
selesa lah tuk tetamu nak menumpang solatkan

bilik ni mmg jarang digunakan kalau nk tunggu tetamu datang
bagi mengunakan semua ruang umah ina
bilik ni gak ina sangkut baju bajan
dan jadikan ruang meng'iron baju.

sekarang projek deko ina adalah ruang tamu
kiranya ruang utama
kat sini lah tempat kami satu keluarga baring2
sambil layan anak-anak tengok kartun
dan kat sini gak lah tempat borak borak bila tetamu datang

masih survey barang yang betul betul sesuai
maklumlah, ina ada masalah kecelaruan minda (hahhahaha)
kat rumah nak lain.. dah puas pikir
dah rasa 100% yakin nakkan yang tu
tapi...

sampai kat kedai nnt mula rambang mata
ehh yang ni lagi cantiklah tapi besar sangat
yang ni lak warnanya lahai cantik betul tapi design klasik
ehh ni design latest ni cuma warnanya

pernah tak korang alami
dalam dilema sesangat
tak sure yang mane paling sesuai tuk ruang dan tema
semua cantik, semua berkenan

 kalau dah terbeli....
maka bermulalah episod ngeri
rasa tak sesuai
tak kena tema
tak sama dengan yang di idamkan
menyesal...moody pat puluh hari pat puluh malam
pastuuu salah sape kan
kihkihkih diri sendiri gak

selalu jadi pun benda ni kat ina
dari situ lah ina belajar bersabar
bab kata abg gewe tempoh bertenang
kat sini lah fikiran yang waras harus diguna pakai

kadang berkenan sangat design yg satu tu tapi sizenya punya lah besar
ruang rumah korang pulak kecik je
cuba korang bayang bila barang tu dah dibeli
asalnya korang plan nak letak sini
terpaksa ubah kat sana
bila dah kat sana, praktikalnya kurang
sekadar hiasan semata
tempat plan asal tu korang nk kena cari sumtim yang baru
lama-lama yang kat sana tu rasa menyemak je
dah jadi satu membaziran

perkara cengini lah yang cuba ina elakkan
nak cari sumtim yang betul betul berguna
dah terpanjang lebar plak hal ruang tamu
larikkk.


Sunday, 1 January 2017

New item deko sempena new year

kerlass tajuk .. new newlah pulak keennn
takde apa pun sebenarnya
small item je yang ina kirim kat ps ikea
dan salah satunya meja sisi ni





trend sangat sekarang ni meja tray camni
so kite nak jugak lah
nampak sangatkan
nafsuuuu (krik.. krk..krikk)

Berbaloi sangat..
Murah je tau Rm 79 seketul.

in shaa allah tahun baru ni nak beralih arah
nak sumtim yang agak berlainan
sebelum ni barang deko ina lebih kepada merah, grey dan putih
tahun ni nak lebih kepada gold dan hitam.. Erkk sbb tu kot meja tu ina pilih kuning.. Dah hampir gold lah kiranya..

ehhh takde lah nk buang semua barang lama semata nk tukar tema
just mix n match kan aje..
agak- agak korang menjadi tak
kan kelaut deko ina nanti huuuu (bertabahlah)

sebenarnya ina post deko ni kat fb
dekat group kelab dekorasi ikea malaysia
sesape yang minat deko terutamanya barang ikea
wajib join group ni
pasti korang menyesal sebab tiap hari akan mengila beli barang ikea
tak percaya!! cuba lah join

suka tau tengok orang lain deko
melalui situ lah kite boleh dapat idea
camne nak deko pulak
kena tengok gak lah kan mane sesuai dengan ruang dan tema

permulaan tahun baru ni bermula dengan baik
dan harap sepajang tahun pun baik dan di akhirnya pun baik
in shaa allah dipermudahkan segala urusan
amin....



cerita akhir tahun dan awal tahun

kalau ikutkan banyak benda nak cerita
tapi dah tak reti pulak nak mula camne
pulak!!

3 minggu lepas balik rumah mak ayah ina kat terengganu
ada kenduri kesyukuran mak, ayah dan adk bongsu ina  ke mekkah
buat umrah, in shaa allah akhir bulan 1 nanti.







Amzar lah yang paling hepi balik umah nenek kat trg. Ada geng pulak
Siap main hujan.. Sangat berharga kot dapat peluang main hujan budak zaman sekarang ni.

minggu lepas belah mil lak yang buat majlis maulud. Jom selfie


Pasal si bais pulak,
ina pilih aulad pintar jugak
sama dengan abg nya
memang rasa bersyukur sangat
sebelum ni takde nurseri untuk bawah 3 tahun
dalam bulan 8 hari tu baru di war2kan akan bukak 2017
ina terus daftar untuk bais

alhamdulillah tadika aulad ni memuaskan hati ina
dari segi pentadbiran, pendidikan, kemudahan,
makan minum, aktiviti, dan semua lah.
dan ina harap berterusan lah kan.
walaupun agak pricey bg orang kebanyakan cam ina ni
tapi kiranya masih berbaloi lah dengan service yg derang bagi tu
ofkos lah ina nak yg terbaik untuk anak2 kan
mak2 memang camtu sgt kan..

ina pun belum update pasal projek deko bilik tetamu
ubah lagi tau..
tak banyak pun yang berubah
tu pun guna barang2 yang sedia ada kat rumah je
rasanya dah settle bilik ni
kalau tambah pun satu chest drawer dan satu cermin
huuu dah kirim cermin kat ps ikea
 
banyak lagi projek deko yang tak settle
buat sekerat jalan.. phewww
ruang tamu masih belum ada meja kopi
ehh tapi ada sumtim yang ina beli tuk ruang tamu tu tau
kecik je, tapi ina suka sangat..
yang ni nanti2 lah ina share
pun ada barang yang ina kirim dengan ps ikea

lately.. ntah kenapa cam beralih arah je minat ina
ina suka deko yang simple
lebih kepada mix n match camtu
simple, terang, ceria dan yg penting praktikal
tapi dalam masa sama terminat pulak deko yang
lebih kepada moden english
nampak mewah, nature, tenang dan tak sarat.

mana2 lah kan.. bercampur aduk.

dan last cerita
in shaa allah pertengahan bulan 2 nanti
nak bawak anak2 jejalan
dah beli pun tiket flight bulan lepas
short vacay lah kiranya tuk derang
akhir tahun 2016 takde masa sesuai
ina dan abg gewe agak sibuk dgn hal keje
dan kami nk tunggu mak dan ayah ina
selesai mengerjakan umrah tu dulu.
tak jauh pun masih dalam negara
nanti ina pergi baru share lah camne kan
harapan mak ni agar anak2 hepi. Sekian