Wednesday 11 January 2017

Taska vs pengasuh

Kali ni nak sembang2 pasal hal anak2 dan pilihan kite sebagai parent
Sama ada nak anta anak kat taska atau kat rumah pengasuh perseorangan.

Bila orang pandang bais dengan keadaan eczema yg teruk ramai yang suggest anta rumah pengasuh perseorangan bila tau ina anta bais kat taska.

Ina hargai nasihat dan pandangan korang tau. Cuma banyak faktor yg ina pertimbangkan.

Bais bila panas atau berhabuk akan mengaru dengan lebih kerap keadaan ni akan ketara sangat bila dia nak tidur.

Jadi ina kena cari taska atau rumah pengasuh yang beraircond.. Erkk bukan demand tau. Kalau bais takde masalah aircond bukan faktor utama.

Kebersihan dan jumlah baby yang dijaga dalam sehari. Pun penting bagi ina.. Bais masih baby, semua benda dia akan masukkn dalam mulut.. Merangkak dan pegang segala macam.. Kan nnt tgn tu masukkn dalam mulut.. So kebersihan mesti diutamakan..

Jumlah kanak2 pun perlu diambil kira sbb bais memerlukan perhatian yang lebih dengan keadaan eczemanya yang camtu kan.

Kepercayaan.. Yess yg ni paling penting. Kepercayaan ni akan wujud maybe dr pengalaman lepas.. Masa pertama kali berjumpa dan bercakap. Atau dipantau oleh pihak lain. Pengasuh yg terlatih atau berpengalaman. So kat cni akan wujud kepercayaan tu.

Sesi pembelajaran dan aktiviti yg menarik serta jadual makan yang baik pun menjadi satu kelebihan lah kan..

Anak kite seharian tau ditinggalkan di taska. Sbb tu lah semua benda tu ina ambik kira.

Dan ina susah nk jumpa rumah pengasuh yg memenuhi keutamaan yang ina nak ni. Merata cari dan tanyakan orang. Last ina jumpa Aulad Pintar Child Care (APCC) yang memenuhi perkara2 yang ina fikir sangat penting untuk bais.

Beraircond, bersih, ada ruangan khas utk baby, ada jadual aktiviti setiap ari dan diberitahu dalam buku log harian kepada parent, jadual makan yang baik, teacher yang terlatih, dan setakat ni hanya bais satu2 nya baby yg ada kat situ. Yg lain toddler so berasingan kelas. Ofkos lah taska APCC ni berdaftar dan dipantau oleh JKM.

So bagi ina hal ni terpulang pada parent, situasi, anak2 dan keutamaan parent tu sendiri. Setiap anak2 tu tak samakan.

No comments:

Post a Comment