Followers

Monday, 30 May 2016

Dekorasi dinding versi bajet ciput


Nak deko dinding lah sangatkan.. Tapi bajet ciput, jd mari kite main tampal tampal wallpaper murah beli kat mr.diy je.. Tak ingat harga tapi mmg murah sgt xsampai rm5 rasanya.

Sebenarnya taknak ambik risiko nak conteng conteng dinding bagai.. Itu yg guna wallpaper ni. Kalau rasa tak berkenan ke apa boleh tanggalkn balik je tanpa rosakkn cat dinding.

Tengok dalam group deko kat fb ramai yg guna tape.. Pun cam mudahkn.. Dari nak cat bagai. Jimat masa dan sangat jimat bajet. Kos nya murah dan risikonya kurang.

Gambar keseluruhan tak dapat nk tunjuk kat korang lagi.. Tak siap2 lagi pun. Teruknya dari ari apa lg buat. In shaa allah dah siap nnt ina tunjuk hasilnya.

Ni nak cite lagi satu, masa gi aeon mall aritu ternampak bantal kecik corak yg dah lama berkenan. Harga pun murah gila. Biasa tengok org jual dlm fb sampul kusyen tu aje dah rm39.00 satu. Yang ni skali nga bantalnya yg lembut dan best hanyabrm29.90.


Menawan sangat kan.. Ke ina je minat corak hitam putih camtu. Hiiii masih banyak kat aeon. Sape nk cecepat la pergi grab. Ina dah angkut balik 2 ketul, tu pun xtau nak letak mane.. Xpe nnt ada la tu tempatnya.

Saturday, 28 May 2016

Majlis akad nikah sepupu abg gewe

Kemain tajuk panjangkan. Cuma nak bercerita sikit minggu lepas agak kesibukan hari selasa kawan kawan ofis datang nak tengok si bais. Pagi2 tu cam biasa pergi hantar abang amzar school, balik terus masak spageti. Mampu buatkn spageti aje tuk kwn kwn.

Hari kamis lak jejalan ke aeon mall kota bharu.. Nak makan kat mathatan fish market tu je pun. Biasa la kn.. Baru abis pantang rasa nak makan macam2.



Ni menu orang abis pantang punya. Mushroom goreng je pun dengan kupang dan roti. Tapi bagi ina sedap.


Ni abang gewe punya.. Nama menu memang tak ingat. Biasa aje kata tuan badan yg makan. Harga kat cni ok la. Takde mahal sangat.

Jumaat malam plak kitaorang pergi majlis akad nikah tu. Memang grand betul, dekorasi pelamin dan khemah memang mantop abis. By rizalman katakan.


Serius mmg cantik sangat. Guna fresh flower plak tu.


Tu la pengantinnya punn comel sangatkan. Gambar kenangan dgn pengantin.


Susah nk bergambar nga abang amzar, tengok tu xlayan pun. Mak pak je la yg xcited.. Si bais plak beriba xnampak la dlm gambar. Ni je gambar yang ada sepanjang majlis akad nikah tu. Terpegun kot sampai lupe nk bergambar.


Tuesday, 24 May 2016

Playroom



Kusyuk sangat sangatkan tuan playroom ni bermain. Sampai camtu sekali rupe playroom dia. Tu biasa sangat terjadi. Kena bertabahlah kemas sama sama nanti. Amzar mmg suka sangat dengan thomas.

Bilik ni khas tuk sepahkan mainan. Memang ok la bila ada satu ruang khas camni. Kadang kite tak sempat nk kemas balik. Bayangkan la kalau suasana camni kat ruang tamu kn. Kena time tu gak lah tamu dtgkan. Haru dibuatnya..


Amzar mmg biasa dah nak main dlm playroom atau angkut satu dua je mainan kat luar.. Dah siap main nnt simpan balik kat playroom. Aktiviti color2 biasa main kat luar.


Nak kemas nanti tak lah penat sgt. Main puas2. Color air tu beli je kat kedai eco rm2. Dah siap main buangkan aje skali nga bekas tu semua. Tapi kadang main gak kat ruang tamu. Suka sangat main color2 ni. Layankan aje kan minat anak anak asalkan tak color kat dinding rumah sudah.

Saturday, 21 May 2016

Ditarik nikmat kesihatan

Ya allah teruk betul bila demam. Dari khamis ritu ina demam. Memang tak mampu nak buat apa pun
 Baring pun tak selesa. Rasa sejuk sangat sangat.. Nasib baik si bais anak yg kecik tak meragam.

Bila makan panadol kebah kejap.. Tp memang kejap je.. Nanti kan rasa sejuk balik. Pakai sweater stoking selimut dgn comforter pun masih gigil.

Arini pergi klinik.. Aishh masa kat klinik badan ina peluh peluh dah tak panas.. Doktor ckp tak demam, gastik dengan bengkak susu je katanya. Kena tuam dan direct fb acap kali. Memang selalu macam tu kalau pergi klinik je mesti terus tak demam walaupn kat rumah duk muntah muntah dan gigil. Hahhaa ke nak kena duk klinik.

Alhamdulillah petang ni dah rasa makin sihat. Request pizza tadi dengan abg gewe. Makan cendawan sup tu selera sikit. Ehh orang dalam pantang boleh ke makan pizza. Banyak sangat langar pantang itu yang demam tu.

Tak sangka boleh demam bengkak susu, sbb ina fully bf. Masih bercuti kan. So takde alasan nk skip guna botol ke apa. Maybe ada.saluran yg tersumbat sebab mlm kamis tu tiba tiba je rasa sakit. Kena lebih alert la, tak mau berulang. Demam ni sebagai penghapus dosa gak kan. Dekatkn diri pada yang berkuasa. Memang dah lama sangat tak di uji dengan sakit demam. Apa pun semoga allah beri kesihatan yang berpanjangan. Amin.

Wednesday, 18 May 2016

Ruang tamu


Ruang yang wajib ada kat setiap rumahkan. Ada rumah ruang tamu lain ruang keluarga lain.. Ruang menonton lain. Tapi rumah ina ni semua tu kat satu tempat je.. Kat situ la tetamu duduk, kat situ gak la kami anak branak tergolek tengok tv, kadang kat situ gak la ina heret bakul kain, kekdahnya lipat sambil maya hadap tv.

Dari ruang tamu ni mmg jeles nampak dapur. Ada pro dan con sebenarnya dapur jenis open ni. Yang best tetamu tak rasa keseorang walaupn tuan rumah pergi dapur buatkan air. Dapur lak nak kena pastikn sentiasa la berkemaskan. Kan tetiba ada yang terjah.

Tapi yang tak bestnya kalau ko mengoreng atau menumis abis bau semerbak dalam rumah walaupn dah on siap2 penyedut asap tu ehh apa kebenda namanya tu kan.


Sofa tu lama dah, angkut dari umah sewa, kenangan sangat tu sbb beli masa mula2 kawin dulu.. Feeling2 romantik la kan. Kalau ada rezeki, memang nak tukar sofa tu. Lejan sangat dah, dah ada koyak sikit2.

Memang dah berangan nak tukar sofa yang lebih cantik. Nanti la kan cite pasal sofa. Benda tak tau bila pun nak beli. Masih belum jadi keutamaan, pakai dulu yang ada ni.



Dari pintu masuk terus nampak kabinet tv, ruang memang terhad je.


Gambar gambar ni semua agak lama.. Ada yang gambar 4-5 bulan yang lepas. Asyik berubah kedudukan. Tapi camtu gak lah rupenya, takde yang menarik sangat. Sekadar berkongsi dengan kawan kawan dan untuk simpanan ari tua nanti. In shaa allah kalau umur panjangkan.

Tuesday, 17 May 2016

Bar kaunter



Bar kaunter ni mmg best nak borak2 sambil minum nescafe nga gewe. Sebelum ada meja makan kat sini jugak lah kiteorang makan. Bar kaunter ni je yg pisahkan ruang makan dengan dapur.


Macam macam benda ada kat atas table top. Nampak semak sangatkan. Tapi disebabkan ruang yg terhad terpaksa letak gak atas table top. Nanti nak cari rak utk kurangkn sikit barang2 atas table top.  Skarang ni tak sempat nak deko ke apa sangat. Maklum lah ada hero kecik ni kan.



Ni lah keseluruhan dapur dan kedudukan bar kaunter tu. Tak ada yang berubah pun dari awal duduk dulu. Bila lama duk hadap warna merah menyala kc tu cam terlalu menyerlah sangat warna tu kan. Tapi sendiri pilih kena bertabahlah.  Merah ang ang gitu.



 Letak bar stool dua biji pun warna merah. Sebenarnya duk fikir apa yang boleh buat tuk balance kan sikit warna kat sini nga ruang makan yang hitam putih. Tengok lah camne kan. Kena seru mood rajin dulu.

Monday, 16 May 2016

Taman tengku indra petra

Sekali sekala bawak anak riadah main air memang seronok sangat la kan. Pergi kat taman ni sebelum bersalin aritu. Tempat ni ada macam2 aktiviti yang best tuk kanak2. Salah satunya mandi kolam, tiket nak masuk pun murah je. Mak pak rm3/orang anak plak ikut umur mcm amzar 5 thn rm5.


Suasana kat tempat teduh, banyak pokok2. Ok la nak bagi anak main kan. Takde la panas terik direct kena cahaya matahari. Maklumlah cuaca skrg ni mmg panas sangat- sangat.


Train pun ada, tiket naik train ni rm5 je sorang.. Round kat situ je. Amzar mmg suka sangat dgn train, yang tak syoknya mak pun kena naik. Tak nak la plak dia naik sorg2. 


Last skali main giant buble ni tak ingat bape rm main ni. Masa ni dah lewat petang. Dah duk pujuk2 amzar ajak balik. Banyak lagi mainan lain super duper pun ada. Sape yang duk kota bharu kelantan boleh la bawak anak main kat sini kan.


Stor a.k.a soho

Kali ni nak cite pasal satu bilik kat umah ina yang kitaorg buat letak segala macam barang yg tak nak guna lagi, dah jemu nak guna, yg jarang guna, macam2 lah.. Asalkan xnampak merata dalam rumah kan.. Lebih tepat lagi bilik ni di jadikan stor.

Rumah ina ni ada 4 bilik.. 1 master bedroom, 1 playroom, 1 guest room, dan 1 lg dijadikan stor. Stor ni penting gak kn. Sayang rumah ni kontraktor tak buatkan stor dan laundry. Dah rasa xcukup tempat nak sorok barang- barang yang jarang guna.


Tengok segala macam benda ada, belum ada bajet nak beli rak besi yang sesuai utk susun semua kotak2 tu. Rak ikea hyllis tu xkuat sangat, barang ringan boleh la susun kat situ.

Dalam bilik ni jugak ada satu meja kerja a.k.a soho. Nak jugakk small ofis bagaikan. Takde la buat keje apa pun kat situ, meja tu lebih kepada tempat letak laptop gewe aje.



Tak siap lagi, nak letak wall shelf kat dinding depan meja tu. Boleh susun fail dan buku2 kat situ.. Yang ni sekadar ada je. Beli sikit2 barang ikea. Tak tau bila la tu nak siap soho ni. Idea nak buat soho ni bila ina ternampak satu gambar kat fb.. Sangat inspirasi nga sosho tu.



Gambar yang ni.. Cantikkan.. Simple je. Tapi sebabkan ina suka soho ni ina simpan. Cuba ambik idea sikit2 yang mampu dari gambar tu. Harap tuan punya soho ni halalkn ye.

Nak deko2 pun tak berbakat, jadi susun aje la yang mana patut asal kemas dan sedap mata mandang.. Kan nanti dah jemu kita ubah lagi.. Barang umah ina ni asyik berubah. Cepat betul rasa jemu. Dah nanti terubah lagi ina apdet.

Sunday, 15 May 2016

Ruang makan

Nak cerita sikit pasal ruang makan yang tak seberapa ni. Ruang ni memang terhad sesangat. Pening nak pilih meja makan yang sesuai. Mana taknya hati berkenan sangat meja makan mable yang 8 kusi.. 8 kusi tau. Disebabkn angan2 tu tak mungkin boleh di realisasikan, berbulan bulan gak la mkn kat bar kaunter aje.

Cite ni lama sangat dah. Seingat ina bulan 4 taun lepas lagi. Beli tu pn tak de rancang nak beli.. Kebetulan je. Masa tu ada kursus kat putrajaya sebelum balik ina ajak gewe singah jap kat ikea. Sebenarnya nak beli cermin tapi cermin tu besar dan tak muat nk angkut dengan kereta mini kitaorang. Frust gak la. Jd jalan- jalan kat showroom tu ternampak meja mkn yang simple tapi praktikal.


Meja ikea ni yang bestnya boleh kecik dan besarkan. Min 4 kerusi maksimum 10 kerusi. Papan meja ni bahagian tengah tu boleh extand lagi. Sangat praktikal tuk ruang kecik cam umah ina ni tapi dalam masa sama bila tetamu datang ramai kite boleh extand lagi meja ni.

Nak deko-deko ruang ni bagi lawa pun tak pandai. Cermin tu baru beli seketul. Nampak jangal betulkan. Bertabahlah nak kena kirim kat ps ikea cermin tu seketul lagi.


Sempit sangatkan ruang ni. Puas kalih sana cni supaya muat elok nak duduk makan kat situ. Sementara ni camni je rupa kat ruang makan ni. Nanti dah letak cermin seketul lagi ina apdet.

Tuesday, 10 May 2016

Bilik tetamu

Sambil riba anak ni sempat lagi updet blog. Bais ni ada tabiat baru nak tdo je mesti  beriba.. Lahai anak oiii tak makan la mak ni.

Sebenarnya bilik yang satu ni ina buat tempat jemur kain. Ada 2 tingkap so cahaya masuk penuh dalam bilik.. Xde la kain hapak ke apa kn. Dasar sangat malas jemur kat luar umah.

Baru- baru ni bz dengan persiapan nk sambut kelahiran anak kedua. Di sebabkn nak berpantang sendiri banyak la nak kena prepare. Termasuk lah mood nak upgrade bilik jemur kain tu jadi bilik tetamu.

Mak ina dari terengganu akan datang temankn masa berpantang nanti. Jadi ada la alasan nk beli barang2 tuk jadikan bilik tu sebagai bilik tetamu.


Gigih abg amzar tolong papa pasangkan katil tu.

Bilik ni mmg takde apa kecuali rak besi tuk sidai kain tu je. Langsir pun tak ada. Jadi banyak benda gak la nak kena beli tuk bilik ni transform jd bilik tetamu.

Kebetulan sangat ssf ada sales dapat la grab seketul katil single dgn harga rm229 je. Langsir plak beli kat kaison dgn harga rm43 sekeping. Beli 4 keping tuk dua tingkap tu.


Bantal, cadar beli kat ikea. Yang paking bajet barang tu semua. Korang prasantak tilam tak dak lagi tuuu..

Yang tak bestnya bilik ni tak sempat pun siap sebelum bersalin aritu. Tapi tak pe la, ada gak rupe sikit2 cam bilik tetamu kan. Tak ada idea nak deko2.. Stakat ni camtu la dulu. Nanti dah berubah ina cite lain.

Monday, 9 May 2016

Hidupkan balik blog yang bersawang

Macam nk tulis something plak kat blog arini.. Tetiba sgt kan, setelah bersawang blog x di apdet. Lama sgt dah tinggal blog sendri tapi korang tau tak sebenarnya ina terjah blog kwn2 setiap ari.

Apa mimpi plak ni kan tetiba muncul. Maybe sbb ada masa lapang setelah sihat dari bersalin dan bercuti lama.. Best yg amat boleh feeling- feeling suri rumah sepenuh masa.. In shaa allah suatu masa nnt tercapai cita2 yg satu ni.

Banyak cerita nk coret2 tapi tak tau nak mula dari cite apa. Pasal orang baru ke, deko2 yang separuh jalan ke, aeon mall yg baru bukak kat kota bharu ni ke.. Ehh sebut pasal aeon pssstt...pssttt.. Ada kaison okeh. Kalau sebelum ni gigih kirim kat org atau beli nga ps brg kaison. Skrg ni dah boleh pergi sendri.. Malangnya ina xdapat nk jejak kaki lg.. Masih berpantang. Bertabahlah kaannnn..

Tapi sebelum bersalin aritu sempat shoping ssf sempena sales 50%.. Gigih nau nga sarat time tu ajak gewe pergi angkut katil. Seketul single bed tu rm229.50 aje after less 50%. Nak tau rege asal dia ko darab 2 aje la. Puas ati mak buyong dapat menyoping.

Skrg ni xde nak deko2.. Bz nga budak tecik plak.. Xpe hold dulu. Masa utk pulihkan diri sendiri. Nanti ada masa ina update seketul dua gambar deko2 yang lebih kepada syok sendiri. Yang pasti bkn deko bersama eric okeh. Larikkk...