Followers

Tuesday, 29 October 2013

Mencari Idea Dekorasi Laman


laman umah aku masih kosong
tengah gigih cari idea ni
search sana cni

dah dapat gambaran ckit2 nak wat camne
tp kena kumpul duit dulu la
baru semua boleh jalan
kihkihkih

gambar2 yg dicuri dari m.cik google
ampun ye kalau terambik gambo
umah korang



kreatifnye... dgn botol aje pun
tp hasilnye sgt cantik


tenang aje suasana laman cam gni


tengok.. ruang yg sempit pun still boleh 
deko2 kasi cantik



ada kolam ikan koi pun best gak kn
sambil lepak boleh kasi ikan2 makan


semua berkenaan
feninmmmm!!!
kalau korang ada idea 
kongsi2 la k :-)

Monday, 28 October 2013

Ketagih Nescafe




minum nescafe boleh ketagih ke??
aku iyer.. kalau korang aku xtau
ntah la bermulanya ketagihan akau ni
rasanyer bila start keje ni la

maknanye dah 4 taun
mak aiihh!!! lama dah tu
bahaya ke minum nescafe ni??

aku rasa ramai di antara kita yang gemar 
menggunakan minuman 3-in-1. 
terutamanya aku lah.
 sebab mudah dan cepat untuk menyediakan 
minuman sarapan pagi mahupun berada di pejabat. 
Tidak perlu menyediakan gula, susu, milo dan lain-lain. 
Hanya beli paket 3-in-1 
sudah memadai untuk menyediakan minuman 
senangkan... tapi......

ni yg m.cik google bgtau aku



Antara bahaya-bahayanya ialah :
1. Mengandungi lebih tiga sudu teh dalam setiap pek.
2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
3. Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.

4. Mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

5. Mengandungi kalori sehingga 200 kalori dalam setiap pek yang sama dengan sepinggan nasi atau 2 keping roti.

6. Jika diambil berlebihan (3 pek) boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Dengan adanya packet 3-in-1. Rakyat Malaysia menjadi semakin mudah untuk membancuh air dan juga menjadi malas untuk menyediakan minuman seawal yang mungkin.

Berikut adalah antara tanda-tanda dan kesan-kesan pengambilan minuman 3 in 1 yang dapat dikenalpasti :
1. Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca, tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju. Apabila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
2. Kerap merasakan kesakitan pada dada.
3. Sering tercungap-cungap dan kadang-kala sewaktu sembahyang pun bole tercungap-cungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Tapak tangan semakin basah.
Perkara-perkara yang perlu dielakkan berdasarkan minuman 3 in 1 :
1. Elakkan daripada meminum Nescafe yang merosakkan buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat daripada selain susu (non-dairy creamer).
2. Elakkan daripada mengambil coffee mate kerana ia adalah non-dairy creamer.
3. Elakkan memakan ais-krim kerana ia mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer selain susu.


abis camne ni... nama lagi ketagih kan
bkn senang nk brenti
ni aku baru beli semalam
siap ada free 3 sachet tu lagi
alaaa.. free sbb nk cover regenye dah naik
xde dah benda free sekarang ni
L.A coffee ni antara yg aku paling suka
sejuk atau panas semua sedap
sebenarnya dah bnyk kali try stop minum nescafe
tp belum berjaya... :-(

Besday Amzar yg Ke-2

Best sangat bercuti sempena raya haji aritu
ke'best'sannya itu masih terasa
menyebabkan mood bercuti masih melekat
hihihihi... tolong nak cuti lagi!!

tamak tul.. dah pulun sminggu cuti
masih ketagih nak cuti lagi
ingat syarikat atok nenek sendri ke
kihkihkih

pada 19 OKTOBER 2013 yg lepas
amzar genap 2 tahun
dah besor anak ibu ni
jd anak yg baik, soleh dan rajin k



kek besday amzar ni di sponsor oleh tokma amzar
xsempat nak prepare itu ini time ni
sbb sminggu berkampung kat terengganu
ari kamis memalam buta kami bertolak blk kelantan

dan mlm tu gak nenek amzar masuk spital
mane xnye.. mak beriya sgt masak ari pertama
dan ari raya kedua tu
raya pertama tuk org2 perkim
raya kedua lak majlis akikah amzar

sampaikan aku lupa nak snap gambo
 cian kat mak... lepas singah anta baju bajan mak kat spital
aku terpaksa blk gak ke kelantan
sbb dah bercuti lama
dah bincang nga hasben
kalau mak kena anta ke hospital besar k.trg
kite blk trg semula dua tiga hari lepas tu

jumaat esok tu lak
pg2 lagi aku nga hasben kuar cari lauk pauk
ada tetamu istimewa nak dtg
hihihi akak aku la

kebetulan dia odw dari trg gak nak blk s.alam
katanye nak singah umah baru kitaorg
meh la akak io..
sgt2 dialu2 kan

jumaat malam tu lak, 
adik ipar mak mertua semua dtg umah
suprise besday amzar
mmg sonok la si amzar tu 


 besday boy nak potong kek
ehh ibu tgk nk cucuk perut ikan buntal tu aje


terpaksa gak dibantu
kalau biarkan dia potong
abis la.. kang xde rupa kek lak nnt


adik ipar aku buatkan 4 biji pizza
mmg best pekena pizza
sambil tgk bola
kebetulan mlm tu ada perlawanan bola
antara trw dgn jdt kalau xsalah aku la

nampak sgt aku x tgk sbb xhingat
pasukan mane mihmihmih
bkn pe.. kena kawal dua org
yg suka berebut mainan

hihihi biasa la bdk2 kan
kalau xde org nak main dia pun bkn nak main
bila ada nk main mula la kalut nak maian gak
last skali sorg naik beskal sorg lg naik walker

dah besar pjg pn naik walker lg
kihkihkih lucu la bdk2 kecik ni 


Wednesday, 23 October 2013

Kejayaan Milik Setiap Insan

 
 Sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita 
biasanya di luar jangkaan kita kan? 
Namun, seharusnya kita harus lebih bersyukur
 kerana dikurniakan kelebihan dan peluang
 untuk buktikan pada semua orang yang kita boleh berjaya.
 
Setiap orang dalam dunia ini mengimpikan 
kehidupan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. 

Oleh itu, perubahan harus dilakukan. 
Dan dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

 
ni aku nk kongsi cara mudah nak capai sesuatu matlamat
 
1) tetapkan matlamat :
cuba korang kecikkan ckit ruang lingkup matlamat korang tu
jgn la matlamat idup yg korang tetapkan tu
seperti - "ingin menjadi org yg berjaya"
 
itu terlalu general.. 
berjaya macam mane?
ada simpanan 100k dlm bank ke?
dapat beli rumah ke?
dapat pergi haji ke?
 
aaa ini la yg korang kena tetapkan
contohnya dalam setahun korang nak saving 3k

2) planning:
ok dah ada matlamat yg jelas kan
so kena la ada planning lak
untuk saving 3k tu korang mesti tau
every month korang perlu saving brape

RM3000/12 month = RM250/month

3) gigih berusaha tanpa putus asa
 bila dah ada planning
kena usaha la
dapat aje gaji tu trus transfer siap2 ke akaun saving
ASB ke...
 
 dan...
4) konsisten
 
kena kuatkan iman k
jgn la korang saving arini 
sok lusa pergi korek balik
 
kena konsisten
apa2 aje la yg kite buat
mesti konsisten
ckit xpe.. janji diamalkan
 
karang bln ni saving bln dpn dah xsaving
nnt matlamat korang tu xkan tercapai lah
jauh la nak saving 100k kalau camgitu
angan2 mat jenin aje
 
dgn kesusahan dan godaan 
yg korang tanggung sepanjang tahun tu
hasilnya nnt korang akan dapat rasa 
pada akhir tahun
 
walaupun kecik aje 3k tu
korang akan hepi sebab berjaya
mencapai matlamat yg korang dah tetapkan
simplekan? 4 tip mudah aje :-)
 
bila dah biasa nnt
korang dah xde masalah nk saving
dah xterasa nak korek bagai duit saving tu
hihihi
 
biasanye setiap awal tahun aku
tetapkan la apa yg ingin aku capai dalam tahun baru tu
alaa... cam skt la.. kpi pun sama gak
nkra pun boleh la
hahhahha mengalahkan matlamat negara nih
 
 
mesti korang pelik apsal lak aku tetiba je
meroyan cite pasal matlamat bagai ni
hihihi
ni kan dah menghampiri akhir tahun
so kena la review blk
dah capai ke belum list yg aku buat awal tahun dulu tu 
 
satu lg tips aku nk bg
korang xpayah nak list pjg2 dlm diari tu
kalau dah berderet cam list nak soping kat mall
korang xde fokus
bila xde fokus, susah la nk capai target k
 
kalau aku just satu dua perkara aje
cam 2 tahun lepas aku tetapkan matlamat nak beli rumah
so aku tetapkan la rumah camne
harga brape yg aku laki bini mampu
area nk dekat dgn tempat keje ke camne

usaha lak.. aku search mudah.com
tny kwn2, tgk iklan2 yg banyak kat tiang letrik tu

dan xsemestinya korang trus dpt capai 
matlamat korang tu pada tahun tu gak
cam kes aku dari 2 tahun lepas lagi
punya la lama kan..
tahun ni baru lerr dapat beli umah

dalam proses nak capai matlamat tu
akan ada banyak perkara 
korang lalui dan pelajari
itu akan membuatkan korang menghargai
apa yg korang dapat nanti

lebih manis tau, jika sesuatu tu
kite dapat kerana usaha kite sendri
susah payah kite tu rasa berbaloi2
 
kalau dpt rezeki tersepak
poyo la kalau korang sepak kat lain
bantai aje la.. allah maha kaya
dia tentukan rezeki hambanya

apa pun kesimpulannya... 
aku bkn pakar motivasi ala2 dr. fadzilah kamsah k
just org biasa2 yg cuba memperbaiki diri
untuk keluarga tercinta


Tuesday, 22 October 2013

Program Senamrobik dan Women Walk

Ewah.. jom pakat bersenam
senamrobik dan women walk
anjuran PUSPANITA pejabat aku



masing2 gigih cuba mengikut rentak
muahhahahha


tu dia womenwalk
tp ada gak lain jantina yang wujud di situ
 


 indoor game
yg tudung candy crush itu la saya
nampak sipi2 aje pn orait la kn 
 mihmihmih

time ni hepi terover sgt k
coz masuk dua acara indoor game
dan dua2 game tu aku menang

adiah yg dimenangi
boleh taruk kopok goreng nih!!
 
game dart dan cucuk manik
game tuk hepi2 ala2 makcik g2..

 program ni dah agak lama berlalu
duk terperap dlm draf
arini baru sempat nak post
itu pun x cite pjg lebar
sbb dah ingat2 lupa


Monday, 21 October 2013

Jom Kurus Dengan Produk Shaklee

Shaklee ada menawarkan set makanan tambahan bagi tujuan untuk kurangkan berat badan. Ramai yang sudah mencuba dan merasai perbezaannya.



3 konsep utama -BAKAR, BUANG, BINA


                          1. BAKAR 
                       Produk: LECITHIN/ OMEGA GUARD
Fungsi: bertindak sebagai pemecah dan pembakar lemak dan kolestrol



 2. BUANG
Produk: ALFALFA/HERB LAX
Fungsi:membuang lemak, toksin dalam badan


3. BINA
Produk: CINCH/SOY PROTEIN
Fungsi: bina otot, elak kulit menggelebeh
Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati disamping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, Leucine dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. Boleh digandingkan dengan Cinch Energy Tea Mix.
1. Lecithin 180bj = RM52.50
2.  Omega Guard 90bj = RM136.00
3. Alfalfa 700bj =RM97.50 / Alfalfa 330bj =RM53.75
4.  Herb Lax 120bj = RM52.50
5. Cinch Energy Tea Mix 28 sticks = RM131.00/
Cinc Shake Mix (Vanilla, Chocolate/Latte) 15sv = RM173.00
6. ESP Energizing Soy Protein 850g = RM150
**Sila hubungi saya untuk harga istimewa


Wan Norlina Bt Wan Jusoh [ina]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 933508]
WhatsApp/SMS: 01-9826596

Saturday, 12 October 2013

Set Tefal Essential dari UK

Tajuk kemain lagi n3 aku kali ni kan hihihi
ni cite aku terbeli set periuk jenama tefal
aku beli online nama page fb aku beli tu
Super Murah Shoping UK

lama dah beli.. cuma baru sampai
maklum la jauh kan mihmihmih
pemilik fb ni org malaysia tp tinggal kat uk
itu la serba sedikit yg aku tau
disebabkan aku bknnye ada set periuk bagai
aku beli la satu set
aritu masa gi langkawi aku tringin nak beli
cuma masa tu pulus xlebat dan susah nak angkut

so aku batalkan dulu niat aku tu
sekali aku tertengok dlm fb
apa lagi trus beriya nak beli
cepat2 aku order :-) 



saiznye sedan molek la tuk aku 
yg ahli kuarga xbape ramai lg ni
saiz antara  16 - 24cm
ada 5 biji dalam satu set ni

3 biji saucepan beserta penutup lid tu skali
dua lagi frypan xde penutup la plak
kan best kalau semua ada penutup
aku biasa msk lauk tgh ari trus double tuk mkn mlm
sbb aku jenis yg mls nk msk lagi

masa kat umah sewa sebelum ni
aku ada beli set periuk 3 biji cap buaya
masih elok.. cuma aku bg cuti rehat kat diaorg buat sementara ni
 kihkihkih ngengada aje aku ni kan

 taraaa!!!


suka ati la dapat main masak2 guna set periuk baru
aku ni ketinggalan, sbb baru nak kumpul beli brg dapur 
ckit2 la kn.. kumpul itu ini

niat aku nak rajinkan diri masak tuk suami dan anak 
selain cari duit lebih, aku nak cari pahala lebih gak
semoga hidup lebih berkat
xkaya xpe, janji bahagia
amin... :-)

Tuesday, 1 October 2013

Main Masak-Masak Hari Minggu

Biasanye aku masak ari minggu aje
alasan yg kukuh sbb aku keje
dah penat (cettt padahal aku mls)

cuma akhir2 ni anak bujang aku
asyik mintak nasik
so aku gigih la masak tuk dia

masak lauk simple2 aje
anak aku ni suka makan lauk telur goreng
hihihi untung la ibu.. senang keje

tp dah alang2 aku msk nasi tuk bdk tecik tu
aku masak la tuk aku sekali
secara xsengaja aku dah boleh dikira
rajiiinnnn masak hikhikhik


sarapan sebelum ke pasar


Udang ni aku tangkap kat pasar tani pg jumaat tu
segar dan murah
rm30 sekilo



aku goreng kicap aje
aku kan.. sebenarnye...xtau resepi apa yg aku masak
sbb aku bantai aje huhuhu
aku xtau la korang panggil apa masak cam aku buat tu?




 sebab udang tu banyak
aku taruk dalam tomyam lak 5-6 ekor




sayur kesukaan aku
kailan ikan masin
3 menu tuk ari jumaat lepas



kebetulan ari isnin hasben aku ada kursus kat kuala krai
petang ahad tu dia blk

aku masak goreng pedas aje balance udang tu
siap campur dengan sotong lg tu hihihi

sbb udang tinggal 4 ekor aje lg
mane cukup.... xkan nk bg 2 ekor sorg kan...



tambahan lauk, aku goreng sayur campur2
mihmihmih :-)


bila aku sorg2 kat umah... aku mkn yg mane ada je


ayookkk ni mmg mls tul ni
tp minggu ni asyik western food aje
sbb senang.. semua dah readymade

selera aku lebih suka mknan nasikkkk
ulam2 cicah budu
sedapnye :-)