Monday 28 October 2013

Ketagih Nescafe




minum nescafe boleh ketagih ke??
aku iyer.. kalau korang aku xtau
ntah la bermulanya ketagihan akau ni
rasanyer bila start keje ni la

maknanye dah 4 taun
mak aiihh!!! lama dah tu
bahaya ke minum nescafe ni??

aku rasa ramai di antara kita yang gemar 
menggunakan minuman 3-in-1. 
terutamanya aku lah.
 sebab mudah dan cepat untuk menyediakan 
minuman sarapan pagi mahupun berada di pejabat. 
Tidak perlu menyediakan gula, susu, milo dan lain-lain. 
Hanya beli paket 3-in-1 
sudah memadai untuk menyediakan minuman 
senangkan... tapi......

ni yg m.cik google bgtau aku



Antara bahaya-bahayanya ialah :
1. Mengandungi lebih tiga sudu teh dalam setiap pek.
2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
3. Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.

4. Mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

5. Mengandungi kalori sehingga 200 kalori dalam setiap pek yang sama dengan sepinggan nasi atau 2 keping roti.

6. Jika diambil berlebihan (3 pek) boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Dengan adanya packet 3-in-1. Rakyat Malaysia menjadi semakin mudah untuk membancuh air dan juga menjadi malas untuk menyediakan minuman seawal yang mungkin.

Berikut adalah antara tanda-tanda dan kesan-kesan pengambilan minuman 3 in 1 yang dapat dikenalpasti :
1. Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca, tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju. Apabila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
2. Kerap merasakan kesakitan pada dada.
3. Sering tercungap-cungap dan kadang-kala sewaktu sembahyang pun bole tercungap-cungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Tapak tangan semakin basah.
Perkara-perkara yang perlu dielakkan berdasarkan minuman 3 in 1 :
1. Elakkan daripada meminum Nescafe yang merosakkan buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat daripada selain susu (non-dairy creamer).
2. Elakkan daripada mengambil coffee mate kerana ia adalah non-dairy creamer.
3. Elakkan memakan ais-krim kerana ia mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer selain susu.


abis camne ni... nama lagi ketagih kan
bkn senang nk brenti
ni aku baru beli semalam
siap ada free 3 sachet tu lagi
alaaa.. free sbb nk cover regenye dah naik
xde dah benda free sekarang ni
L.A coffee ni antara yg aku paling suka
sejuk atau panas semua sedap
sebenarnya dah bnyk kali try stop minum nescafe
tp belum berjaya... :-(

No comments:

Post a Comment