Followers

Thursday, 12 January 2017

Cara simpan tudung/selendang

Kisahnya bermula disebabkan melipat kain 2 bakul selama 5 hari. Tak siap2. Lipat sehelai dua bais meragam.. Mula pikir bagus kalau semua hangerkan aje termasuklah tudung yg leceh plak nk melipatnya.

Ina takde cara yg tetap pun simpan tudung. Bergantung pada jenis tudung lah kan.. Cam dulu2 pakai tudung bawal simpan dalam almari lipat2 camtu.. Kemudian beralih tudung yg awning plain tu, kainnya xkedut sejuk dan berat tu.. Simpan pada hanger yg ada ruang bulat2 tu..

Pastu berubah arah plak pada tudung awning dgn kain chiffon bercorak. Masa ni gila nau nga fareeda. Abis lain2 tudung bagi pada org.

Dan sekarang lebih sukakn plain shawl dan tudung bawal menyerang kembali.. Selai dua tudung bawal bercorak pucci pun ada.

Jenis tudung dah berubah2. Cara simpan pun nak kena ubah2 lah kan. Supaya lebih teratur dan senang diambil.

Ingat tak yang ina bgtau ina bukak satu mulig bar sebelum ni.. Daripada terbiar menyemak kat stor tanpa ada faedahnya.. Ina mintak abg gewe drill tuk ina sangkut tudung2 ina yg tak semengah.


Berubah sedikit area ni semata nk letak mulig bar tu.


Cadangan ina nk chest drawer kat bwh mulig bar tu.. Tudung berlipat simpan dalam drawer. Atas tu cermin bkn mulig bar.. Cermin dah beli cuma chest drawer belum. Jadi ubah ckit lah ikut apa yang ada je dulu.


Hanger pulak yang tak sama kaler. Guna yang mane ada. Lain kali tambah hanger pink.


Almari si bais tu.. Baju dia kecik2 jenuh nak melipat.

Belum siap sangkut pun.. Tak berapa nak rajin dan ina buat ni pn curi2 masa bais tdo.. Budak tu meragam tak sihat.. Tidur tak sampai 10 minit dah jaga. Tak nak berengang langsung. 100% tumpuan pada bais.. Malam pun dia tak lena tidur mungkin kelaparan nak minum susu mulutnya sakit.

Arap bais cepat sihat dan sembuh sepenuhnya. Amin.