Sunday 27 November 2016

Akhirnya dapat gak sofa baru dr SSF

Sekian lama nak dapatkan sofa nan seketul ni dari ssf..
Mula terasa berkenan bulan 9 lagi.. Masa tu tak gaduh nak gi tengok pun lagi sbb nak beli bulan 10 besday ina.
Utk pengetahuan korang bila besday ssf bg less 50% utk beli 1 barang..

Tau sofa ni kat ssf sbb duk join pelbagai kelab deko kat fb.

Bulan 10 tu baru pergi tengok.. Masa tu masih bnyk dan macam pilihan..
Tanpa risau dan selambanya tak booking pun..
Konon balik nak ukur dan fikir2 dulu kesesuaian sofa tu..

Next tu pergi dengan abg gewe tuk bayar.. Skali staff ssf gtau dah semua underbook.. Kat hq dan lain branch pun dah nan hadooo..

Uwaaa.. Bermula lah liku2 nak dapatkan sofa tu. Puas tny sana cni.. Jawapan yang ada sinar ckit adalah tunggu next stock 15.11.

Pasrah... Tunggu tarikh seperti yang dijanjikan.. Pada 15.11 tu laju2 ina call ssf.. Jawapannya takde pun sofa tu sampai kat branch..

Ishhhh camne ni kan.. Ina usahakan gak.. Dan akhirnya dapat gak. Camne usaha tu tak larat nak cite cni.. Tak penting pun. Yang penting dapat yg diidamkan..


Erkk..  Kosong lah pulak. Maka berbintang2 mata berbunga2 hati nak start memdeko ruang tamu ni dengan tema agak berbeza dengan yang sebelum ni..

Ntah bila la tu siapnya, bulan depan dan rasanya taun depan.. Hiiii..


Aktiviti santai

Masa bersama anak2 cam terhad sbb ina nga husband dua2 keje.. Dan abg gewe hanya ada kat umah hujung minggu je..

Biasa ari minggu kuar mkn2 je.. Banyak lepak kat umah.. Uruskan hal2 rumah.


Ni kat restoran selera cik siti.. Boleh tahan ayam penyet tu.


Kadang aktiviti camni je kat rumah.. Lepak2 luar rumah.



Sonok anak2 dapat main kat luar..


Restoran hadif  pasir tumbuh


Budak kecik ni pun hepi pergi jalan2


Peberet menu ni kat restoran khafi wakaf bharu.



 Kat aeonmall kota bharu.. Tiap minggu wajib pergi aeonmall.. Kat cni je yang rasa selesa nk mkn dan teman anak2 main. Korang biasa kemana ari minggu.


Majlis ihtifal tadika aulad pintar

Majlis ihtifal abg amzar.. Alhamdulillah abang makin berani dan aktif kat sekolah.

Kat rumah tak yah cite lah kn.. Bercakap tak brenti.. Potpet2 tiap masa.


Bila beratur ramai2 camne.. Lahai kecik2 je lagi.


Kat dpn dah tengah2 tu.. Hepi menari tu.



Adk bais susah betul nak elok2 pandang ke depan.


Ni je pun gambar ber 4 yang paling elok ada.. Jadi lah kan.


Patut kat umah semangat berlatih menari dan nyanyi.. Memang nampak kesunguhan abg.. Ibu gembira tengok setiap perkembangan anak2.

Saturday 26 November 2016

Bilik tidur utama

Tak pernah kot share ruangan yang satu ni.
Dah 3 tahun menetap kat rumah sendiri. Sikit2 hias sana sini.  Dan sangat diakui masih jauh dari yang diimpikan.. Ahaksss.. Akak ni tinggi nau angan2 tu kan.

Sebeanranya bilik ni lah yang paling kerap berubah susun atur.. Tapi entah kenapa tiap kali pun rasa cam tak kena.

Walaupn terlalu simple.. Ina share gak lah. Buat kenangan.



Set katil ni dari rumah sewa lagi.. Belum fikir nak tukar memandangkan masih elok dan kukuh..

Dan sebenarnya soho ina yg berada dlm bilik serba guna sebelum ni ina pindah ke dalam bilik utama.


Rasanya lebih elok dan sesuai berada kat bilik utama. Tak kerap sangat pun guna soho ni. Tapi masih menjadi satu keperluan utk adakan ruang camni.

Failing masih berterabur.. Ina main sumbat aje resit dalam fail.. Ku seru semangat kerajinan. Huhuhuhu

Friday 25 November 2016

letgo barang rumah

makin hari makin kelaut dah blog ni
tak berapa nak menyempat update
banyak benda sebenarnya
tapi ina nak story mory pasal letgo barang rumah

berbelah bagi sangat sebenarnya nak letgo barang rumah
ina letgo dalam fb ina
sbb ina target kawan2 yang dekat je
dah mention sesiap self pick up semua barang tu
tak berbaloi pun nak pos ke apa kan

pelik ke ye letgo barang rumah
korang rase..???
sbb ada gak yang perli2 ina pasal letgo barang rumah
biasa lah tu kan
tak semua orang paham dan boleh fikir positif dengan apa yg kite buat
walaupun ina rasa takde pun kacau orang

ni antara barang yang ina dah letgo




sofa ni dari rumah lama ina lagi

 play yard ni beli untuk amzar dulu, tapi kan tak pakai pun
ina rasa tak sesuai untuk ina sbb tak larat nak bangun tiap kali anak nangis
hiii ina lah, lain orang lain cara dan ragam anak2 kan
so bila bais ada ni pun katil tu still tak guna
ina rasa baik letgo aje dari simpan dan dah confirm tak guna dah pun

gate ni duk rumah sewa dulu guna
senang ada gate ni maklumlah
anak yg tengah membesar memang suka meneroka
cuma kat umah sekarang ni gate ni tertalu kecik plak
erkk alasan kot.. lebih kepada tak nak pasang gate dah
pun baik letgo aje lah




mini play gim baru je beli, bais taknak main sangat kat sini
kakak ina nak so bg kat dia je lah

tilam baby ni ina nk bg kat adik ina dia bakal jd ayah tak lama lagi
masih elok lagi beli tuk bais
tapi bais ni dia lain sikit, dia lasak dari baby
5 bulan dah merangkak, 6 bulan dah kuar gigi terus 4 batang
sekarang ni gigih berdiri


fuh lega sangat, rumah seolah mendapat nafas baru
punya ruang nak bergerak
padat sangat rasanya sebelum ni

baju bajan ina yg lama ina dah buang
baju2 anak yang masih cantik ina bg org
mainan amzar 2 plastik sampah yg besar ina dah buang
dengan izin tuannya.. izin ni penting kan nnt meraung. phewww
kebanyakan mainan thomas dia yang dibuang.

kali ni mmg banyak benda bawak keluar dari rumah ni

Alhamdulillah rasa lega.. Walaupun cam kecik je benda yg berlaku.. Tapi kesannya kat ina sangat besar..

Tiba2 dtg semangat baru, idea baru, mood baru nak deko2.

Ewahhh cam gempak la plak. Hiiii bye korang.


Wednesday 2 November 2016

Ubah susun atur dalam stor

Ubah lagi.. Sempit sangat ruang kat situ dengan banyak barang2 yang menyemak..

Nak buang masih nak guna.. Lagi pun benda elok lagi takkan nk buang plak kn.. Tapi tu lah.. Tak tau bila nak guna pun ada.

Kadang semak mata mandang.. Korang simpan mane ye barang cam tong cat.. Pemanas air yg adiah kawin.. Atau kotak2 yang korang beli skali xtau nk pakai bila.

Ina tak reti nak simpan mane.. Nk sumbat semua dalam kotak besar, tak elok gak rupenya..

Jadi sekian kali nya ina ubah lagi susun atur dalam stor yg serba guna ni..

Ni sebelum di ubah


Setelah di ubah


Boleh lah.. Stakat ni camni dulu lah. Nak tau kemana ina kalihkan meja soho tu nnt ina cerita k.