Wednesday 31 August 2016

Cherating 3rd days

Nak sambung cite last days kat cherating... Nak jugak abiskan cecepat. Tukang buat entri pun naik jemu yang baca mesti 44 kali kuasa 2 jemu.

Tapi dengan tak bersalahnya ina tetap apdet cite last day cherating. Ahakss.. Memang dasar sangatkan. Korang pun, kalau pasal deko2 laju je kan. tak mo merepek panjang2, terus sambung ma...

Pagi tu sarapan dulu sebelum terjun kolam.. Last dah kan memang harus mandi kolam kalau tak nanti jenuh dengar dia berzikir xpuas hati. Malam sebelum tu pun dah mintak nak mandi 2 kali lg.  Maksudnya 2 hari lagi... Adeh sedap plak dia nak monteng school lelama.

Lepas abg amzar siap berendam terus bersiap tuk balik.. Lebih kurang pukul 12 gak la baru check out. Memandangkan bais baru je tidur sebelum gerak balik tu ina cancel nak singah dekat santuari penyu. Dekat sangat santuari tu dari hotel.. Kecian plak nampak lena betul budak bambam tu.

Supaya trips tanpa sengaja ni berbaloi tuk abg amzar abg gewe cakap nak singah zoo kemaman. Jarak dgn hotel dalam 30minit je, ok ina setuju yang tu. Dah lama nak bawak abg amzar ke zoo, tapi selalu je tertanguh. 

Cari gerai jual kopok dulu sebelum gerak jauh.. Banyak nak tapau untuk tc bais 3 orang tuk tc abg amzar sorg.. Tuk mak mertua dan ofcos lah kan tuk diri sendiri.. Macam2 ada dan macam2 gak ina beli tapi yang menarik satar frozen dan keropok lekor cheese. 

Sampai zoo kul 12.50 camtu skali pak guard cakap dah rehat sila datang kul 2.. Ehh tak lah ayat skema camtu.. Baik dan elok2 p.cik tu bgtau kami.. Baik pakcik jap lagi kami datang.. Dah camtu kan baik lah isi perut dulu.. Topup tenaga nak jalan kat dalam zoo nnt kan.

Kul 2 kami dah terpacak kat gate... Kaunter tiket tak bukak lagi.. Takpe kite tunggu sambil selfie tak abis2. Ok layan gambar lak, karang panjang2 pun bukan korang baca kan hihihi





Naik benda alah ni lah nak ke tempat binatang2 tu semua.

tak nampak apa pun dalam tu kan.. sebenarnya ada ikan naga merah yang mmg besar gila. kalau masak ni mau boleh makan sekampung.. erkkk gamak ke nak makan kan.


ssuuuhhhh... papa jangan bising nnt tiger dengar.. hahaha lawak betul abg amzar nih



dah kepenatan taknak tengok dekat gajah kat belakang tu.



ni tengok burung helang.. dia plak yang berkepak lawan bunyi dengan burung tu

dalam sejam gak pusing2 tengok binatang dalam tu, abg amzar 3 -4 kali nak tengok tiger.. adeh mereput nak tunggu dia kat situ. banyak lagi binatangnya buaya, ular, kura2, tapi tak banyak dan suasana zoo masih tahap yang kurang baik. banyak nau tempat yang tengah renovate. maybe pergi ni time bukan cuti sekolah jadi kami 4 ketul je la kan duk pusing2 dalam tu.

yang penting abg amzar mmg hepi dapat pergi zoo.. asyik duk tanya bila nak pergi zoo lagi.. in shaa allah ada ruang masa murah rezeki boleh bawak anak2 ke zoo lagi.. zoo negara ke kan.. idok la pusing2 tang tu gak.. 


jom balik.. si bais tidur je dalam perjalanan balik.. yesss dah tamat cite bab trip cherating. bai

Monday 22 August 2016

Cherating - 2nd days

Nak kena cepat2 siapkan semua entri pasal cherating ni. Kalau dah tanguh lama2 dah rasa tak feel nak cerita pulok.


Mulakan hari dengan sarapan dulu.. Kat sini kena order menu tuk sarapan bkn secara bufet.. Ina agak lah sbb tak ramai orang. So lebih jimat derang buat secara order. Ada 3 pilihan menu je pun. 

Lepas sarapan ina ke persidangan sumber manusia yang diadakan kat INTAN wilayah timur... Persidangan ni menjurus kepada penambahbaikan yang telah dibuat dalam urusan pengurusan sumber manusia.. Kejap je pukul 8 sampai kul 1 tengah hari. Wakil pejabat ina 6 orang semuanya. Bagus hadir persidangan camni boleh tambah ilmu dan pengetahuan. 

Lepas persidangan ina je balik hotel yang lain dah check out so derang gerak balik.. Ina memang dah plan nak bawak anak2 holiday dah alang2 angkut semua dan abg gewe boleh cuti kan.

Petang tu pukul 4 lagi abg amzar dah berzikirna ajak mandi kolam.. Papanya ikutkan aje la sbb petang tu gak nak kuar gi pantai.




Tak join pun 2orang tu berpanas dalam kolam tu.. Intai je dari veranda sambil minum nescafe. Ahakss hakak feeling2 damai cengitu. Tak kose ok.




See!!! Prangai mak yg suka selfie. Abg gewe tak larat nk layan time ni demam. Lahai. Mula nak bg abg amzar mandi pantai.. Tp abg gewe tak larat so cancel.. Kite main pasir je ye kali ni anak2.




Bais hepi je selalu.. Tengok abgnya suka usik adk. Nasib baik adk tak tau apa lagi. 

Sebelum balik hotel kami singah makan kat kedai makan yang berderet tepi jalan.. Lupe pulak nama kedainya apa. Masa tu ingat makan je dah lapar tengah hari hadap roti je. Malam plak takde pergi mane.. Bg abg gewe rest dah badan cam dedar nak demam. Risau makin larat camne nak drive balik esok pulakkan.

3rd days bersambung next entri k. 

Sunday 21 August 2016

Cherating trips - 1st days

Ewah tajuk kemain lagi siap caption hari pertama gitu.. Acah acah cam 40hari 40mlm gi holiday. Kihkihkih
Betabahlah kawan2 nak baca kn.
Ehhh perasan.. Ada ke yang nak hadap.

Tak kisah lah kn.. Nak kongsi pasal ina sekeluarga ke cherating minggu lepas.. 3hari 2 malam je pun. Kot2 lah nak imbau balik kenangan ni nnt 3..4 taun nnt kan. Kenangan sgt tau masa tu anak dah besar.. Lahai lahai mesti rindu nak derang kecik balik. Sob..sob..sob..

Sebenarnya ina ada urusan kerja
Disebabkan bais masih bf dan ina takde stok ebm pun jadi abg gewe ambik cuti dan kami pergi sekeluarga. Tu pun yang diharap sgt2 dan mujur lah abg gewe dapat cuti. Maklum lah  abg gewe mmg susah nk cuti lama2 ni terutama kalau akhir dan awal bulan.

Ina bertolak dari rumah dalam pukul 11.30 pagi. Plan asal nk gerak lebih awal sbb nak singah umah mak ina kat terengganu.. Tapi camtu la yang slalu jadik.. Kalau plan kul 8 kul 10 .. 11 baru leh jalan.. Bercinta sangat nak kemas baju anak dan nak siapkn derang.

Abg amzar naik je kereta trus tanya bila nak sampai.. Hikhikhik.. Sabo je la.. Akhirnya tertdo sebelum sampai



Sepanjang jalan tu banyak pulak org duk jual durian. Buat leleh air liur tapi nk beli awal2 kan berbintang mata sedut bau durian sepanjang jalan.. Rezeki sangat sebelum masuk simpang ke kampung umah mak ada pakcik jual durian tepi jalan.. Ok singgah beli. Masih mahal 3biji yang saiz cute miut rm20.. Tambah sebiji yg besar ckit rm10.. Jadi lah kan.

Sampai umah mak dah kul 2, disebabkan perjalanan masih jauh tak leh nk lepak lama2 terus hadap nasi.. Mak dah msk siap2.. Yang best mak dah tanak pulut dan dah ada pun derian umah mak.. Aishhh xkisah la. Tu namanya rezeki berganda. Layan pulut derian lah hari tu. Nyam nyam


Okeh dah topup lemak dan siap solat moh ler sambung perjalanan ke residence inn cherating. Dari umah mak kat ajil ke cherating lebih kurang sejam lebih je lg.


Dah sampai pun.. Kite check in dulu, hotel ni ina dah booking awal2 boleh bayar masa check in je. Semalam RM220 inc breakfast tuk 2orang jd kami tambah RM18 breakfast abg amzar. Total tuk 2 mlm RM476. Ok la tu dah selesa pun.

Bilik kami tu ada 2 katil queen, level paling bawah ada veranda dan mengadap kolam mandi.. Cantik viewnya cuma yang rasa pihak hotel perlu tambah baik perlu sediakan terus sejadah, alas kaki dan iron dalam bilik.. Tak perlu nak kena mintak bagaikan. Ai xsuka bila nk pakai ehh xde plak. Nak hallo2 tak gemar.

Dah masuk bilik angkut barang semua tunggu apa lagi.. Jom terjun kolam.







Mak pak takde nak brendam pun.. Temankan abg amzar lah kan.. Dari rumah lagi xcited nk mandi kolam. Dah sampai ni harus lah terus nyelam.

Dah penat perjalanan dan lepak tepi kolam malam tu kuar makan dengan adik ina yang keje kat chendor. Nasib la ada dia kalau tak main redah je restoran yang mane ada. Dia sugest kami ke kemaman restoran Laguna ikan bakar. Memang best semua fresh dan banyak pilihan.




Ina dah rambang mata nk pilih menu, yang ina ambik malam tu
Pari 1 ekor bakar berempah
Sotong 2 ekor celup tepung
Kupang sekilo masak merah
Ketam 2 ekor msk grg telur masin
Tomyam seafood
Telur dadar
Kailan ikan masin
Skali dengan total semua dalam RM150.. Memang berbaloi la kn.

Lokasi restoran ni dekat dengan intan, nk senang wave aje la kn. Layanan superb dan yg penting tak berjangut beruban dulu nk tunggu makanan sampai.

Dah kenyang apa lg.. Balik hotel tidur.. 2nd day ina cite lain entri k.


Friday 19 August 2016

Dugaan Fully Breastfeed

sekarang ni ina gigih nak fully bf kat bais
macam2 jadi.. kadang ok kadang drop
memang penat dan sedih bila tak dapat nk bekalkan bais
dengan cukup.

seharain kat taska bais perlu 4 - 5 botol susu
sekarang ni ina bekalkan 3 botol ebm
1 botol 120ml
1-2 lagi topup dengan FM

bermula isnin minggu lepas kisah tragis ni tau
silap ina tak buat stok banyak2
nangis ina terpaksa beli FM tuk bais
berat hati sangat2
sebab memang ina dah niat nak fully bf
tapi ina tak berjaya

tak mau ni semua buat ina terus putus asa
pastu dengan mudah bagi je FM
walau susah, walau sikit ina tetap nak usahakan jugak
tak nak pikir yang dah tercampur tu
kena positifkan diri kuatkan semangat
yang penting misi untuk dapat 5 botol
dalam masa sehari perlu dicapai

hiiii... ewah ayat pembakar semangat gituw

sekarang ni bais dah makin besar
keperluan susu dah makin bertambah
seharian kat taska dah bertambah
5 botol sehari, 1 botol 5oz
jadi nak kena tambah kerajinan ni

kisah tragis ni bermula dari 3-4 minggu lepas
susu drop sangat2
sampaikan tiap kali pam hanya dapat tak sampai 1oz pun
segala tips ina buat tapi hasilnya tetap buat ina tambah stress
nangis sesorang mak ni nak

tapi ina kuatkan gak semangat tetap pam secara konsisten
akhirnya susu makin meningkat
alhamdulillah.. syukur sangat2
walaupun belum dapat bekalkan dengan cukup
tapi hasilnya takde lah buat ina stress sgt

Nak bagi tips banyakkan susu ke apa tak layak pun
jauh lagi perjalanan ina, baru sekerat jalan
cuma ina nak kongsi yang ina cuba
moga bermanfaat untuk kawan2 gak


bangun pagi terus kunyah Mamom 2 biji
dan minum segelas air suam
kalau sempat ina buatkan susu segelas
erkk biasa tak sempat hiiii

sarapan pagi tak leh skip
ina makan nasi biasanya
dah makin melebar ina sekarang ni maklumlah
makan untuk banyakkn susu
alasan sangat!!

macam2 kan orang cakap boleh tambah susu
so ina cuba semua

minum air kosong 2 hingga 3 liter sehari
biasa ina angkut stengah liter air suam minum sambil pam susu
mood kena happy tau kan nnt susu merajuk

malam sebelum tidur makan segala supplement dulu
kurma, madu, mamom, vita-lea, vit c dan segelas susu

dan yang paling penting dan teramat penting
harus lah pam susu sekerap yang mungkin
kalau semua petua dan segala makanan dah telan
tapi tak pam.. akhirnya otak akan bagi signal
untuk stop penghasilan susu
OMG!! menangis tak berlagu

sebab penghasilan susu ni bergantung pada permintaan
makin kerap kite kosongkan breast makin kerap
penghasilan susu terhasil
ni fakta ok.. sob sob sob

benda ni lah yang ina tengah usahakan sekarang ni
ina kerja memang banyak tak sempat dari yang sempat

Ya allah mintak di permudahkan segala urusan harian ina
semoga ina mampu bf bais hingga 2 tahun
aminnn...

Sunday 7 August 2016

SALES IKEA

Ketagihan apakah ini..
tiap bulan dan tiap kali ada PS kelantan nak balik
pasti laju je kirim itu ini.
sekarang asyik tunggu sales ikea
dah lah ikea tu tiap bulan buat sales
macam2 benda nak beli
naik berpinar bijik mata ni tau

cam bulan ogos ni ikea sales barang ni. Yang ni dari 4 - 21 ogos. Pastu mesti ada sales merdeka.




















sape2 yang nak tu boleh la terjah ikea
tak pun kalau dah jauh cam ina kat kelantan ni
kirim aje pada PS IKEA
ramai je pun PS ikea kelantan
siap ada yang bukak kedai jual barang ikea

yang ina tahu 1 kat pasir pekan
1 lagi kat jalan tiong tu
yang jual kat tesco car boot tu pun ada setiap jumaat
sabtu lak kat taman tengku anis

tapi setakat ni ina lebih selesa kirim kat PS je
mesti korang nak tau gakkn PS mane yang best
PS ikea kelantan yang paling best ina deal
yang service tip top
selalu bagi free gift walaupun beli takde grand mane pun
upah yang berpatutan dan yang terbaik
siap hantar kat rumah

kalau korang pun dah teracun sama
boleh la korang wasap cik fatin ni okeh
019-6509769




Friday 5 August 2016

Majlis citra

Hari khamis malam yg lepas ofis ina adakn majlis citra. Majlis ni combine benerapa anugerah sebenarnya. Anugerah perkhidmatan cemerlang, pesara dll.

Jadi awal2 lg ina hantar hero2 kat umah mak mertua ina.. Kebetulan adik2 ipar ada kat umah mak nak tolong jagakn anak sdara derang..

Pagi khamis tu siapkan godies tuk semua yg hadir malam tu nanti..
Nasib baik ramai membantu, Banyak gak tuk 400 orang semuanya..

Petang tu kami gegas ke ktc susun coklat. Sampai sana pihak dewan plak cakap aircond hanya dipasang 2 jam sebelum majlis.. Aishhh kedekut betul la derang ni. Dah la peluh2 rushing kutip anak2 anta umah mak.. Sampai dewan xberaircond lak.. Persis sauna free time tu.

So tak berani nk susun siap2 coklat tu. Kan meleleh cair coklat tu nnt. Nasib baik ada yg sangup tunggu tuk atur coklat tu nnt.

Maklumlah yang gegirl semua ni kalut nak balik bersiap dah.. Dah xsangup nk tunggu.

Ina petugas tuk malam tu. Setiap tahun pun bertugas. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.






Macam biasa sesi bergambar pulak.. Acara wajib la kiranya ni. Semua ceria2 gitu. Taniah pada kwn2 yang dapat anugerah. Yang tak dapat tumpang happy.

Ina pakai dress tanjung by cattleya couture. Kain dan cutting dress mmg cantik.. Erkkk korang xyah wat muka kompius okehh... ina je cutting lari tu hahaha dengki betul korang ni. Baru nak posing ajet2 model. Kihkihkih