Friday 19 August 2016

Dugaan Fully Breastfeed

sekarang ni ina gigih nak fully bf kat bais
macam2 jadi.. kadang ok kadang drop
memang penat dan sedih bila tak dapat nk bekalkan bais
dengan cukup.

seharain kat taska bais perlu 4 - 5 botol susu
sekarang ni ina bekalkan 3 botol ebm
1 botol 120ml
1-2 lagi topup dengan FM

bermula isnin minggu lepas kisah tragis ni tau
silap ina tak buat stok banyak2
nangis ina terpaksa beli FM tuk bais
berat hati sangat2
sebab memang ina dah niat nak fully bf
tapi ina tak berjaya

tak mau ni semua buat ina terus putus asa
pastu dengan mudah bagi je FM
walau susah, walau sikit ina tetap nak usahakan jugak
tak nak pikir yang dah tercampur tu
kena positifkan diri kuatkan semangat
yang penting misi untuk dapat 5 botol
dalam masa sehari perlu dicapai

hiiii... ewah ayat pembakar semangat gituw

sekarang ni bais dah makin besar
keperluan susu dah makin bertambah
seharian kat taska dah bertambah
5 botol sehari, 1 botol 5oz
jadi nak kena tambah kerajinan ni

kisah tragis ni bermula dari 3-4 minggu lepas
susu drop sangat2
sampaikan tiap kali pam hanya dapat tak sampai 1oz pun
segala tips ina buat tapi hasilnya tetap buat ina tambah stress
nangis sesorang mak ni nak

tapi ina kuatkan gak semangat tetap pam secara konsisten
akhirnya susu makin meningkat
alhamdulillah.. syukur sangat2
walaupun belum dapat bekalkan dengan cukup
tapi hasilnya takde lah buat ina stress sgt

Nak bagi tips banyakkan susu ke apa tak layak pun
jauh lagi perjalanan ina, baru sekerat jalan
cuma ina nak kongsi yang ina cuba
moga bermanfaat untuk kawan2 gak


bangun pagi terus kunyah Mamom 2 biji
dan minum segelas air suam
kalau sempat ina buatkan susu segelas
erkk biasa tak sempat hiiii

sarapan pagi tak leh skip
ina makan nasi biasanya
dah makin melebar ina sekarang ni maklumlah
makan untuk banyakkn susu
alasan sangat!!

macam2 kan orang cakap boleh tambah susu
so ina cuba semua

minum air kosong 2 hingga 3 liter sehari
biasa ina angkut stengah liter air suam minum sambil pam susu
mood kena happy tau kan nnt susu merajuk

malam sebelum tidur makan segala supplement dulu
kurma, madu, mamom, vita-lea, vit c dan segelas susu

dan yang paling penting dan teramat penting
harus lah pam susu sekerap yang mungkin
kalau semua petua dan segala makanan dah telan
tapi tak pam.. akhirnya otak akan bagi signal
untuk stop penghasilan susu
OMG!! menangis tak berlagu

sebab penghasilan susu ni bergantung pada permintaan
makin kerap kite kosongkan breast makin kerap
penghasilan susu terhasil
ni fakta ok.. sob sob sob

benda ni lah yang ina tengah usahakan sekarang ni
ina kerja memang banyak tak sempat dari yang sempat

Ya allah mintak di permudahkan segala urusan harian ina
semoga ina mampu bf bais hingga 2 tahun
aminnn...

No comments:

Post a Comment