Wednesday 31 August 2016

Cherating 3rd days

Nak sambung cite last days kat cherating... Nak jugak abiskan cecepat. Tukang buat entri pun naik jemu yang baca mesti 44 kali kuasa 2 jemu.

Tapi dengan tak bersalahnya ina tetap apdet cite last day cherating. Ahakss.. Memang dasar sangatkan. Korang pun, kalau pasal deko2 laju je kan. tak mo merepek panjang2, terus sambung ma...

Pagi tu sarapan dulu sebelum terjun kolam.. Last dah kan memang harus mandi kolam kalau tak nanti jenuh dengar dia berzikir xpuas hati. Malam sebelum tu pun dah mintak nak mandi 2 kali lg.  Maksudnya 2 hari lagi... Adeh sedap plak dia nak monteng school lelama.

Lepas abg amzar siap berendam terus bersiap tuk balik.. Lebih kurang pukul 12 gak la baru check out. Memandangkan bais baru je tidur sebelum gerak balik tu ina cancel nak singah dekat santuari penyu. Dekat sangat santuari tu dari hotel.. Kecian plak nampak lena betul budak bambam tu.

Supaya trips tanpa sengaja ni berbaloi tuk abg amzar abg gewe cakap nak singah zoo kemaman. Jarak dgn hotel dalam 30minit je, ok ina setuju yang tu. Dah lama nak bawak abg amzar ke zoo, tapi selalu je tertanguh. 

Cari gerai jual kopok dulu sebelum gerak jauh.. Banyak nak tapau untuk tc bais 3 orang tuk tc abg amzar sorg.. Tuk mak mertua dan ofcos lah kan tuk diri sendiri.. Macam2 ada dan macam2 gak ina beli tapi yang menarik satar frozen dan keropok lekor cheese. 

Sampai zoo kul 12.50 camtu skali pak guard cakap dah rehat sila datang kul 2.. Ehh tak lah ayat skema camtu.. Baik dan elok2 p.cik tu bgtau kami.. Baik pakcik jap lagi kami datang.. Dah camtu kan baik lah isi perut dulu.. Topup tenaga nak jalan kat dalam zoo nnt kan.

Kul 2 kami dah terpacak kat gate... Kaunter tiket tak bukak lagi.. Takpe kite tunggu sambil selfie tak abis2. Ok layan gambar lak, karang panjang2 pun bukan korang baca kan hihihi





Naik benda alah ni lah nak ke tempat binatang2 tu semua.

tak nampak apa pun dalam tu kan.. sebenarnya ada ikan naga merah yang mmg besar gila. kalau masak ni mau boleh makan sekampung.. erkkk gamak ke nak makan kan.


ssuuuhhhh... papa jangan bising nnt tiger dengar.. hahaha lawak betul abg amzar nih



dah kepenatan taknak tengok dekat gajah kat belakang tu.



ni tengok burung helang.. dia plak yang berkepak lawan bunyi dengan burung tu

dalam sejam gak pusing2 tengok binatang dalam tu, abg amzar 3 -4 kali nak tengok tiger.. adeh mereput nak tunggu dia kat situ. banyak lagi binatangnya buaya, ular, kura2, tapi tak banyak dan suasana zoo masih tahap yang kurang baik. banyak nau tempat yang tengah renovate. maybe pergi ni time bukan cuti sekolah jadi kami 4 ketul je la kan duk pusing2 dalam tu.

yang penting abg amzar mmg hepi dapat pergi zoo.. asyik duk tanya bila nak pergi zoo lagi.. in shaa allah ada ruang masa murah rezeki boleh bawak anak2 ke zoo lagi.. zoo negara ke kan.. idok la pusing2 tang tu gak.. 


jom balik.. si bais tidur je dalam perjalanan balik.. yesss dah tamat cite bab trip cherating. bai

No comments:

Post a Comment