Sunday 1 January 2017

cerita akhir tahun dan awal tahun

kalau ikutkan banyak benda nak cerita
tapi dah tak reti pulak nak mula camne
pulak!!

3 minggu lepas balik rumah mak ayah ina kat terengganu
ada kenduri kesyukuran mak, ayah dan adk bongsu ina  ke mekkah
buat umrah, in shaa allah akhir bulan 1 nanti.







Amzar lah yang paling hepi balik umah nenek kat trg. Ada geng pulak
Siap main hujan.. Sangat berharga kot dapat peluang main hujan budak zaman sekarang ni.

minggu lepas belah mil lak yang buat majlis maulud. Jom selfie


Pasal si bais pulak,
ina pilih aulad pintar jugak
sama dengan abg nya
memang rasa bersyukur sangat
sebelum ni takde nurseri untuk bawah 3 tahun
dalam bulan 8 hari tu baru di war2kan akan bukak 2017
ina terus daftar untuk bais

alhamdulillah tadika aulad ni memuaskan hati ina
dari segi pentadbiran, pendidikan, kemudahan,
makan minum, aktiviti, dan semua lah.
dan ina harap berterusan lah kan.
walaupun agak pricey bg orang kebanyakan cam ina ni
tapi kiranya masih berbaloi lah dengan service yg derang bagi tu
ofkos lah ina nak yg terbaik untuk anak2 kan
mak2 memang camtu sgt kan..

ina pun belum update pasal projek deko bilik tetamu
ubah lagi tau..
tak banyak pun yang berubah
tu pun guna barang2 yang sedia ada kat rumah je
rasanya dah settle bilik ni
kalau tambah pun satu chest drawer dan satu cermin
huuu dah kirim cermin kat ps ikea
 
banyak lagi projek deko yang tak settle
buat sekerat jalan.. phewww
ruang tamu masih belum ada meja kopi
ehh tapi ada sumtim yang ina beli tuk ruang tamu tu tau
kecik je, tapi ina suka sangat..
yang ni nanti2 lah ina share
pun ada barang yang ina kirim dengan ps ikea

lately.. ntah kenapa cam beralih arah je minat ina
ina suka deko yang simple
lebih kepada mix n match camtu
simple, terang, ceria dan yg penting praktikal
tapi dalam masa sama terminat pulak deko yang
lebih kepada moden english
nampak mewah, nature, tenang dan tak sarat.

mana2 lah kan.. bercampur aduk.

dan last cerita
in shaa allah pertengahan bulan 2 nanti
nak bawak anak2 jejalan
dah beli pun tiket flight bulan lepas
short vacay lah kiranya tuk derang
akhir tahun 2016 takde masa sesuai
ina dan abg gewe agak sibuk dgn hal keje
dan kami nk tunggu mak dan ayah ina
selesai mengerjakan umrah tu dulu.
tak jauh pun masih dalam negara
nanti ina pergi baru share lah camne kan
harapan mak ni agar anak2 hepi. Sekian

No comments:

Post a Comment