Wednesday 23 October 2013

Kejayaan Milik Setiap Insan

 
 Sesuatu yang berlaku dalam kehidupan kita 
biasanya di luar jangkaan kita kan? 
Namun, seharusnya kita harus lebih bersyukur
 kerana dikurniakan kelebihan dan peluang
 untuk buktikan pada semua orang yang kita boleh berjaya.
 
Setiap orang dalam dunia ini mengimpikan 
kehidupan yang lebih baik daripada yang sebelumnya. 

Oleh itu, perubahan harus dilakukan. 
Dan dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.

 
ni aku nk kongsi cara mudah nak capai sesuatu matlamat
 
1) tetapkan matlamat :
cuba korang kecikkan ckit ruang lingkup matlamat korang tu
jgn la matlamat idup yg korang tetapkan tu
seperti - "ingin menjadi org yg berjaya"
 
itu terlalu general.. 
berjaya macam mane?
ada simpanan 100k dlm bank ke?
dapat beli rumah ke?
dapat pergi haji ke?
 
aaa ini la yg korang kena tetapkan
contohnya dalam setahun korang nak saving 3k

2) planning:
ok dah ada matlamat yg jelas kan
so kena la ada planning lak
untuk saving 3k tu korang mesti tau
every month korang perlu saving brape

RM3000/12 month = RM250/month

3) gigih berusaha tanpa putus asa
 bila dah ada planning
kena usaha la
dapat aje gaji tu trus transfer siap2 ke akaun saving
ASB ke...
 
 dan...
4) konsisten
 
kena kuatkan iman k
jgn la korang saving arini 
sok lusa pergi korek balik
 
kena konsisten
apa2 aje la yg kite buat
mesti konsisten
ckit xpe.. janji diamalkan
 
karang bln ni saving bln dpn dah xsaving
nnt matlamat korang tu xkan tercapai lah
jauh la nak saving 100k kalau camgitu
angan2 mat jenin aje
 
dgn kesusahan dan godaan 
yg korang tanggung sepanjang tahun tu
hasilnya nnt korang akan dapat rasa 
pada akhir tahun
 
walaupun kecik aje 3k tu
korang akan hepi sebab berjaya
mencapai matlamat yg korang dah tetapkan
simplekan? 4 tip mudah aje :-)
 
bila dah biasa nnt
korang dah xde masalah nk saving
dah xterasa nak korek bagai duit saving tu
hihihi
 
biasanye setiap awal tahun aku
tetapkan la apa yg ingin aku capai dalam tahun baru tu
alaa... cam skt la.. kpi pun sama gak
nkra pun boleh la
hahhahha mengalahkan matlamat negara nih
 
 
mesti korang pelik apsal lak aku tetiba je
meroyan cite pasal matlamat bagai ni
hihihi
ni kan dah menghampiri akhir tahun
so kena la review blk
dah capai ke belum list yg aku buat awal tahun dulu tu 
 
satu lg tips aku nk bg
korang xpayah nak list pjg2 dlm diari tu
kalau dah berderet cam list nak soping kat mall
korang xde fokus
bila xde fokus, susah la nk capai target k
 
kalau aku just satu dua perkara aje
cam 2 tahun lepas aku tetapkan matlamat nak beli rumah
so aku tetapkan la rumah camne
harga brape yg aku laki bini mampu
area nk dekat dgn tempat keje ke camne

usaha lak.. aku search mudah.com
tny kwn2, tgk iklan2 yg banyak kat tiang letrik tu

dan xsemestinya korang trus dpt capai 
matlamat korang tu pada tahun tu gak
cam kes aku dari 2 tahun lepas lagi
punya la lama kan..
tahun ni baru lerr dapat beli umah

dalam proses nak capai matlamat tu
akan ada banyak perkara 
korang lalui dan pelajari
itu akan membuatkan korang menghargai
apa yg korang dapat nanti

lebih manis tau, jika sesuatu tu
kite dapat kerana usaha kite sendri
susah payah kite tu rasa berbaloi2
 
kalau dpt rezeki tersepak
poyo la kalau korang sepak kat lain
bantai aje la.. allah maha kaya
dia tentukan rezeki hambanya

apa pun kesimpulannya... 
aku bkn pakar motivasi ala2 dr. fadzilah kamsah k
just org biasa2 yg cuba memperbaiki diri
untuk keluarga tercinta


No comments:

Post a Comment