Lama xwat entri.. blog pun sunyi sepi aje. :-( sedeeeyyyy...
Hari ni nak kongsi resepi smoothie... rasa sedap dan yang penting menyihatkan.
okay layan dulu smoothie homemade yg aku buat ni..
Bahan- bahan:
mangga
epal
bayam hijau
lemon (xde dlm gambar)
yogurt asli (xde dlm gambar)
cara:
kisar semua bahan diatas tambah kiub ais.. minum sejuk mmg sedap :-)
fisrt time buat ni tau.. buat ckit sbb risau xleh nak telan lak.
tergerak hati nak try resepi simple ni setelah mengoogle kebaikan amalkan minum jus buah dan sayur ni.
petang2 sambil lepak luar umah layan smoothie ni mmg best.
rugi kalau korang xtry... hihihi.. ok kat bwh ni pelbagai lagi variasi smoothie yang korang boleh try. mane tau kan xsuka epal ke apa.. leh guna buah atau sayur lain.
1. Smoothies strawberi dan pisang
- 100ml ais
- 200ml yogurt asli rendah lemak
- Sebiji pisang
- secawan strawberi
- 1 sudu madu
- sedikit kacang walnut
Kisarkan kesemua bahan diatas.
2. Smoothies Pisang bersama mentega kacang
- 100 ml ais
- 200 ml yogurt rendah lemak
- 1 sudu besar mentega kacang
- sebiji pisang
- 1 sudu teh madu
Kisarkan kesemua bahan diatas.
3. Smoothies pisang bersama betik dan kacang walnut
- 100 ml ais
- 200 ml yogurt rendah lemak
- sebiji pisang
- sepotong betik
- 8 biji kacang walnut
- 1 sudu kecil serbuk kopi atau coklat
Kisarkan kesemua bahan diatas dan taburkan serbuk kopi/coklat di atasnya semasa menghidang.
4. Smoothie Mangga dan pisang
- 100 ml ais
- 200 ml yogurt rendah lemak
- Potongan buah mangga manis
- 1 biji pisang
- secawan jus oren
Kisarkan kesemua bahan diatas.
5. Smoothie untuk sarapan
- 100 ml ais
- 200 ml yogurt rendah lemak
- segenggam buah beri atau strawberi
- sebiji pisang
Kisarkan kesemua bahan diatas.
6. Smoothie vanila kurma
- 100 ml ais
- 200 ml yogurt rendah lemak
- 1 cawan kurma
- 1/2 sudu ekstrak vanila
Kisarkan kesemua bahan diatas.
7. Smoothie blueberi almond butter
- 2 cawan air
- 1 biji pisang
- segenggam blueberry
- 1 sudu teh jus lemon
- 3 sudu almond butter
- 3 biji kurma
Kisarkan kesemua bahan diatas.
8. Smoothie oren dan beri
- 100 ml ais
- 1 cawan air
- 2 biji buah oren yang dipotong kecil
- 1 cawan blueberry
- 1 cawan raspberry
Kisarkan kesemua bahan diatas.
9. Smoothie soya dan strawberi
- 1 biji pisang
- 2 cawan strawberi
- 1 cawan susu soya
- 1 sudu madu
Kisarkan kesemua bahan diatas.
10. Smoothie avokado dan buah pear
- 1/2 buah avokado yang dibuah biji
- 200 ml yogurt rendah lemak
- 1/2 cawan jus pear
- 1 sudu madu
- 1/2 sudu ekstrak vanila
- 1 cawan ais
Kisarkan kesemua bahan diatas.
menarik dan tertarik tul kan resepi smoothie ni.. cam ibu2 yang bekerja resepi ni boleh membantu la kan.. sbb senang nak buat.. xperlukan banyak masa. campak2kan aje semua bahan dlm pengisar. anak2 pun mesti suka. :-)
ok selamat mencuba dan terima kasih coz sudi jenguk2 blog ina.
No comments:
Post a Comment