Wednesday 19 June 2013

BONUS RAYA 2013

 Yeeaayyyyy!! bonus raya.
camne aku leh xtau pun bonus raya ni PM dah umumkan masa bulan 4 itu ari lagi.. uhhh ketinggalan tul. xpe janji masyukkk nnt. boleh la beli beskut raya bagai nga duit raya.. nama lagi bonus raya kan :-) haha



Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.

Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion.

Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. 



murah rezeki..lebih tepat lagi rezeki bertimpa2.. bulan 7 dapat 1 kenaikan gaji. meriah la mak ngah beraya taun ni. crita muktamad dia boleh survey2 dalam pekeliling bwh ni k.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013
PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

bersyukur la kan kite kat malaysia.. hidup aman damai. alhamdulillah.
semoga rezeki diberkati. amin.. :-)

No comments:

Post a Comment