Sunday 23 June 2013

nisfu syaaban 2013

Entri kali ni nak kongsi pasal nisfu syaaban ni.. kira tutup buku lama dan bukak buku baru la kan. so tarikh ni pun elok kalau kite berazam.. atau topup pe2 azam kite supaya kite dapat memperbaiki diri. ecehhh wahhh cam ustazah lak.
hihihi xpun kalau azam masa 1.1.2013 aritu penuh nga list duniawi.. pe kata tarikh arini kite tambah ckit list tu dengan azam tuk saham akhirat.. (ingatkan diri sendri gak ni tau).

xnak berceramah pjg lebar.. just sharing is caring aje nga korang. ok kat bwh ni tarikh keramat :-)
Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013:

1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)
Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib

Pengertian Bulan Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban 1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya. 2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.

korang mesti pergi surau atau masjid mlm tadi kan.. aku xpergi pun.. baca yasin dgn amzar aje. Malam td dah niat nak puasa arini... tapi terlupa nak setkan alarm.. mujur kebetulan tersedar 4.50 pagi td.. so sempat gak la aku bersahur.. time sahur xde selera sgt.. just minum milo dan mkn kek pisang. pastu sambung membuta balik.

alhamdulillah sampai pukul 11 ni masih berpuasa.. moga dapat diteruskan sampai berbuka nanti :-) amin...

ok la.. aku nak pk menu apa nak berbuka nnt. hahhaha xmenyempat aku ni kan. baru kul 11 pagi dah nak pikir nak msk atau beli lauk pe tuk berbuka nnt. kihkihkih.. pe pun xsabar nak merasai ramadhan tahun ni.. moga kite semua diberi kesempatan la kn. sok kalau sempat aku apdet juadah berbuka puasa aku ptg nnt.. jupa esok. bye...

Hari ini hari terakhir bulan Rejab dan esok bermulalah bulan Syaaban. Seperti bulan Rejab, bulan Syaaban juga mempunyai kelebihan,keistimewaan dan kebaikannya yang tersendiri. Kalau bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban pula adalah bulan Rasulullah dan bulan Ramadhan pula bulan umatnya. Kalau bulan Rejab istimewa dengan Israk Mikraj manakala bulan Syaaban pula istimewa dengan Nisfu Syaaban. Bulan Syaaban ialah bulan menghapuskan dosa dan bulan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. - See more at: http://www.blackrosehunter.my/2013/06/kebaikankeistimewaankelebihan-bulan.html#sthash.CJWVWNqH.dpuf

No comments:

Post a Comment