Tuesday 28 January 2014

Rumput Karpet dan Taman Mini

Sejak akhir-akhir ni
memang bz memanjang
macam-macam hal nak buat
bisness shaklee yang makin maju
deko-deko rumah yang tak siap-siap
kerja kat ofis dan macam-macam hal

dah lama menyepi
tak menyempat nak update blog
arini ina nak kongsi
cerita rumput karpet
ingat lagi tak n3 ina sebelum ini 
kalau tak ingat boleh tengok SINI

dah hampir dua bulan tanam rumput karpet
hasilnye.. taraaaa...


tompok-tompok cam taik unta aje kan
hihihihi

walaupun banyak dugaan
kerana rumput tu telah diserang anai-anai
tapi keseluruhan nampak segar


ini la rupe rumput tu bila di serang anai-anai
kat rumput pun nak bersarang kan



tak sabar nak tengok rumput tu semua 
penuh menutupi tanah
dah ada yang menjalar tu

sekarang planning nak buat mini taman
kat depan umah


 tempayan tu ina beli rm150 
di green garden wakaf bharu
mmg cantik-cantik pasu kat sana
rambang bijik mata

pable wash atau step stone tu
harga rm23 satu
ina beli dua aje
sebagai alas tempat nak letak tempayan tu nanti



pasu hitam putih dua ketul tu
rm6 aje sebijik
pokok krismas tu ina beli masa
pergi cameron aritu rm10 satu
pokok cam kelapa sawit tu lak
rm12 satu

apa pun.. taman mini ni
projek utk cuti raya cina ni
rumput karpet dah beli
hasben nak tanam kat taman tu
erkkk boleh angap taman ke?

 ina update cerita cerituk taman 
yang tak seberapa ni kat n3
seterusnya k.. :-)



No comments:

Post a Comment