Followers

Saturday, 8 April 2017

Sabah part 4 - zoo lok kawi wildlife park, tanjung aru, dataran todak, pasar filipina

bila tak laju laju buat entri
berlumut ijo nak sambung balik
tapi kan tak syok lah cerita sekerat2
cam berhutang bebannya tu tau

jadi bertabahlah siapkan semua entri pasal sabah
last entri dah pun ni

bersiap dan sarapan kat hotel siap2


Bais mmg peramah.. Semua org dia tegur. Duk lambai2.

kalau ikut plan asal nak ke pulau
orang cakap pulau2 kat sabah ni cantikkan
pulau mamutik, pulau manukan dll
pakej bot kesana pun tak mahal

tapi ina cancel sbb keadaan cuaca.
semalam tu hujan kan
ina risau laut bergelora ke apa
nantikan ujan masa kat sana
mak2 ni susah ckit.. macam2 pikir
risaukan anak2

abang gewe pun tak kisah mane nak pergi
jadi bincang2 tu kami sepakat pergi ke zoo
yang ni abang amzar memang suka sangat
dia sukakan binatang
terutamanya tiger

walau asalnya nak bagi pengalaman baru pada abang amzar naik bot bagai
takpelah lain kali je lah.. ada rezeki in shaa allah


Sempat lagi tidur masa otw gi zoo


Mula2 sampai nampak anak gajah batu ni.. Terus abg amzar nk sentuh.. Yg boleh lah sentuh ye.. Yg betul jgn cuba2.




Dia punya semangat tu.. Berkerut dahi baca map pastu tak tahu nk tuju belah mane.. Huhuhu




Semua berpeluh2 mendaki bukit.. Baru bukit.. Xberangan lah nk sampai puncak kinabalu.



luas gak zoo ni. Penat round. Mcm2 gak lah binatang yg ada. Dah tengok semua haiwan yg ada jom cari makan.





singah makan sebelum balik ke hotel tuk rehat
masa makan ni abg amzar tidur
nampak penat
bila sentuh kepala dia
badan dia panas.. dedar nak demam

balik hotel bagi ubat demam
dan biarkan dia tidur
tengah hari tu kami tak kemana
petang abg amzar dah bangun
mandi2 bagi segar dan bagi ubat sekali lagi

sepanjang travel kali ni ina mmg utamakan anak2
sentiasa pastikan derang minum dan makan dengan kerap
dah ada pengalaman sebelum ni balik holiday
anak masuk hospital
so memang beringat sangat.. kite nak happy
tak mo ada yang sakit
kalau travel dengan anak2 wajib bawak segala ubat2
stanby apa saje

petang kami ke tanjung aru
kat sini  bagi ina biasa2 je..
tapi ramai orang yg duk tunggu sunset









abang amzar main belon
adik pun cuit2 belon tu


beli durian sabah
hiii biasa2 aje duriannya
tapi ina memang antu durian
pantang tengok nak gak beli
satu bekas ni rm20
beli 2 bekas je

ok next cari makan
kiteorang ke dataran todak
kalau siang mungkin lagi cantik kot
sebab dataran ni mengadap laut

kami makan kat tepi dataran todak
kat sini mak aishhh
segar2 seafoodnya tu








rasa nak kesemuanya
yang utama lobster.
kerang bakar
Sotong celup tepung
Kekapis ke apa ntah sejenis kerangan pun sedap gak
ikan tiga rasa dan ikan bakar
ikan tu besar sangat
kalau korang tak ramai
nak jugak menu ikan tapi semua ikan besar2
jadi korang boleh mintak dia masakkan dua menu dengan sekor ikan tu

Mmg puas hati makanan yg sedap dan bnyk gila.. Harganya pun berpatutan.. Semua tu rm270 je. Cuma kan air kat sabah ni tak umphh cam kat kelantan lah.. Hiiiii tak kaw dan tawar. Xpe lah.. Jaga kesihatan. Kihkihkih.

Lepas makan soping dulu keronsang dan gelang mutiara utk bwk balik.. Amplang dan kuih cincin pun wajib angkut balik.. Xde plak gambar masa soping. Masing2 berangkut penuh tangan.

Ready utk balik




Flight kiteorang delay.. Pastu siap tukar gate.. Phewww


Byee sabah bah.. Next time ada rezeki kami dtg lagi.



Yeayyy... Masa dtg abis.. Time balik dpt gak abg amzar nk nuget bentuk airplane ni.


Pandora mutiara sabah.. Cantikkan. Murah je tau. 4 utas rm50. Belikn utk teacher amzar, teacher bais, keronsang tuk mak, kakak, adk, kwn ofis. Amplang dan kuih cincin pun tuk semua gak. Arap semua berpuas ati dgn ole2 yg tak seberapa dr sabah.

Simpan kat blog elok2 cerita short vacay ke sabah utk kenang kenangan di hari tua nnt.