Monday 4 July 2016

DIY corak pada box

Ina ni tangan tak berseni tapi teringin nak diy jugak kan.. Hihi takde apa sangat diy nya pun lah. Setakat main tampal lebihan wallpaper je.

Asalnya beli box tu nak letak kat rak kabinet tv. Belah bawah tu kosong je dan ina letak box yg ina rasa tak bape sesuai kat situ cover wayar yang berselirat sebelum ni.

Godek godek dalam web ikea tengok mane box yang sesuai saiz yg ngam dan rege yang cun. Ina terjumpa dua box yang beza. Disebabkan dua2 berkenan dan tak pasti yang mane paling sesuai ina beli dua2 jenis box tu. Kalau pergi beli sendiri boleh belek2 sampai puas hatikan. Ni ina kirim kat ps tolong belikan.


Beli 4 box semuanya tapi yang kecik belah sana tu je yang ngam dan molek parking kat situ.. Yang saiz besar sikit ni tak cun sangat. Tapi dah belikan nak tunggu beli lain jenuh la. Itu yang tiba2 nak diy je lah.. Letak 1 je kotak belah yang saiz besar tu.

Kalau latak dua biji box besar saiznya tak sesuai.. Terlalu terkeluar... Ok cuba ubah sikit box ni bagi ceriakan hati yang lara ni kan.



Corak selamat dan corak tu je pun yg senang nk tampal.. Lebihan wallpaper yang ina cuba deko dinding haritu. Boleh la kan sementara nak beli 2 biji lagi box yang sama cam belah sana tu.


Sesi mengemas ikut ruang tu pun belum abis lagi. Tak tau la tu sempat ke tidak kan. Tinggal ruang tamu dan dapur je lagi.. In shaa allah kalau sempat ina update k.. Esok dah last puasa, kejap je kan. Arap kite dapat bertemu ramadhan lagi di tahun hadapan. Amin.

No comments:

Post a Comment