Saturday 9 July 2016

Kemas rumah - ruang tamu

Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin sekiranya ada yang terguris hati dengan ina. Salah silap ina sepanjang kite kenal atau sepanjang korang baca blog ina ni.

Minggu ni jadi minggu paling cepat kot masa berlalu.. Dengan hati gusar nak tinggalkn si bais dekat taska.. Sayu je rasa hati. Ni ina baru balik ambik bais.. Ina tinggalkn dia dekat taska 2 jam. Supaya hari ina dah start keje nanti takde la bais terus ina tinggal sehariankan.. Cian anak ibu. Lahai.. Lahai... Mak yang hover okeh.

Balik pada cite kemas kemas rumah plak. Sebenarnya siap kemas ruang tamu ni hari yang sama dengan kemas dapur tu, sehari sebelum raya. Tapi tak sempat nak buat entri.

Kalut nak pack barang balik kampung lagi. Lewat bertolak balik kg aritu dah kul 4.30 baru gerak dari rumah.. Nasib baik jalan tak jam walaupn kereta dah banyak, sempat sampai pukul 7 sebelum berbuka puasa.


Ni gambar dari pintu masuk.. Kiranya masuk terus nampak tv tu.


Ni gambar dari ruang makan.. Takde apa sangat kat ruang ni. In shaa allah ada rezeki nak ubah suasana kusam kat ruang ni. Ruang tamu ni penting sebab kat sini pun ruang keluarga dan kat sini gak bila orang datang nak borak2 kan..


Depan pintu ina letak seketul meja konsol dengan frame kufi 4 qul.. Untuk lalu lalang meja konsol tu tak halang, kiranya ok la duk kat situ.



Tengah cari idea nak ubah ruang tamu ni.






Bestnya verangan sebab free kan.. Jadi moh la verangan secara berjemaah k.

No comments:

Post a Comment