Wednesday 17 July 2013

Bonus Raya Kakitangan Awam 2013????

aku post skali lagi pasal bonus raya bagi tahun 2013 ni 
sbb berlaku cam gni :

Berita palsu bonus hari raya 2013 setengah bulan gaji.Untuk makluman anda, Perdana menteri Najib Razak masih belum umumkan lagi bonus raya pada tahun ini. Kebanyakan artikel yang tersebar telah diolah daripada bonus raya tahun lepas. Pada masa yang sama, PM sendiri masih tengah membincangkan kadar pengagihan bonus tersebut dan umumkan pada masa terdekat. Bersamalah kita nantikan khabar gembira dari PM pada tahun ini.

Penjelasan Bonus Hari Raya 2013 Palsu

Artikel Berita Harian di n3 aku kat cni :  http://putihsalju123.blogspot.com/2013/06/bonus-raya-2013.html adalah artikel tahun lepas (2012) dimana pihak Berita Harian tanpa sengaja terbitkan semula artikel tersebut pada 29 April 2013. Pihak Berita Harian juga telah mengeluarkan artikel tersebut dari lamannya untuk mengelakkan salah faham. Dalam artikel Berita Harian bertarikh 29 April 2013, PM belum rasmi umumkan bonus raya 2013 kepada penjawat awam. Pada masa yang sama, bayaran bonus biasanya dibuat sebelum Hari Raya. Dalam artikel tersebut, bonus dibayar pada 9 Ogos hari raya kedua pada tahun ini. 9 ogos adalah tarikh pemberian bonus aidilfitri tahun lalu 2012.

muahmuahmuahahahaha..
walau bagaimanapun CUEPACS ada mohon untuk thn ni. tunggu dan lihat aje la nnt k :-)

Bonus 2013 : CUEPACS Syor Bonus Kakitangan Awam 1.5 Gaji Setengah Bulan Sebelum Raya!


jangan sedih2 k.. lagipun kerajaan dah bagi 1 PTG pada bulan ni kan.

No comments:

Post a Comment