Monday 27 June 2016

Kisah breastfeeding

Dah nak masuk 3 bulan pun cuti bersalin. Lepas raya nanti dah nak kena masuk kerja. Berat hati bila nak tinggal si bais dengan pengasuh. Tiap kali pun memang berdrama sangat. Biasa la kan, rasanya setiap ibu pun akan rasa camtu.

Masa abg nya dulu pun camtu la. Tapi kali ni nak cerita breastfeeding atau senang ckp bf. Alhamdulillah kali ni kesusahannya terasa agak kurang. Maybe sebab dah ada pengalaman yang sulung aritu.. Masa tu rasa susah sangat, bengkak susu, melecet sampai darah, penat berjaga malam dan akhirnya campur dengan susu formula.

Bila bf ni macam2 petua gak ina cuba dan amalkan hampir setiap hari. Kurma, pati delima, alfalfa shaklee, vita lea shaklee, vit c PP, zink shaklee, susu dan lain2. Awal2 dalam pantang aritu ina ambik jamu kencur mak bidan. Kemudian aura white dah abis aura white sekarang ambik perlaking.



Gara gara kecoh pasal founder perlaking ni la kot trus stalker produk perlaking.. Masa ina pregnant hari tu kulit muka memang teruk berjeragat. Sebab tu la duk ambik produk tuk putih gebas gebus ni.. Nak jugak mak pun. Sabo je la kan.. Tapi dalam masa sama tak effect penyusuan. Alhamdulillah stakat ni takde masalah.

Cuma melalui pengalaman kedua ni, ina lebih bersedia. Kalau sebelum ni selalu cakap takde susu, tak cukup susu.. Tapi kali ni semua tu ina cuba buang jauh2.. Walau  si bais ni nangis dan meragam masa menyusu seolah2 takde susu.. Ina susukan jugak sambil pujuk2 supaya tidur.

Bulan pertama memang kena kuat secara emosi, husband memang kena support. Macam bais ina bangun sejam sekali tuk susukan dia. Lepas susu kalau dia masih taknak tidur abg gewe akan ulit dia dan ina tidur.

Sekarang pun masih kuat meragam.. Kadang malam sampai kul 2@3 pagi baru tidur.. Dari kul 10 malam dia meraung sampai xtau nak buat apa dah. Cuma bila dah tidur dia dah tak jaga.. Pagi baru jaga. Ok la kan, boleh tarik nafas lega.

Dan ina rasa lah, bukan takde susu atau tak cukup susu baby menangis.. Macam2 faktor lagi. Sejuk, lampin basah, kembung atau dia nk menempel je tuk dia rasa selamat.

Nak tahu anak cukup susu ke tak dengan tengok graf berat badan baby tu sendiri. Tiap kali check up ina akan selalu borak2 dengan nurse tu.. Cerita la kan anak kite camni camni.. Ok ke x.. Dia menyusu camni camni.. Jangan malu bertanya kan sesat jalan. Hak anak tuk menyusu.. Sebolehnya kite usahakan sehabis daya.

Memang susah bf berbanding formula. Pengorbanan bersengkang mata tiap malam. Baby tidur kejap2 sbb baby yg bf memang normal kerap menyusu.. Tu bukan tanda tak cukup susu okeh.. Sbbnya susu ibu senang hadam.

Yer setiap ibu cabaran bf lain lainkan.. Ina sendiri pun masih terkial kial dalam usaha bf ni. Masih belajar dan mencari ilmu dalam bf. Sebelum ni banyak sangat terima maklumat yang tak tepat.

Selalukan masa nk bersalin mak2 kite suh prepare susu formula.. Senang nanti takde susu boleh bagi.. Pls lah wahai ibu ibu tak betul tu. Bayi yang baru lahir hanya perlu sikit je susu. Dia menangis suakan aje susunkite. Tak payah pikir susu cukup ke tak.. Tak payah picit2 susu tu nak tengok banyak mane. Memang cukup, percayalah.

Sebab kite tak susukan la yang jadi takde susu. Baby yang bf kekerapan dia bf bukan cam susu formula 3 jam sekali ke kan.. Kekerapan bf ni ikut permintaan baby. Maybe setengah jam sekali. Kat situ kite nak kena paham. Makin acap kite bf makin banyak la susu tu nanti.

Sekarang kesedaran bf ni makin meningkat. Hospital pun mmg galakan bf dan yg paling best mall2 sekarang ni sangat friendly bf. Siap ada ruang khas tuk mak2 yg bf ni. Selesa sgt. Panjang bebel pasal bf ni kan. Okeh la ina terbeli pam susu hakaa yg tengah trend sangat sekarang ni.





Sunday 26 June 2016

Kemas rumah - playroom

Disebabkan tak tahu nak mula dari mane ina cuba kemas ikut ruang satu2. Hari ni lepas sahur je terus kemas playroom. Mula kat ruang yang paling senang dulu. Kalau tak mau stress mak.. Hahahaha pun bolehkan.

Ehh tajuk tu tak mau buat part2 dah. Kan jadi kemas umah part 6 nanti.. Kite ikut ruang aje k.


Sebenarnya nak pilih mainan yg rosak. Nak buang mane yg dah tak boleh guna kan.  Tapi cam malas pulak. Takpe la kali ni kemas aje dulu.


Box ni asalnya duk dalam rak tu, tapi kali ni mood nak letak kat luar plak. Alasannya bila mainan tu dalam box automatik mainan tu terus dilupakan. Tiap kali pergi kedai nak beli mainan. Padahal mainan tu dah ada pun kat rumah. Simpan buat perkasam takde guna kan.. So kali ni letak camtu. Senang nak pilih pastu nak simpan balikkn nnt campak aje la dalam tu.


Kat belah sini alat tulis dan buku2. Almari upin ipin tu dah lama. Terasa nak tukar je. Nak almari yang lebih kurus baru jimat ruang. 


Sebelum ni atas almari tu pun penuh dengan mainan. Takde logiknya letak mainan atas tu. Anak nak ambik camnekan. Buat berhabuk je.


Setakat ni camni je la yang mampu buat. Asal ada ruang khas tuk anak anak main pun dah cukup. Tak mo sepah2 abis ruang mak tak lalu nak berkemas nak oii. Ambik satu dua takpe. Dah tak nak main nanti simpan balik dalam playroom. Cengitu peraturannya.


Banyak lagi yang rancang nak buat tuk ruang ni. Tak terbuat je lagi. Banyak kekangan dan idea tu asyik berubah ubah. Cam sebelum ni hanya ikut kesesuaian abg amzar tapi kali ni kena fikir gak ada hero kecik yang akan join main sama kat situ nanti.

In shaa allah nak buat something yang sesuai tuk dua2 hero main kat situ nanti.

Saturday 25 June 2016

Kemas rumah sebelum raya part 1

Hiii.. Tajuk tu siap ada part 1.. Apa plak yg gigih nak cerita part 2,3 plak nanti.. Kemas rumah aje pun.

Lantak la kan, nak jugak cite. Sekarang ni jangan sesapa nak datang umah sudah.. Memang bersepah sana cni. Sampai dah tak tahu nak mula kemas dari mane.

Padahal tiap ari kemas, tapi tiap kali tu jugak lah memasing sepahkan dalam masa sama. Cuak pulak rasanya bila nak mengemas laju laju sebelum nak balik beraya kat kampung ni.

Tahap berselerakan kali ni memang teruk.. Bukan setakat dalam rumah. Kat laman rumah pun sama, rumput dah kat lutut. Pokok2 dah macam hantu raya gerbang aje daunnya. Porch pun penuh dengan serbuk mercun pop yang abg amzar main.

Dalam rumah pun sama, kain tak berlipat berbakul, mop lantai dah lama tak buat, berkerak je lantai. Tingkap berdebu sakan.


Bertambah tambah sepahnya bila abg gewe sekarang ni tengah mengecat. Barang nak mengecat tu berlongok aje. Bertabah la kn. Lambat jugak nak settle mengecat ni sebab abg gewe hanya boleh buat hari minggu tu pun belah pagi aje. Petangkan banyak urusan nak kuar bazar ke apa kn.. Kalau tak kuar pun nak kena tengokkn anak anak sbb ina nak masak untuk berbuka pulak.


Sikit barang barang ikea kirim kat ps tuk susun mane yang tak tau nak letak mane tu. Nak ubah sikit apa yang patut, dah jemu dengan rupe yang sama aje kan. Dah siap kemas nanti ina share k.

Sedapnya panas2 ni makan aiskrim. Abg tak sekolah sakit mata.




Monday 20 June 2016

Vase baru kat meja konsol

Pejam celik dah masuk 16 hari berpuasa. Dah separuh bulan. Cepat sangatkan. Lagu raya pun dah duk ulang ulang kat radio tu..

Mood kemas rumah tuk raya je tak datang pun lagi.. Nak buat camne, ina tiap taun pun tak raya sangat kat umah sendri. Taun ni balik raya kat terengganu. Best raya kat kampung, meriah kumpul ramai ramai nga adk beradik.

Biasa nak raya ina kemas kemas sikit rumah.. Cuba nak jadikan sebagai perkara wajib buat tiap kali nak raya. Cam mak ina selalu kerah kami adik beradik kemas rumah sebelum raya. Siap bahagikan tugas masing masing.. Sorang sapu sawang, sorang basuh porch, ada yang kena lap tingkap..

Walaupun penat tambah berpuasakan.. Tapi terasa sangat nak raya tu.. Itu yang ina cuba nak buat kat umah sendiri. Walaupun takde projek raya ke apa kan. Takde deko2 apa pun. Jauh plak melalut.

Sebenarnya ina nak cite..
Hari tu ina ada berkenan kat seketul vase ni.. Tapi tak beli masa tu.. Bila balik umah cam teringat ingat la pulak.. Kemudian ada pergi lagi kat situ duk belek belek vase tu. Suk pikir Kalau belikn nanti nak letak mane. Ok ke tak beli kan. Apa gunanya kan..  last tak beli gak.

Tapi kan, makin angau tak lena tidur tak selera nak makan. Hahahhaha melampau pulak kan. Vase je pun. Walaupun takde alasan kukuh kenapa nak beli tapi atas sebab cam ina bgtau tu. Abang gewe suh beli je.

Abang gewe memang camtu.. Dah kalau berkenan beli je. Tapi ina ni memang Suka ulang ulang kedai yang sama, tengok barang yang sama lak tu. Balik duk angau.

Akhirnya ina beli vase yang duk berkenan sangat tu. Hitam putih kali ni.


Ina letak atas meja konsol buat masa sekarang. Memang sangatkan orang pompuan ni, suka kalau dapat shoping. Abang gewe plak jenis yang tak kisah.

Mmm.. Tiba tiba ada seketul lagi la yang ina rasa ehh lawa gak vase yang satu lagi ni. Erkkk nafsu betul.. Insaf lah ina oiii.. Astrafirullah. Hihihi

Sunday 19 June 2016

Pasu kecik kecik

Dah takde tajuk lain ke kan... Main belasah aje tajuk entri ina letak. Janji ada tajuk, malas pulak nak memikir tajuk yang gojes ke apa kan.. Hiii

Sebelum bersalin hari tu selalu sangat la mengirim belikan barang ikea kat personal shopper atau ringkasnya ps. Derang ni tolong belikan kat kite barang yang kite nak dan dikenakan upah la tuk derang. Upah tu bergantung pada berat dan saiz barang.

Gigih sangat bunyiknya nak membeli barang ikea walaupn jauh. Untung ada ps, kalau dak takdenya smata nak ke kuala lumpur beli barang ikea tu.

Memang dah acap kali ina kirim. Beli sikit sikit ikut keperluan. Yang ina pergi sendiri pun ada. Last sebelum bersalin ritu ina ada beli pasu kecik 3 ketul. Konon nak letak pokok hidup yang ada jual kat ikea tu gak.. Tapi adk ipar ina hanya belikn pasu tu aje, pokok dia tak berani beli risau panas dalam kereta dan pokok tu mati.. Jadi agak lama gak la pasu tu semata je ina letak atas peti ais.

Bila pikir tak tau bila boleh beli pokok tu dan tak berbaloi sangat nak beria kirim kat ps. Ina letak bebela daun palsu aje la kat pasu tu. Punnn boleh la kan.


Okeh takde special apa pun.. Gigih buat entri pastu gigih pulak korang baca kan.. Hahahhaha jangan kencam ina okeh. Bye

Ruang sempit atau barang makin banyak?

Sejak dua menjak ni terasa rumah makin bersepah.. Sana sini ada je barang yang tak berada di tempat yang sepatutnya.

Rimas pulak hari hari pandangkan. Kebetulan ada beli rak hyllis ikea tu.. Tapi lama nau nak tunggu abg gewe pasangkan.. Minggu lepas baru pasangkan rak tu. Jadi barang barang yang terbiar dalam kotak ina kuarkan dan susun atas rak ni.


Kemas la sikitkan. Kalau tak buruk benar keadaan dua ketul kotak duduk kat jeruk tu.. Kalau kat rak nak ambik barang pun lebih senang.

Camni la rumah yang tak de stor. Ada ruang mane mane je ejas jadi tempat simpan barang. Cuma kan camne ye nak simpan toto.

Friday 17 June 2016

Baju raya

Tahun ni persiapan beli baju raya lebih awal. Kalau tahun sebelum ni memang selalu sangat last minit pastu mula la tak jumpa yang sedondon, naik stress mak.. Krik krik krik..

Tapi kali ni walaupn tak kuar cari baju raya tapi boleh siap awal plak. Sebenarnya gigih ina godek godek dalam fb. Baru tau baju yang dijual online jauh lebih murah dan senang kite nak pilih.  Tak payah penat hangkut anak bersesak sesak dengan ramai org. Lagi drama air mata kalau tak jumpa dengan baju yang berkenan. Jenuh la kan.

Tengah duk taip2, tiba2 posmen datang.  Laju capai tudung. Yess baju dah sampai lagi..


Baju ni yang sampai.. Mak aiii cantik kain dan jahitannya. Laca pun lembut je dan yang penting freindly bf. Yang ni ina beli dengan riaz angun.


Raya pertama taun ni tema warna biru lembut. Yang ni ina beli dr cazzara, pun kualitinya puas hati. Cutting princes dress ni.


Yang ni navy blue dari J.Labela, yang bestnya harga murah sangat. Memang berbaloi sangat beli.

Eehhh semua baju mak je ni mane baju anak2 dgn paknya kan. Si bais tu beli online gak. Sekarang ni kan banyak seller jual romper baju melayu. Macam macam design ada, yang siap bersampin pun ada. Cuma pilihan warna agak terhad. Ina beli aje yang seakan akan.. Walaupn tak sama sangat, janji biru.

Baju abg gewe dah beli dekat jakel tuari tinggal baju abg amzar aje belum beli sebab time singah beli baju abg gewe aritu dia kat school tak ikut sekali. Kalau rajin petang ni nak ke jakel belikn baju abg amzar. Semua dah settle baru lega kan. Tuk raya kedua ketiga yang boy dah siap beli kameja dan jeans.

Semangat betul raya lambat lagi baju bajan semua dah settle. Nak wish selamat hari raya pun cam melampau plak. Lagu raya pun belum berkumandang. Rindu nak dengar lagu raya. Raya masa kecik kecik dulu meriah.

KIDZOONA

Cite minggu lepas lagi ni tapi baru ada masa nk cite kat sini. Tak penting pun cuma sesaje la nk share. Kekadang suka tengok abang main. Budak budakkn dia hanya tau main je. Memang hepi sangat la dapat main. Kebetulan lak masa sampai sana masih awal dalam kul 11.30 dan pada hari berkerja, takde sape pn lagi yang main. Abang rasmi la aritu.


Ni posing aje kat train sebab dah naik minggu sebelum ni jadi kali ni bagitau abg xyah naik dah train nnt tak sempat nak main lama lama.


Luas dalam ni, selesa la tuk budak budak nak mainkan. Macam2 mainan ada. Malas nak cite sangat tengok gambar je la ye.


Bersemnagat betul


Kinetic sand pun ada, tapi abang tak berminat nak main sangat maybe sebab kat umah dah ada


Ada banyak store..   Feeling2 jual burger la tu



Macam macam aksi abang bila main, ina buat buat tak nampak.. Bukan apa memang mata asyik pantau aje. Cuma tak nak selalu cakap jangan buat camtu jangan pergi sana, jangan dan jangan terlalu banyak jangan. Kali ni jeling sikit sikit je. Mak sangat kan tak nak anak sakit.



Yang ni abang main dengan papa dia.. Walaupn nampak tertongeng camtu tapi takde la risau sangat. 


Lama gak lepak dalam ni 2 jam lebih. Kat sini fee rm12 pada hari biasa dan rm18 pada hari cuti ujung minggu. Masa main tiada had. Nak duk dalam ni seharian pun boleh. Bagi ina sekali sekala bawak main kat tempat camni bagus. Mungkin boleh buat sebagai reward bila anak behave.

Sunday 12 June 2016

FREE GIFT ANMUM ESSENTIAL


Minggu lepas beli susu anak ina yang sulung.. Ehhh masih minum susu? Soklan biasa ina dengar. Tapi ina ok aje dengan soklan camtu. Yerrr anak ina yg sulung umur 5 tahun masih minum susu. Kenapa dah besar masih minum susu kan... Jawapan ina sebab ina nak dia minum susu setiap ari sampai bila bila pun. Cuma bezanya dah besar guna la cawan.. Tak kan la nak ngempeng nga botol susu lagi. Hiii jangan kencam saya!!

Nak cerita free gift yang selalu anmum lekatkan sekali pada kotak susu tu. Yang bestnya mainan yang selalu dapat memang menarik sesuai dengan peringat umur dan berkualiti. Kalau nak beli mainan camtu mau RM30 keatas gak regenya.

Banyak dah dapat mainan dari anmum, yang ni paling latest la. Biasanya beli pek berkembar yang ada free gift camni.



Snap and learn camera. Suka sangat la tuan yang dapat ni. Maknya pun suka sbb boleh ngelat dari beli mainan.. Jimat duit mak nak oii.



Siap dengan buku lagi, maknya la kena bacakan. Janji anak nak main sambil belajarkan. Dari asyik ngadap gajet je. Lama dah tak buat aktiviti homeschooling dengan amzar. Nak kena cari masa maklumlah dengan si hero kecik baru 2 bulan memang kalut bahagikan masa.

Selamat berpuasa



Lahai.. Lahai.. Lahai baru nak wish selamat berpuasa la plak kan.. Seminggu lepak kat kampung memang tak dapat nak hadap hp. Bz manjang, nak borak borak nga mak dan kakak.

Riuh rendah rumah mak dengan cucu cucu yang main sampai ke tengah malam. Kejap gelak kejap berlari lompat lompat pastu meraung. Hahahahaha..

Lama dah sebenarnya tak dapat kumpul ramai ramai camtu. Alhamdulillah tahun ni awal puasa kat umah mak ramai ramai dgn adik bradik.. Seronok sangat. In shaa allah raya nanti pun kat kampung mak ina.

Hari tu ina janji nak kongsi bila dah siap deko dinding tu kan. Mmm hasilnya cam tak cantik sangat tau. Tapi dah buat malas pulak nak bukak balik. Tengok la, nanti rajin kan ina bukak balik.


Ok nak zzz ... Selamat berpuasa ye.

Wednesday 1 June 2016

Laman yang terbiar


Lama sangat dah tak jenguk jauh sekali nak belai pokok2 kat laman rumah. Dari pregnant tahun lepas mmg dah stop berpanas kat laman. Lagipun mmg abg gewe tak bagi berkebun sangat, risau jadi pe2 kan.


Nasib baik la minggu ni tiap malam hujan, kalau dak pokok ni semua memang layu je. Semua pokok ni lebih kurang 2-3 tahun dah ada kat umah ina. Waktu beli dulu mmg kecik je semua.. Maklumlah tak kuasa nak beli pokok yang besar terus. Harga mahal dan kalau tak rasi mati ke apa dah kan rugi je.

Bela pokok ni memang minat ina, suka dengan pokok dari kecik lagi.. Mak slalu ajak ina tolong dia berkebun. Dekat universiti pun ina ambik course perladangan. Nak kata pandai berkebun tak pun.. Hanya minat semata.


Cuaca sekarang yang bahang panas memang rasa nak tambah pokok banyak2 kat rumah. Arap mood rajin berkebun datang balik la pasni.. Skrg ni tak sempat lagi. Masih nak rehatkam diri.