Sunday 26 June 2016

Kemas rumah - playroom

Disebabkan tak tahu nak mula dari mane ina cuba kemas ikut ruang satu2. Hari ni lepas sahur je terus kemas playroom. Mula kat ruang yang paling senang dulu. Kalau tak mau stress mak.. Hahahaha pun bolehkan.

Ehh tajuk tu tak mau buat part2 dah. Kan jadi kemas umah part 6 nanti.. Kite ikut ruang aje k.


Sebenarnya nak pilih mainan yg rosak. Nak buang mane yg dah tak boleh guna kan.  Tapi cam malas pulak. Takpe la kali ni kemas aje dulu.


Box ni asalnya duk dalam rak tu, tapi kali ni mood nak letak kat luar plak. Alasannya bila mainan tu dalam box automatik mainan tu terus dilupakan. Tiap kali pergi kedai nak beli mainan. Padahal mainan tu dah ada pun kat rumah. Simpan buat perkasam takde guna kan.. So kali ni letak camtu. Senang nak pilih pastu nak simpan balikkn nnt campak aje la dalam tu.


Kat belah sini alat tulis dan buku2. Almari upin ipin tu dah lama. Terasa nak tukar je. Nak almari yang lebih kurus baru jimat ruang. 


Sebelum ni atas almari tu pun penuh dengan mainan. Takde logiknya letak mainan atas tu. Anak nak ambik camnekan. Buat berhabuk je.


Setakat ni camni je la yang mampu buat. Asal ada ruang khas tuk anak anak main pun dah cukup. Tak mo sepah2 abis ruang mak tak lalu nak berkemas nak oii. Ambik satu dua takpe. Dah tak nak main nanti simpan balik dalam playroom. Cengitu peraturannya.


Banyak lagi yang rancang nak buat tuk ruang ni. Tak terbuat je lagi. Banyak kekangan dan idea tu asyik berubah ubah. Cam sebelum ni hanya ikut kesesuaian abg amzar tapi kali ni kena fikir gak ada hero kecik yang akan join main sama kat situ nanti.

In shaa allah nak buat something yang sesuai tuk dua2 hero main kat situ nanti.

No comments:

Post a Comment