Monday 27 June 2016

Kisah breastfeeding

Dah nak masuk 3 bulan pun cuti bersalin. Lepas raya nanti dah nak kena masuk kerja. Berat hati bila nak tinggal si bais dengan pengasuh. Tiap kali pun memang berdrama sangat. Biasa la kan, rasanya setiap ibu pun akan rasa camtu.

Masa abg nya dulu pun camtu la. Tapi kali ni nak cerita breastfeeding atau senang ckp bf. Alhamdulillah kali ni kesusahannya terasa agak kurang. Maybe sebab dah ada pengalaman yang sulung aritu.. Masa tu rasa susah sangat, bengkak susu, melecet sampai darah, penat berjaga malam dan akhirnya campur dengan susu formula.

Bila bf ni macam2 petua gak ina cuba dan amalkan hampir setiap hari. Kurma, pati delima, alfalfa shaklee, vita lea shaklee, vit c PP, zink shaklee, susu dan lain2. Awal2 dalam pantang aritu ina ambik jamu kencur mak bidan. Kemudian aura white dah abis aura white sekarang ambik perlaking.



Gara gara kecoh pasal founder perlaking ni la kot trus stalker produk perlaking.. Masa ina pregnant hari tu kulit muka memang teruk berjeragat. Sebab tu la duk ambik produk tuk putih gebas gebus ni.. Nak jugak mak pun. Sabo je la kan.. Tapi dalam masa sama tak effect penyusuan. Alhamdulillah stakat ni takde masalah.

Cuma melalui pengalaman kedua ni, ina lebih bersedia. Kalau sebelum ni selalu cakap takde susu, tak cukup susu.. Tapi kali ni semua tu ina cuba buang jauh2.. Walau  si bais ni nangis dan meragam masa menyusu seolah2 takde susu.. Ina susukan jugak sambil pujuk2 supaya tidur.

Bulan pertama memang kena kuat secara emosi, husband memang kena support. Macam bais ina bangun sejam sekali tuk susukan dia. Lepas susu kalau dia masih taknak tidur abg gewe akan ulit dia dan ina tidur.

Sekarang pun masih kuat meragam.. Kadang malam sampai kul 2@3 pagi baru tidur.. Dari kul 10 malam dia meraung sampai xtau nak buat apa dah. Cuma bila dah tidur dia dah tak jaga.. Pagi baru jaga. Ok la kan, boleh tarik nafas lega.

Dan ina rasa lah, bukan takde susu atau tak cukup susu baby menangis.. Macam2 faktor lagi. Sejuk, lampin basah, kembung atau dia nk menempel je tuk dia rasa selamat.

Nak tahu anak cukup susu ke tak dengan tengok graf berat badan baby tu sendiri. Tiap kali check up ina akan selalu borak2 dengan nurse tu.. Cerita la kan anak kite camni camni.. Ok ke x.. Dia menyusu camni camni.. Jangan malu bertanya kan sesat jalan. Hak anak tuk menyusu.. Sebolehnya kite usahakan sehabis daya.

Memang susah bf berbanding formula. Pengorbanan bersengkang mata tiap malam. Baby tidur kejap2 sbb baby yg bf memang normal kerap menyusu.. Tu bukan tanda tak cukup susu okeh.. Sbbnya susu ibu senang hadam.

Yer setiap ibu cabaran bf lain lainkan.. Ina sendiri pun masih terkial kial dalam usaha bf ni. Masih belajar dan mencari ilmu dalam bf. Sebelum ni banyak sangat terima maklumat yang tak tepat.

Selalukan masa nk bersalin mak2 kite suh prepare susu formula.. Senang nanti takde susu boleh bagi.. Pls lah wahai ibu ibu tak betul tu. Bayi yang baru lahir hanya perlu sikit je susu. Dia menangis suakan aje susunkite. Tak payah pikir susu cukup ke tak.. Tak payah picit2 susu tu nak tengok banyak mane. Memang cukup, percayalah.

Sebab kite tak susukan la yang jadi takde susu. Baby yang bf kekerapan dia bf bukan cam susu formula 3 jam sekali ke kan.. Kekerapan bf ni ikut permintaan baby. Maybe setengah jam sekali. Kat situ kite nak kena paham. Makin acap kite bf makin banyak la susu tu nanti.

Sekarang kesedaran bf ni makin meningkat. Hospital pun mmg galakan bf dan yg paling best mall2 sekarang ni sangat friendly bf. Siap ada ruang khas tuk mak2 yg bf ni. Selesa sgt. Panjang bebel pasal bf ni kan. Okeh la ina terbeli pam susu hakaa yg tengah trend sangat sekarang ni.





No comments:

Post a Comment