Saturday 25 June 2016

Kemas rumah sebelum raya part 1

Hiii.. Tajuk tu siap ada part 1.. Apa plak yg gigih nak cerita part 2,3 plak nanti.. Kemas rumah aje pun.

Lantak la kan, nak jugak cite. Sekarang ni jangan sesapa nak datang umah sudah.. Memang bersepah sana cni. Sampai dah tak tahu nak mula kemas dari mane.

Padahal tiap ari kemas, tapi tiap kali tu jugak lah memasing sepahkan dalam masa sama. Cuak pulak rasanya bila nak mengemas laju laju sebelum nak balik beraya kat kampung ni.

Tahap berselerakan kali ni memang teruk.. Bukan setakat dalam rumah. Kat laman rumah pun sama, rumput dah kat lutut. Pokok2 dah macam hantu raya gerbang aje daunnya. Porch pun penuh dengan serbuk mercun pop yang abg amzar main.

Dalam rumah pun sama, kain tak berlipat berbakul, mop lantai dah lama tak buat, berkerak je lantai. Tingkap berdebu sakan.


Bertambah tambah sepahnya bila abg gewe sekarang ni tengah mengecat. Barang nak mengecat tu berlongok aje. Bertabah la kn. Lambat jugak nak settle mengecat ni sebab abg gewe hanya boleh buat hari minggu tu pun belah pagi aje. Petangkan banyak urusan nak kuar bazar ke apa kn.. Kalau tak kuar pun nak kena tengokkn anak anak sbb ina nak masak untuk berbuka pulak.


Sikit barang barang ikea kirim kat ps tuk susun mane yang tak tau nak letak mane tu. Nak ubah sikit apa yang patut, dah jemu dengan rupe yang sama aje kan. Dah siap kemas nanti ina share k.

Sedapnya panas2 ni makan aiskrim. Abg tak sekolah sakit mata.




No comments:

Post a Comment