Wednesday 1 June 2016

Laman yang terbiar


Lama sangat dah tak jenguk jauh sekali nak belai pokok2 kat laman rumah. Dari pregnant tahun lepas mmg dah stop berpanas kat laman. Lagipun mmg abg gewe tak bagi berkebun sangat, risau jadi pe2 kan.


Nasib baik la minggu ni tiap malam hujan, kalau dak pokok ni semua memang layu je. Semua pokok ni lebih kurang 2-3 tahun dah ada kat umah ina. Waktu beli dulu mmg kecik je semua.. Maklumlah tak kuasa nak beli pokok yang besar terus. Harga mahal dan kalau tak rasi mati ke apa dah kan rugi je.

Bela pokok ni memang minat ina, suka dengan pokok dari kecik lagi.. Mak slalu ajak ina tolong dia berkebun. Dekat universiti pun ina ambik course perladangan. Nak kata pandai berkebun tak pun.. Hanya minat semata.


Cuaca sekarang yang bahang panas memang rasa nak tambah pokok banyak2 kat rumah. Arap mood rajin berkebun datang balik la pasni.. Skrg ni tak sempat lagi. Masih nak rehatkam diri.

No comments:

Post a Comment