Monday, 31 October 2016

Stress kakak ko ni dik dgn SSF

Tajuk kemain lagi kan.. heeee ko layan kan je dik. Akak dah stress ni

2-3 minggu... pembetulan.
Dah sekian lama sebenarnya.. Cuma yg betul2 mengelupur lah 2-3 minggu ni.. Haaa tu cite sebenarnya.
ni duk pekenan 1 barang kat SSF ni
sampai angau dibuatnya

tapi ... Ada tapi lah pulakkk kennn..tak syok betul!!! Fuhhhh.

Yang nak sgt tu dah abis stock okeh.. Dah abis.. Ko baca elok2 dik.

Masalah sekarang akak nak jugak yang tu dik.. Buntu okeh

erkkk... Ko suh akak tengok kat kedai lain.. Akak dah kehulu kehilir tau.. Nan hado yang akak nak.. Kalau iras2 pun akak kureng pekenan.

barang tu bukan beli hari ni bulan depan boleh beli lagi
bertahun lah baru berganti

entri kali ni merapu sikit
tapi nak jugak luah
dah brape kali terjah SSF semata nak tengok benda yang sama
berbulu kot mata pekerja kat SSF tu
Ko pejam mata dik, jgn ko jeling2 akak semacam.

Ni ahhh korang tengok mane satu pilihan korang.




Antara 3 ketul ni mane korang rasa paling cun..

Ina dah ada yg pekenan.. Cuma cam ina cakap.. Takde stock dah.. Keciwa.
Sob sob sob

.Tengah ejas.. Arap dapat bawak balik 2  - 3 minggu lagi..

Nak cari ketenangan dulu. Bai




Sunday, 30 October 2016

celebrate besday abang amzar

sambung cerita haritu, entri yang lepas..
kalau korang follow blog ina lah kan

nak jugak abiskan cerita pasal besday abg amzar ni
sebab ada cerita yang tak sabor ina nak kongsi
ok, balik pada besday ni
asalnya ina tak mo buat kat rumah
tak rajin sangat nak masak
lately agak bz dan badan kepenatan

tapi kan beberapa hal menyebabkan ina rasa lebih senang kat rumah je
siang hari jumaat tu kat taman perumahan ina
pakat2 kacau bubur al syura
jadi tu salah satu ina cancel nak celebrate kat tempat lain

sebabkan rasa tak larat.. ina buat satu juadah aje
request dari adk2 abg gewe nak makan yee mee sizzling
tiap kali pun derang memang suka yee mee sizzling atau spageti
menu yang simple dan cepat je nak siapkan
kek beli je kat secret recipe
kali ni the red velvet.. nyummy ina suka.


Dah cuit2 kek dia.. Nak cucuk sendri lilin tu.


Posing dulu. Kesian anak asyik mak suh posing.


Yang ni sebenarnya yg abg amzar tunggu sangat. Dah lama dia nak. Tiap2 ari kira hari nak besday. Suka tengok muka dia yang hepi sesangat tu.



Takde gambar sangat pun.. Masing2 tak sabar nak ngap. Gambar coktail sekeping pun jd lah kan.


Ok.. Sekian cerita besday abg amzar turns 5.





Saturday, 22 October 2016

Besday abang amzar

Sekarang ni dah makin tak menyempat nak update blog
Kadang dah taip lama terbiar takde mood plak nak sambung cerita yg sama. Kan nanti taip cite lain pun sama kesudahannya.. tak jugak siap jadi tak publish.

Tapi...
Tulah rindu nak berblog tu tiap hari ada.
Cuma kekangan masa
Ntah apa yang ina bz kan sangat tu kan.

kerja tak pernah habis2 pun kan.. Duk asyik hadap keje mmg penat..
Banyak benda yg berselirat sekarang ni keje ofis 3-4 perkara yg besar dan penting menimpa mimpa.. Tak sempat bernafas. Kadang tengah hadap yang urgent sgt..
Nak time2 tu gak.. Boleh plak kerja lain plak menerjah.. pun urgent nak kena settle jam2 tu gak.. Kalau lah boleh dibahagikan dua badan ni kan

Tapi kan kalau duk bersenang lenang tak seronok gak..mula cari hal nak bz kan diri..  Ina pun jenis yang tak boleh duk diam. Mudah jemu.

Ni pun satu hal gak, besday abg amzar kat school dia hari khamis dan kat rumah malam tadi, persiapan godies tuk kwn kelas dan persiapan kat rumah lagi.

Bukan buat besar pn majlisnya.. Simple sekadar mengembirakan abg amzar. Ada kek dan panggil adk bradik abg gewe. Cam celebrate besday abg gewe tuari gak. Simple camtu.



Goodies tu kwn2 abg amzar




Kek yang bawak ke school abg amzar.. Dia yang nak sangat kek rainbow.. Cuma tambah anime kartun super wings aje kat atas tu


Ni plak persiapan kat rumah..Cam biasa.  Deko2 ckit tempat nak potong kek nnt..Letak je lebih kurang.

Kalau korang perasan dinding ni sebelum ni kosong je.. Skrg dah ada rak kasut dan para kat situ..
Sebelum ni.. Asalnya ina plan something yg lain..
Takpe nnt boleh ubah lagi. Buat sementara ni camni dulu.. Pun ok bg ina.

Gigih korang baca kan, ina rasa cam berjela sangat nak cite celebrate besday amzar kat rumah malam td.. Jd ina sambung kat next entri k.



Restorans d' apple

Suka scroll fb cari tempat makan.. Kali ni try makan kat d' apple restorans kota bharu.

Menarik suasananya. Menu yang ada pun menarik.








Nasi sup kambing bakar. Kami berdua order yang sama. Abg amzar fries dgn ais krim.

Sesapa kat kota bharu di syorkan ke sini.. Mmg best.

Basuh karpet

Karpet letak kat meja makan mmg tak dapat lari dari sisa2 makanan. Selalu vacum je.. Lama2 nampak kesan kotoran tu. Dah tak boleh nak biarkan camtu. Jadi ina mintak abg gewe basuhkan aje.. Kebetulan size tak besar sangat. Takde masalah nak angkat dan basuh. Kalau besar dabak tak mampu okeh.


Abg amzar lak asyik mandi kolam.. Biarkan je.. Nak selalu bwk pergi kolam pun tak larat.. Tambah plak sekarang ni banyak tempat semacam tu ditutup akibat kes kencing tikus.. 

Alasan sangat kan.. Hiiiii 


Sunday, 2 October 2016

Aktiviti hujung minggu

Saje je nak story mory apa kebenda yang duk buat tiap kali ujung minggu kan.. Selalunya lepak rumah dan pergi mall beli barang dapur tak pun jejalan bawak anak2 main. Tu je lah memang rutin camtu.. Ina dan abg gewe dua2 lebih suka rest kat rumah.. Settlekn hal2 rumah yang memang sentiasa tak abis.. Basuh baju, vacum, kemas mainan, basuh toilet. Haaa tak menarik pun kan.

Tapi memang hari minggu hari yang selalu di tunggu.. Sbb ari minggu je abg gewe ada kat rumah.. Lega la sikitkan.. Boleh gilir jaga bais. Hari minggu gak lah biasanya ina masak yang simple2.. Tekak ni dah tak lalu nak telan masakan kedai..

Menu yang selalu duk ulang ulang ialah nasi ayam.. Mmg nak masak yg ni paling senang. Tak pelu banyak hal sgt. Dasar sgt kan.. Khamis lepas ina cuti sbb tak sihat. Dah anta anak2 kat taska ina balik makan ubat dan tidur. Bagun tu baru rasa segar dan lapar sangat. Tiba2 teringin nak makan nasi ayam. Terus kuar beli barang nak masak.  Balik singah taska ambik bais.. Ni yang ina tak boleh, kalau ina cuti walaupn sakit ina biasa tak hantar anak kat taska.. Nak jugak jaga sendri.. Supaya ina dpt luang masa lebih lama dgn anak.. Konon lah kan.. Tp khamis tu walau dah berbelah bagi sangat nk hantar ke tak.. Ina hantar gak supaya bdn yg dah seminggu tak sihat boleh rest.

Gigih nau siapkan nasi ayam sambil layan si bais tu.. Budak tecik tu tdo tak sampai 5minit, kan dia bangun.. Buat muka cute mintak perhatian. Lagai...

Akhirnya masak utk lunch jadi tuk dinner.. Xpe lah nak, siap gak mak ko masak akhirnya. Bergetar usus makan nga abg gewe mlm tu. Bkn sbb romantik okeh tapi sbb lapar sangat dah.


Esoknya tu ina masak sayur lemak cili api pegaga. Ikan goreng terengganu ahakss jgn rasa pelik.. Ulam dan budu.. Nyummy dapat ngadap lauk kampung.


Malam tu abg amzar nak makan lempeng je..  Alaa ada yg tak tau ke apa tu lempeng.. Bkn lempang okeh. Dua benda berbeza. Ni rupe lempeng.



Taruk susu pekat manis dan cheesdale gulung camtu boleh ngap terus.. Acah2 hot roll la tu. Mmg peberet abg amzar sangat lempeng ni.

Hari sabtu lak abg gewe ajak kuar, katanya bawak anak gi jejalan dan makan semata.. Pun boleh la kan. Dah petang pun masa tu. Layan kan gak.



Kali ni abg amzar naik dinasour je, pastu pergi makan.



Wastern kali ni.. Dah siap makan terus balik.




Banyak aktiviti kat umah abg amzar berendam dalam kolam dia.  Duk ajak bais sekali.  Ina tak bagi.  bais tak sihat sangat nak rendam dia main sama nga abg.

Ehh cam panjang benor entri kali ni.. Sambung lain kali plak.

Projek terbengkalai

Korang rasa apa yang cam besar bebenor projek terbengkalai tu.. Saje ina letak tajuk gempak. Heee padahal nan hadooo apa pun.

Banyak benda kot yang duk berangan nak buat.. Kudratnya tak terdaya. Takpe verangan lah selagi free.. Mane tau kan esok lusa kena bayor.

Banyak kekangan sebenarnya.. Yang paling besar adalah kerajinan, kedua pulusss ketiga masa. Gaul semua skali trus jadi terbengkalai.

Sob sob sob.. Sadis betul rasanya. Cerita cat pintu dari sebelum lahirkan bais tu lg okeh.. Bayangkan lah dah bape lama. Baru cat 2 pintu.. Entah lah tu bila nak sambung balik.. Belum nampak bayang2 kerajinan tu. Bertabah lah sangat..

Pastu beli 5-6 ketul para ikea belum drill kat dinding pun tak tau bila.. Kemas rumah bagai tu pun buat ala kadar. Tak puas ati tau.. Tapi sbb si bais tak sihat sangat. Demam dan selsema ina takmo fikir sangat pasal hal2 rumah ni.. Nak beli perabot ke apa kemudian fikir..

Beli wallpaper baru pasang sebaris pastu stop.. Makin cacat rupenya. Pun tak tau bila nk sambung. Krik krik krik.

Laman rumah lagi lah.. Rumput nk pijak pn takut.. Tengelam kaki. Tu tugas abg gewe. Minggu ni dia settlekan rumput tu.


Ni baru betul2 karpet. Huhuhu


Botak trus rumput tu.. Takpe kan nnt dia tumbuh elok balik. Mane2 projek yang terbengkalai tu dah siap lah baru boleh cite. Tu pn kalau siap la kn.. Kot makan tahun nak siapkan. Tu biasa jadik.  Dah paham sangat dah.. Phewww!!