Sunday, 2 October 2016

Aktiviti hujung minggu

Saje je nak story mory apa kebenda yang duk buat tiap kali ujung minggu kan.. Selalunya lepak rumah dan pergi mall beli barang dapur tak pun jejalan bawak anak2 main. Tu je lah memang rutin camtu.. Ina dan abg gewe dua2 lebih suka rest kat rumah.. Settlekn hal2 rumah yang memang sentiasa tak abis.. Basuh baju, vacum, kemas mainan, basuh toilet. Haaa tak menarik pun kan.

Tapi memang hari minggu hari yang selalu di tunggu.. Sbb ari minggu je abg gewe ada kat rumah.. Lega la sikitkan.. Boleh gilir jaga bais. Hari minggu gak lah biasanya ina masak yang simple2.. Tekak ni dah tak lalu nak telan masakan kedai..

Menu yang selalu duk ulang ulang ialah nasi ayam.. Mmg nak masak yg ni paling senang. Tak pelu banyak hal sgt. Dasar sgt kan.. Khamis lepas ina cuti sbb tak sihat. Dah anta anak2 kat taska ina balik makan ubat dan tidur. Bagun tu baru rasa segar dan lapar sangat. Tiba2 teringin nak makan nasi ayam. Terus kuar beli barang nak masak.  Balik singah taska ambik bais.. Ni yang ina tak boleh, kalau ina cuti walaupn sakit ina biasa tak hantar anak kat taska.. Nak jugak jaga sendri.. Supaya ina dpt luang masa lebih lama dgn anak.. Konon lah kan.. Tp khamis tu walau dah berbelah bagi sangat nk hantar ke tak.. Ina hantar gak supaya bdn yg dah seminggu tak sihat boleh rest.

Gigih nau siapkan nasi ayam sambil layan si bais tu.. Budak tecik tu tdo tak sampai 5minit, kan dia bangun.. Buat muka cute mintak perhatian. Lagai...

Akhirnya masak utk lunch jadi tuk dinner.. Xpe lah nak, siap gak mak ko masak akhirnya. Bergetar usus makan nga abg gewe mlm tu. Bkn sbb romantik okeh tapi sbb lapar sangat dah.


Esoknya tu ina masak sayur lemak cili api pegaga. Ikan goreng terengganu ahakss jgn rasa pelik.. Ulam dan budu.. Nyummy dapat ngadap lauk kampung.


Malam tu abg amzar nak makan lempeng je..  Alaa ada yg tak tau ke apa tu lempeng.. Bkn lempang okeh. Dua benda berbeza. Ni rupe lempeng.



Taruk susu pekat manis dan cheesdale gulung camtu boleh ngap terus.. Acah2 hot roll la tu. Mmg peberet abg amzar sangat lempeng ni.

Hari sabtu lak abg gewe ajak kuar, katanya bawak anak gi jejalan dan makan semata.. Pun boleh la kan. Dah petang pun masa tu. Layan kan gak.



Kali ni abg amzar naik dinasour je, pastu pergi makan.



Wastern kali ni.. Dah siap makan terus balik.




Banyak aktiviti kat umah abg amzar berendam dalam kolam dia.  Duk ajak bais sekali.  Ina tak bagi.  bais tak sihat sangat nak rendam dia main sama nga abg.

Ehh cam panjang benor entri kali ni.. Sambung lain kali plak.

No comments:

Post a Comment