Sunday, 7 July 2013

Lawatan Kerja ke Langkawi

Trip ke langkawi ni akhir bulan jun aritu..lewat aku apdet cite ni kan.
lawatan kerja ni sempena usaha gigih pasukan ISO la kiranye. cewahhh ayat x alah terrr..

bertolak pukul 10.30 malam dari pejabat.. semua berkumpul kat perkarangan pejabat.
aku la org last yg sampai hahhaha.. muncung aje org lain terpaksa tunggu aku yg terhegeh2 aku sedih nak kena tinggalkan hero kesyangan aku.... uwaaa

gambo ni aku snap masa mkn sebelum bertolak. anak teruna aku ni wat muka sedih lak :-(
bertambah la kesayuan ibu ni tau



dari kota bharu menaiki bas ke Jeti Kuala Perlis mengambil masa 8 jam.. terlentok lentok la aku tdo dalam bas tu. sejuk lak tu..

aku membuta aje dlm bas. bgn2 dah sampai.. dalam pukul 6 pagi time tu.. so berhenti solat subuh dan mandi kat masjid area kuala perlis itu aje.. xtau lak aku nama masjid tu.. sbb mamai baru bgn tdo.

HARI PERTAMA

ni gambo bas yg sejuk cam duk dalam peti ais tu.. xpuah ati betul aku.




korang tgk beg sorg2. besor cam nak gi 2 minggu. padahal 3 ari aje.. termasuk la beg aku. kihkihkih..beg ni kumpul setempat sbb kitaorg nak bersarapan dulu sebelum menaiki feri. 

ni lak suasana dlm feri tu. aku duk tepi tingkap sbb nak tgk pemandang kat luar. tp aku lupa snap gambo pemandangan yg indah tu.. korang bayangkan sendri aje la yer.


dah sampai langkawi pun.. naik feri dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi ni ambik masa sejam gak aku rasa.. sori aku xhingat la.



sampai langkawi kami menaiki van yg dah awal2 lg disewa.. cekap tul penganjur kali ni. 
walaupun dah terasa rimas sbb mandi ala-ala P.Ramlee td tp tetap kena ikut schledule.
so rombongan cik kiah dan pak samad trus ke underwater wolrd



tiket nak masuk kat cni bagi dewasa RM28.00 dan kanak2 RM18.00.
bg aku la xde la menarik sgt org dewasa nak masuk cni.. kalau bdk2 mesti suka kn.



ni la peyambut tetamu kat pintu underwater world tu
time aku tgk ikan ni terpikir lak, nak masak apa yer kalau dapat ikan besor cam gni. hahhaha
kepala aku masak kari kot. perut tu bagi mak aku, ekor tu boleh bg sapa2 nak. muahmuahahahha 
berangan ntah apa2 lak aku.



penguin pun ada... ishh korang layan la yer gambor yg sempat aku snap masa jln2 dlm ni.





dah penat pusing2 area underwater world ni. kami semua pun menuju ke hotel utk check in.. uhhh lega, tp sebelum tu singah mkn dulu.. lapar wei.. kebulur dah akau rasa.



kami menginap de'baron resort langkawi. uhhh lega bila dah sampai kat bilik. aku sharing bilik ni dgn member aku.. 1 bilik 2 org. bilik ni agak besar. selesa sgt walaupun terkilan sbb xngadap laut la plak bilik ni.

petang tu gi jenguk2 langkawi dulu

pasir hitam



kat cni sotong banyak bergelimpangan.. baik jaga mata.. kan ketimbik mata korang nnt.
so aku kutip sea shell aje sementara menunggu yg lain2 meninjau.. aku mls nk jln. tunggu aje dkt van tu.


malam tu kami semua kuar dlm pukul 8.30 pegi soping dan mkn aje.
esoknya plak lawatan ke pejabat pertanian daerah langkawi.

HARI KEDUA

EKS kopi puteh - projek bawah jabatan pertanian



ladang nira kelapa - ni pun under jabatan pertanian
aku suka sgt nira kelapa ni. rasanye manis dan bergas, sedap.. rugi korang x try tau.


beras terbakar




ni la beras yg hangus terbakar tu. dtg berduyun2 skali tgk beras tu ciput aje dlm pingan ni.. hahaha nasib baik ada gak kn.


galeri perdana
dalam ni semua baragan milik tun dr. mahathir
tiket masuk RM5 bagi dewasa

 
makam mahsuri
ni gambo rumah dia.. cantik kan.. time ni renovate.. so xleh la nak naik ke c2.
 



air hangat





kilim geoforest park
bg aku cni yg paling dan menarik.. 
penat tul seharian sana cni.

tunggu giliran nak menaiki bot
sewa sebiji bot ni RM250. satu bot boleh muat 10 orang.



sempat lagi bergambo nga member ofis

tempat2 yg singah semasa menaiki bot ni... layaaannnnn









malam lak soping time
tempat yg menarik nak soping
Hj. Ismail group, idaman suri, ram home deko,
kat beras terbakar kain sarung banyak gak
korang sediakan duit aje bebanyak... gerenti kejap aje abis.


aku xde soping sgt
beli coklat aje.. balik nnt boleh bagi kat kwn2, mak aku kat kg dan mak mertua.

aku gigih la sumbat semua brg dalam satu beg..
kalau boleh xnak bimbit sana cni.. ilang brg2 aku nnt weiii...


 kalau beg ni boleh gtau aku.. dia dah lama sound aku, sbb nak pecah perut dia aku sumbat.
hahhaha maaf ye beg. kejap aje. nnt sampai umah aku kuarkan balik semua.

hari yg ditunngu pun tiba... yahoooo.
xsabar aku nak blk jupa hero kat umah tu
ni mainan yg aku belikn untuk budak yg menunggu kat umah tu. mask rider kata papanye
aku mane tau nama benda alah ni apa.. main beli aje.
time ni aku lum belikn beg lain.. 
hihihi sumbat dulu dlm satu plastik segala bagai brg aku
sampai jeti karang aku akan beli beg lain.


HARI KETIGA

pagi ari last kat langkawi..
lepas sarapan kami trus ke jeti
naik feri pukul 10.30 pagi ke kuala perlis
bila dah sampai perlis singah dulu kat loji benih kenaf di beseri perlis


pukul 2.00 petang kami semua bertolak balik ke kota bharu menaiki bas
sampai pukul 10.30 malam di perkarangan pejabat
hb dan anak aku dtg jemput.
tamat lah trip kali ni.. apa pn aku berhajat nak pegi nga family aku nnt..
mesti lg bestkan. ok lah.. dah penat aku menaip ni.
pjg tul.. larat ke korang nak baca. hahhaha perasan aje aku ni
ada ke idak xtau yg jenguk blog aku..
hihihi.. yg baru jenguk salam perkenalan k.

Saturday, 6 July 2013

Jom Masuk Ahli Shaklee

Ngee.. ngeee ngeee..

sbenarnya dah lama aku ambik supplement shaklee, cuma baru2 ni aje tergerak ati nak joint ahli..

boleh la beli dgn rege ahli lepas ni kan... horeyyyy!!
korang meh jom joint skali.. xpun pkai aje aku punya id.
dapat la rege murah ckit kn. 

Dengan rasminya 


SHAKLEE ID : 933508 (siap bold takut korang xnampak :-)
H/P : 019-9826596

yang slalu aku guna alfalfa, vit e dan omega guard.
amzar lak aku kasi meal shake dan omega guard.
bermacam2 gak la supplement yang ada under shaklee ni. korang boleh tgk kat bawah ni list produk k.



keciknyer... nampak x. kalau xnampak korang pkai kanta k. hihihi actually kat tepi gambo tu dah ada siap2 penerangan ckit pasal kegunaan produk tu.





ok ni beberapa produk/set yg fames.

Set Ibu Mengandung.

sape2 yg pregnant leh la contact nak dptkn set ni k.. jgn segan silu tau :-)


Set Kesihatan Sendi
yg ni lak sesuai kepada sesape yg ada masalah sendi.. rasa sakit2 lutut ke. korang boleh gak bagi sebagai adiah kepada mak dan ayah tuk amalkan set yg ni. sejuk perut ibu mengandung. makin syg la mak ayah korang nnt kan.

Set Kesuburan
kadang2 kite lambat dpt anak kan.. belum ada rezeki. boleh la try set kesuburan ni. usaha kan.. semua tu berserah pada allah.




Set Optima
apa yg optima tu kan.. hihihi yang ni sgt sesuai kepada sesiapa sahaja yg bz aje memanjang.. terutamanya kat kaum hawa ni la.. bekerja dan menguruskan rumah dan anak2. 24 jam bekerja.. so bdn cpt lemah dan lesu. xlarat nak layan kerenah anak2.. jgn biarkan masalah cam g2 berpanjang tau. jom sama2 amalkan supplement set yg ni.





Set untuk bulan puasa
mengandungi ESP, Meal Shake dan performance : bagus utk kekal bertenaga dlm berpuasa nanti.Meal shake sgt sesuai bg kanak2 yg nak belajar berpuasa. berperisa vanila dan mengandungi 19 mineral dan vitamin.







Kesihatan penghadaman




Kecantikan & kesihatan








banyaknyer gambo... hahhaha jenuh la korang nak tgk kan.. yg lain2 tu lain2 kali aje la aku cite. gigih lor aku nak masukkn gambonyer.



Sunday, 23 June 2013

nisfu syaaban 2013

Entri kali ni nak kongsi pasal nisfu syaaban ni.. kira tutup buku lama dan bukak buku baru la kan. so tarikh ni pun elok kalau kite berazam.. atau topup pe2 azam kite supaya kite dapat memperbaiki diri. ecehhh wahhh cam ustazah lak.
hihihi xpun kalau azam masa 1.1.2013 aritu penuh nga list duniawi.. pe kata tarikh arini kite tambah ckit list tu dengan azam tuk saham akhirat.. (ingatkan diri sendri gak ni tau).

xnak berceramah pjg lebar.. just sharing is caring aje nga korang. ok kat bwh ni tarikh keramat :-)
Tarikh Penting Bulan Syaaban 2013:

1 Syaaban 1434H: 10 Jun 2013
15 Syaaban 1434H: 24 Jun 2013 Isnin (Nisfu Syaaban)
Malam Nisfu Syaaban: 23 Jun 2013: sebaik sahaja lepas waktu Maghrib

Pengertian Bulan Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Antara Amalan Pada Nisfu Syaaban 1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya. 2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.


korang mesti pergi surau atau masjid mlm tadi kan.. aku xpergi pun.. baca yasin dgn amzar aje. Malam td dah niat nak puasa arini... tapi terlupa nak setkan alarm.. mujur kebetulan tersedar 4.50 pagi td.. so sempat gak la aku bersahur.. time sahur xde selera sgt.. just minum milo dan mkn kek pisang. pastu sambung membuta balik.

alhamdulillah sampai pukul 11 ni masih berpuasa.. moga dapat diteruskan sampai berbuka nanti :-) amin...

ok la.. aku nak pk menu apa nak berbuka nnt. hahhaha xmenyempat aku ni kan. baru kul 11 pagi dah nak pikir nak msk atau beli lauk pe tuk berbuka nnt. kihkihkih.. pe pun xsabar nak merasai ramadhan tahun ni.. moga kite semua diberi kesempatan la kn. sok kalau sempat aku apdet juadah berbuka puasa aku ptg nnt.. jupa esok. bye...

Hari ini hari terakhir bulan Rejab dan esok bermulalah bulan Syaaban. Seperti bulan Rejab, bulan Syaaban juga mempunyai kelebihan,keistimewaan dan kebaikannya yang tersendiri. Kalau bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban pula adalah bulan Rasulullah dan bulan Ramadhan pula bulan umatnya. Kalau bulan Rejab istimewa dengan Israk Mikraj manakala bulan Syaaban pula istimewa dengan Nisfu Syaaban. Bulan Syaaban ialah bulan menghapuskan dosa dan bulan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. - See more at: http://www.blackrosehunter.my/2013/06/kebaikankeistimewaankelebihan-bulan.html#sthash.CJWVWNqH.dpuf
Hari ini hari terakhir bulan Rejab dan esok bermulalah bulan Syaaban. Seperti bulan Rejab, bulan Syaaban juga mempunyai kelebihan,keistimewaan dan kebaikannya yang tersendiri. Kalau bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban pula adalah bulan Rasulullah dan bulan Ramadhan pula bulan umatnya. Kalau bulan Rejab istimewa dengan Israk Mikraj manakala bulan Syaaban pula istimewa dengan Nisfu Syaaban. Bulan Syaaban ialah bulan menghapuskan dosa dan bulan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. - See more at: http://www.blackrosehunter.my/2013/06/kebaikankeistimewaankelebihan-bulan.html#sthash.CJWVWNqH.dpuf
Hari ini hari terakhir bulan Rejab dan esok bermulalah bulan Syaaban. Seperti bulan Rejab, bulan Syaaban juga mempunyai kelebihan,keistimewaan dan kebaikannya yang tersendiri. Kalau bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban pula adalah bulan Rasulullah dan bulan Ramadhan pula bulan umatnya. Kalau bulan Rejab istimewa dengan Israk Mikraj manakala bulan Syaaban pula istimewa dengan Nisfu Syaaban. Bulan Syaaban ialah bulan menghapuskan dosa dan bulan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. - See more at: http://www.blackrosehunter.my/2013/06/kebaikankeistimewaankelebihan-bulan.html#sthash.CJWVWNqH.dpuf

Wednesday, 19 June 2013

BONUS RAYA 2013

 Yeeaayyyyy!! bonus raya.
camne aku leh xtau pun bonus raya ni PM dah umumkan masa bulan 4 itu ari lagi.. uhhh ketinggalan tul. xpe janji masyukkk nnt. boleh la beli beskut raya bagai nga duit raya.. nama lagi bonus raya kan :-) haha



Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.

Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion.

Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. 



murah rezeki..lebih tepat lagi rezeki bertimpa2.. bulan 7 dapat 1 kenaikan gaji. meriah la mak ngah beraya taun ni. crita muktamad dia boleh survey2 dalam pekeliling bwh ni k.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013
PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

bersyukur la kan kite kat malaysia.. hidup aman damai. alhamdulillah.
semoga rezeki diberkati. amin.. :-)

Tuesday, 18 June 2013

Resepi Smoothie

Lama xwat entri.. blog pun sunyi sepi aje. :-( sedeeeyyyy...

Hari ni nak kongsi resepi smoothie... rasa sedap dan yang penting menyihatkan.
okay layan dulu smoothie homemade yg aku buat ni..



Bahan- bahan:

mangga
epal
bayam hijau
lemon (xde dlm gambar)
yogurt asli (xde dlm gambar)

cara:

kisar semua bahan diatas tambah kiub ais.. minum sejuk mmg sedap :-)

fisrt time buat ni tau.. buat ckit sbb risau xleh nak telan lak. 
tergerak hati nak try resepi simple ni setelah mengoogle kebaikan amalkan minum jus buah dan sayur ni.
petang2 sambil lepak luar umah layan smoothie ni mmg best.



rugi kalau korang xtry... hihihi.. ok kat bwh ni pelbagai lagi variasi smoothie yang korang boleh try. mane tau kan xsuka epal ke apa.. leh guna buah atau sayur lain.

1. Smoothies strawberi dan pisang
  • 100ml ais
  • 200ml yogurt asli rendah lemak
  • Sebiji pisang
  • secawan strawberi
  • 1 sudu madu
  • sedikit kacang walnut
Kisarkan kesemua bahan diatas.
2. Smoothies Pisang bersama mentega kacang
  • 100 ml ais
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • 1 sudu besar mentega kacang
  • sebiji pisang
  • 1 sudu teh madu
Kisarkan kesemua bahan diatas.
3. Smoothies pisang bersama betik dan kacang walnut
  • 100 ml ais
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • sebiji pisang
  • sepotong betik
  • 8 biji kacang walnut
  • 1 sudu kecil serbuk kopi atau coklat
Kisarkan kesemua bahan diatas dan taburkan serbuk kopi/coklat di atasnya semasa menghidang.
4. Smoothie Mangga dan pisang
  • 100 ml ais
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • Potongan buah mangga manis
  • 1 biji pisang
  • secawan jus oren
Kisarkan kesemua bahan diatas.
5. Smoothie untuk sarapan
  • 100 ml ais
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • segenggam buah beri atau strawberi
  • sebiji pisang
Kisarkan kesemua bahan diatas.
6. Smoothie vanila kurma
  • 100 ml ais
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • 1 cawan kurma
  • 1/2 sudu ekstrak vanila
Kisarkan kesemua bahan diatas.
7. Smoothie blueberi almond butter
  • 2 cawan air
  • 1 biji pisang
  • segenggam blueberry
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 3 sudu almond butter
  • 3 biji kurma
Kisarkan kesemua bahan diatas.
8. Smoothie oren dan beri 
  • 100 ml ais
  • 1 cawan air
  • 2 biji buah oren yang dipotong kecil
  • 1 cawan blueberry
  • 1 cawan raspberry
Kisarkan kesemua bahan diatas.

9. Smoothie soya dan strawberi
  • 1 biji pisang
  • 2 cawan strawberi
  • 1 cawan susu soya
  • 1 sudu madu
Kisarkan kesemua bahan diatas.

10. Smoothie avokado dan buah pear
  • 1/2 buah avokado yang dibuah biji
  • 200 ml yogurt rendah lemak
  • 1/2 cawan jus pear
  • 1 sudu madu
  • 1/2 sudu ekstrak vanila
  • 1 cawan ais
Kisarkan kesemua bahan diatas.

menarik dan tertarik tul kan resepi smoothie ni.. cam ibu2 yang bekerja resepi ni boleh membantu la kan.. sbb senang nak buat.. xperlukan banyak masa. campak2kan aje semua bahan dlm pengisar. anak2 pun mesti suka. :-)

ok selamat mencuba dan terima kasih coz sudi jenguk2 blog ina.