Friday, 10 March 2017

Sabah part 3 - kinabalu park

Sambung perjalanan ke kinabalu park pulak.. Sebelum tu singah beli kepak ayam bakar dulu.


Mmg mebeles kepak ayam ni bg yg suka pedas.. Sos black paper tu pedas amat tp sedap. Camne tu.. Kalau nk tau korang kena beli dan rasa sendri. Tapau je kepak ni sbb masing2 masih kenyang.

Kinabalu park ni nk msk bayar rm3 sorang. Kami terus menuju ke timpohon tempat check point pertama pendakian.




Nak ke timpohon korang boleh drive tau.. Xyah gigih mendaki lak. Hiii


Kat sini lagi sejuk. Abg amzar jumpa 4-5 ekor tupai yg jinak.. Boleh bagi makan kat tapak tangan. Seronok lah bercerita pasal tupai tu.






Dan sbb dah tengah ari kabus dah tak berapa tebal so akhirnya boleh nampak puncak gunung kinabalu. Rasa cam sangat dekat je. Ewahhh mampu ke nk sampai kan.

Yg peliknya gambor jelas puncak nan hado plak. Tak kisah lah janji posing berlatar belakang gunung.. Harus lah kan.. Dah sampai sabah wajib lah tengok gunung kinabalu.

Ok next tempat sepatutnya rumah terbalik. Tapi semua tidur kerana kepenatan terskip lah tempat tu.. Ina suggest kalau korang dr kk ke kundasang elok singgah otw ke kundasang sbb rumah terbalik betul2 tepi jalan ke kundasang. Nampak dari jalan utama.

Bye bye kundasang.. Sampai kk kami terus check in hotel tabung haji. Dah cukup luas utk ina 4 branak.



Malam plak kuar mkn je kat imago mall. Sempat tengok tarian tradisional masyarakat sabah. Nama tarian ina xtau.



Abg amzar berminat sangat nak tau.. Dia intai sampai ke depan.




Semua dah mkn jom balik tidur.. Esok ke zoo, tanjung aru, todak water front.

Thursday, 9 March 2017

Sabah part 2 - Kinabalu Pine Resort dan Desa Dairy Farm Kundasang

sejuknya kat kundasang ni
dah lah hujan renyai2


Bais dah mcm mak jemah.


Bergambar depan bilik dulu la


Pheww xnampak apa pun.. Belakang kiteorg tu view gunung kinabalu

Takpe lah.. Kite angkut beg masuk kereta dulu



Abg amzar gigih nak angkut sendiri beg pakaian dia. Menurun bukit. Risau tergolek je.

apa pun jom sarapan dulu





Lepas sarapan terus check out.. Sambil2 tu apa lagi.. Posing dulu kami anak beranak kat sini. Sebagai kenangan lah kiranya kan.








view kat pine resort ni memang lawa
mengadap dengan gunung kinabalu
cuma bukan rezeki kami
disebabkan hujan dan berkabus tebal
gunung pun tersorok lah
takpe nanti nak singah gunung.. ewahh.

kuar dari pine resort ni nak ke dairy farm castle akan jumpa war memorial dulu
tapi ina tak singah kat situ sbb hujan
risaukan bais lah kan, so moh ler kite tengok lembu hihihi

tiket masuk dkt desa dairy farm ni RM5 sorang untuk budak 5 tahun kebawah free.

sampai kat sini masih hujan.
jadi laju2 masuk kat bagunan yang jual macam2 makanan ni dulu
pekena ais krim dan wafer sementara tunggu hujan reda



Ada dua perisa.. Satu vanilla satu lg tu coklat. Satu bekas ni bnyk gila.. Jenuh nk abiskn.


Tu tempat perah susu lembu kot. Tapi time ni takde pe2 pun. So ina agak2 je lah.


Tengok perangai mak bila bergambar. Steady je walau 2 ketul tu dah mula boring.




untung lembu kambing ni makan minum bersuap
tak berhenti dia makan
berebut orang nak bagi makan
rumput dan susu tu boleh beli kat kaunter
tak mahal pun RM1.50 camtu lah
susu tu ok lah kot.. tapi cam rumput tu 2-3 urat pun kena beli
rumput kot kihkihkih









tak dapat view yg cantik
disebabkan hujan dan berkabus
dan ina tak boleh nak angkut bais merata dalam hujan
so ni je lah gambar kiteorang posing-posing kat sini

ok nanti sambung lagi entri tuk tempat2 lain yang ina pergi.

Monday, 6 March 2017

Sabah Part 1

Agiooo.. lama bebenor tak bersiaran.
bz ke.. ehhh tak lah. elok je ni melepak

short vacay sempena anniversary lah kiranya
ewahh pepiling romantik gituw

beli tiket dah lama pun.. bulan 11 taun lepas
so takde lah mahal kan.
tiket flight pergi balik rm1100
ni untuk kami 4 beranak

memandangkan ada sorg bdk tecik yg aktif ni
jadi ambik direct flight je dari KB ke KK

flight kiteorg pukul 12.50


Abang amzar yg paling happy. potpet potpet soal itu ini. phewww.. layankan aje.


Kalut tgk menu sbb masing2 dah lapar. Yg kecik tu pun sama naik.


Abg nk karipap je. Nugget aeroplane takde plak, kehabisan... Bais lak ambik kek.



Ni mak pak yg punya.



Agak lama perjalanan 2jam 50minit. Abg asyik lah tny bila nk sampai. Adk plak kesana kesini. Jenis takleh duk diam. nasib baik adik tak meragam sangat.


Yeay dah sampai.. Sempat lagi tu menyengeng posing kat situ.

Sampai kat airport kk ni nk kena lalu imigresen tau. Cam cuak gak lah tengok org punya lah ramai. Gigih lah beratur sama.. Tapi laju je xde lah berejam. Dalam 5-10 minit je dah settle. nasib baik.


Tapi kat pickup lugage plak ada problem. Stroller si bais xde. Jenuh tunggu. Pastu abg gewe tanyakn kat kaunter. lama gak kami menunggu kat sini baru lah muncul  stroller bais.

sebenarnya vacay ni bersama dengan family adik ipar yang menetap di sandakan. jadi derang  yg dtg ambik kiteorg kat airport.

Sampai kat kk ni dah kul 4ptg.. So terus ke kundasang. hotel pun dah booking dari awal lagi.

2 jam lebih perjalanan ke kundasang tu ina pening siap pakej muntah lg.. Jalannya cam ke cameron. So kalau korang spesies mudah pening sediakan ubatan2 siap2 k.

sampai kat kundasang dalam kul 7 mlm terus check in hotel dan bersiap tuk dinner. ina stay kat pine resort.
lepas dinner terus zzzzz.. bai nnt ina sambung next entri.