Saturday, 22 October 2016

Besday abang amzar

Sekarang ni dah makin tak menyempat nak update blog
Kadang dah taip lama terbiar takde mood plak nak sambung cerita yg sama. Kan nanti taip cite lain pun sama kesudahannya.. tak jugak siap jadi tak publish.

Tapi...
Tulah rindu nak berblog tu tiap hari ada.
Cuma kekangan masa
Ntah apa yang ina bz kan sangat tu kan.

kerja tak pernah habis2 pun kan.. Duk asyik hadap keje mmg penat..
Banyak benda yg berselirat sekarang ni keje ofis 3-4 perkara yg besar dan penting menimpa mimpa.. Tak sempat bernafas. Kadang tengah hadap yang urgent sgt..
Nak time2 tu gak.. Boleh plak kerja lain plak menerjah.. pun urgent nak kena settle jam2 tu gak.. Kalau lah boleh dibahagikan dua badan ni kan

Tapi kan kalau duk bersenang lenang tak seronok gak..mula cari hal nak bz kan diri..  Ina pun jenis yang tak boleh duk diam. Mudah jemu.

Ni pun satu hal gak, besday abg amzar kat school dia hari khamis dan kat rumah malam tadi, persiapan godies tuk kwn kelas dan persiapan kat rumah lagi.

Bukan buat besar pn majlisnya.. Simple sekadar mengembirakan abg amzar. Ada kek dan panggil adk bradik abg gewe. Cam celebrate besday abg gewe tuari gak. Simple camtu.



Goodies tu kwn2 abg amzar




Kek yang bawak ke school abg amzar.. Dia yang nak sangat kek rainbow.. Cuma tambah anime kartun super wings aje kat atas tu


Ni plak persiapan kat rumah..Cam biasa.  Deko2 ckit tempat nak potong kek nnt..Letak je lebih kurang.

Kalau korang perasan dinding ni sebelum ni kosong je.. Skrg dah ada rak kasut dan para kat situ..
Sebelum ni.. Asalnya ina plan something yg lain..
Takpe nnt boleh ubah lagi. Buat sementara ni camni dulu.. Pun ok bg ina.

Gigih korang baca kan, ina rasa cam berjela sangat nak cite celebrate besday amzar kat rumah malam td.. Jd ina sambung kat next entri k.



Restorans d' apple

Suka scroll fb cari tempat makan.. Kali ni try makan kat d' apple restorans kota bharu.

Menarik suasananya. Menu yang ada pun menarik.








Nasi sup kambing bakar. Kami berdua order yang sama. Abg amzar fries dgn ais krim.

Sesapa kat kota bharu di syorkan ke sini.. Mmg best.

Basuh karpet

Karpet letak kat meja makan mmg tak dapat lari dari sisa2 makanan. Selalu vacum je.. Lama2 nampak kesan kotoran tu. Dah tak boleh nak biarkan camtu. Jadi ina mintak abg gewe basuhkan aje.. Kebetulan size tak besar sangat. Takde masalah nak angkat dan basuh. Kalau besar dabak tak mampu okeh.


Abg amzar lak asyik mandi kolam.. Biarkan je.. Nak selalu bwk pergi kolam pun tak larat.. Tambah plak sekarang ni banyak tempat semacam tu ditutup akibat kes kencing tikus.. 

Alasan sangat kan.. Hiiiii 


Sunday, 2 October 2016

Aktiviti hujung minggu

Saje je nak story mory apa kebenda yang duk buat tiap kali ujung minggu kan.. Selalunya lepak rumah dan pergi mall beli barang dapur tak pun jejalan bawak anak2 main. Tu je lah memang rutin camtu.. Ina dan abg gewe dua2 lebih suka rest kat rumah.. Settlekn hal2 rumah yang memang sentiasa tak abis.. Basuh baju, vacum, kemas mainan, basuh toilet. Haaa tak menarik pun kan.

Tapi memang hari minggu hari yang selalu di tunggu.. Sbb ari minggu je abg gewe ada kat rumah.. Lega la sikitkan.. Boleh gilir jaga bais. Hari minggu gak lah biasanya ina masak yang simple2.. Tekak ni dah tak lalu nak telan masakan kedai..

Menu yang selalu duk ulang ulang ialah nasi ayam.. Mmg nak masak yg ni paling senang. Tak pelu banyak hal sgt. Dasar sgt kan.. Khamis lepas ina cuti sbb tak sihat. Dah anta anak2 kat taska ina balik makan ubat dan tidur. Bagun tu baru rasa segar dan lapar sangat. Tiba2 teringin nak makan nasi ayam. Terus kuar beli barang nak masak.  Balik singah taska ambik bais.. Ni yang ina tak boleh, kalau ina cuti walaupn sakit ina biasa tak hantar anak kat taska.. Nak jugak jaga sendri.. Supaya ina dpt luang masa lebih lama dgn anak.. Konon lah kan.. Tp khamis tu walau dah berbelah bagi sangat nk hantar ke tak.. Ina hantar gak supaya bdn yg dah seminggu tak sihat boleh rest.

Gigih nau siapkan nasi ayam sambil layan si bais tu.. Budak tecik tu tdo tak sampai 5minit, kan dia bangun.. Buat muka cute mintak perhatian. Lagai...

Akhirnya masak utk lunch jadi tuk dinner.. Xpe lah nak, siap gak mak ko masak akhirnya. Bergetar usus makan nga abg gewe mlm tu. Bkn sbb romantik okeh tapi sbb lapar sangat dah.


Esoknya tu ina masak sayur lemak cili api pegaga. Ikan goreng terengganu ahakss jgn rasa pelik.. Ulam dan budu.. Nyummy dapat ngadap lauk kampung.


Malam tu abg amzar nak makan lempeng je..  Alaa ada yg tak tau ke apa tu lempeng.. Bkn lempang okeh. Dua benda berbeza. Ni rupe lempeng.



Taruk susu pekat manis dan cheesdale gulung camtu boleh ngap terus.. Acah2 hot roll la tu. Mmg peberet abg amzar sangat lempeng ni.

Hari sabtu lak abg gewe ajak kuar, katanya bawak anak gi jejalan dan makan semata.. Pun boleh la kan. Dah petang pun masa tu. Layan kan gak.



Kali ni abg amzar naik dinasour je, pastu pergi makan.



Wastern kali ni.. Dah siap makan terus balik.




Banyak aktiviti kat umah abg amzar berendam dalam kolam dia.  Duk ajak bais sekali.  Ina tak bagi.  bais tak sihat sangat nak rendam dia main sama nga abg.

Ehh cam panjang benor entri kali ni.. Sambung lain kali plak.

Projek terbengkalai

Korang rasa apa yang cam besar bebenor projek terbengkalai tu.. Saje ina letak tajuk gempak. Heee padahal nan hadooo apa pun.

Banyak benda kot yang duk berangan nak buat.. Kudratnya tak terdaya. Takpe verangan lah selagi free.. Mane tau kan esok lusa kena bayor.

Banyak kekangan sebenarnya.. Yang paling besar adalah kerajinan, kedua pulusss ketiga masa. Gaul semua skali trus jadi terbengkalai.

Sob sob sob.. Sadis betul rasanya. Cerita cat pintu dari sebelum lahirkan bais tu lg okeh.. Bayangkan lah dah bape lama. Baru cat 2 pintu.. Entah lah tu bila nak sambung balik.. Belum nampak bayang2 kerajinan tu. Bertabah lah sangat..

Pastu beli 5-6 ketul para ikea belum drill kat dinding pun tak tau bila.. Kemas rumah bagai tu pun buat ala kadar. Tak puas ati tau.. Tapi sbb si bais tak sihat sangat. Demam dan selsema ina takmo fikir sangat pasal hal2 rumah ni.. Nak beli perabot ke apa kemudian fikir..

Beli wallpaper baru pasang sebaris pastu stop.. Makin cacat rupenya. Pun tak tau bila nk sambung. Krik krik krik.

Laman rumah lagi lah.. Rumput nk pijak pn takut.. Tengelam kaki. Tu tugas abg gewe. Minggu ni dia settlekan rumput tu.


Ni baru betul2 karpet. Huhuhu


Botak trus rumput tu.. Takpe kan nnt dia tumbuh elok balik. Mane2 projek yang terbengkalai tu dah siap lah baru boleh cite. Tu pn kalau siap la kn.. Kot makan tahun nak siapkan. Tu biasa jadik.  Dah paham sangat dah.. Phewww!!

Wednesday, 28 September 2016

Penapis air cuckoo

Korang guna penapis air tak kat rumah..

Sebelum ni ina guna cerek tuk masak air.. Cerek ni mmg rare dari awal kawin beli sampai lah sekarang.. Berjasa betul.. Saiznya yang cute tu menyebabkan air masak selalu abis.. Mmm nampak sangat kemalasan. Kalau rajin takde nya abis air masak tu kan..

Jadi abg gewe macam berkira2 nak pasang penapis air lah tuk bini dia yang selalu alasan tak sempat nk masak air.. Melampau.

Sekali dua je dia bunyi hal nak pasang penapis air masa borak2 dengan ina.. Nadanya masih dalam dua. Ina pun takde la beria sangat. Tak pasang pun takpe kalau pasang pun takpe.

Sekali sebelum raya haji tuari abg gewe cakap orang cuckoo nak datang pasang penapis air kat umah khamis nnt. Terkejut gak ina. Biasanya apa2 barang kat umah ni ina yg over xcited nak beli. Kali ni lain plak.

Nak cite kelebihan ke apa ina tak tau sangat. Korang google lah ye.




Sebelum ni ok je dengan cara masak air guna cerek.. Dah biasa pun. Cuma dah ada kemudahan ni mmg berbaloi gak. Abg amzar pun dari susah nk minum air kosong skrg dah minum.

Ada 3 pilihan air, panas, suam dan sejuk. Kalau sebelum ni jenuh air dalam peti ais sbb nak minum air sejuk skrg dah tak yah.. Nampak tak malasnya tu disini.

Friday, 23 September 2016

Bilik tidur vs playroom

Minggu ni allah uji dengan kesibukan dan kesihatan.. Agak stress bila badan tak sihat, si bais pun demam dan selsema pastu banyak kerja kat ofis yang date line nya buat sesak nafas.

Dalam tak sihat ni pun cuba gigihkan diri kemas sikit playroom abg amzar.. 
Masih ingat tak entri ina pasal nak jadikan playroom amzar tu bilik tidur.. Kot lah korang baca entri ina sebelum ni. Hiii

Duk bincang nga abg gewe pasal nak start ajar abg amzar tidur bilik sendri.. Sekarang kira peringkat memujuk.. Supaya dia ready nak tidur sendri kan.. Duk ulang2 hal2 tidur sendri ni lah.. Bilik abg best pe semua. Mak ko psiko.

Jadi bilik amzar bukan berubah totally pun.. Hanya tambah tilam je seketul. Teaser je dulu.

Masih try and error susun atur dalam bilik ni.. Banyak benda nak kena ambik kira dengan ruang yang sangat2 terhad. Sempit kot. 

Nak beli katil masih dalam pertimbangan. Risau dah beli karang tak muat pulakk.. Nangis mak. Bila cuba masukkn tilam seketul dalam bilik ni terus rasa OMG!!! Nasib baik belum beli katil.. Muat2 je seketul.

Bilik ni memang kecik sangat. Itu nak kena pikir gak 2-3 taun akan datang. Bais boleh tidur sama dengan abg. Masih survey katil yang sesuai.

Tak mo gaduh2 beli itu ini kan nanti tak sesuai.. Ina ni tak pandai nak bayangkan susun atur dan saiz sesuatu barang tu kalau tak letak terus kat tempat yang nak diletak tu.. Jadi memang selalu salah beli.. Pheewww!! Bertabah lah.

Tapi nak buat camne kan.. Belajar melalui kesilapan. Biar lah 40kali dah pun buat silap.. Bagi nak elak tersalah beli katil.. Ina letak dulu tilam kat bilik tu. 


Ni kalau katil 2 tingkat tak sesuai kat tingkap. Pulakkk..


Satu2 nya pintu yang dah siap dicat hitam.. Tak tau bila entri bab cat pintu akan menyusul. Huhuhu


Ni je ruang yang ada. Penuh sangat.


Tuannya dah acah2 tidur kat bilik sendri.


Almari tu cam kat tengah laman sangat.


Tent tu makan ruang. Nyampah okeh. Tapi budak2 hepi duk dalam tu. Pejam mata je lah.


Meja aktiviti je ada.. Plan asal nak buat ruang belajar ada meja study dan rak buku. Mane nak sumbat nihhh. Buntuuu


Mmmm almari lama abg amzar, belum ada rezeki nak tukar. Dah kirim kat ps ikea 2 ketul.. Tapi dapat seketul je.. Jadi yang dapat 1 tu almari bais dulu lah. 

Almari abg amzar tu masih elok cuma lebar camtu makan banyak ruang.. Sbb tu nak tukar sama dengan almari bais jenis kurus dan tinggi sikit. Boleh letak dua2 almari tu dekat belah ni je, tempat almari amzar parking ni.

Almari lama abg amzar ni kalau ada kerajinan boleh diy tampal wallpaper pastu angkut masuk stor. Plan aje la, ntah bila la tu. Cam tak larat sangat nak buat dalam masa terdekat ni. Bilik amzar belum siap sepenuhnya pyn lagi.. 40% je kot dari apa yang ina nak buat.. Pelan.. Pelan. Cari2 idea yang sesuai.

19.10 ni amzar genap 5 tahun.. Dah besar anak ibu. Dah nak tidur bilik sendri.. Ibu tetap rindu nak tidur bertepek dgn anak2 ibu tau.. Sob..sob..sob.. 

Ina je ke yang rasa camni, hover sangat. Dalam rumah yang sama je pun. Tak kan sampai ke besar berkepit bawah ketiak mak. Semoga anak2 ibu sentiasa dilindungi allah. Amiin.