Friday 23 September 2016

Bilik tidur vs playroom

Minggu ni allah uji dengan kesibukan dan kesihatan.. Agak stress bila badan tak sihat, si bais pun demam dan selsema pastu banyak kerja kat ofis yang date line nya buat sesak nafas.

Dalam tak sihat ni pun cuba gigihkan diri kemas sikit playroom abg amzar.. 
Masih ingat tak entri ina pasal nak jadikan playroom amzar tu bilik tidur.. Kot lah korang baca entri ina sebelum ni. Hiii

Duk bincang nga abg gewe pasal nak start ajar abg amzar tidur bilik sendri.. Sekarang kira peringkat memujuk.. Supaya dia ready nak tidur sendri kan.. Duk ulang2 hal2 tidur sendri ni lah.. Bilik abg best pe semua. Mak ko psiko.

Jadi bilik amzar bukan berubah totally pun.. Hanya tambah tilam je seketul. Teaser je dulu.

Masih try and error susun atur dalam bilik ni.. Banyak benda nak kena ambik kira dengan ruang yang sangat2 terhad. Sempit kot. 

Nak beli katil masih dalam pertimbangan. Risau dah beli karang tak muat pulakk.. Nangis mak. Bila cuba masukkn tilam seketul dalam bilik ni terus rasa OMG!!! Nasib baik belum beli katil.. Muat2 je seketul.

Bilik ni memang kecik sangat. Itu nak kena pikir gak 2-3 taun akan datang. Bais boleh tidur sama dengan abg. Masih survey katil yang sesuai.

Tak mo gaduh2 beli itu ini kan nanti tak sesuai.. Ina ni tak pandai nak bayangkan susun atur dan saiz sesuatu barang tu kalau tak letak terus kat tempat yang nak diletak tu.. Jadi memang selalu salah beli.. Pheewww!! Bertabah lah.

Tapi nak buat camne kan.. Belajar melalui kesilapan. Biar lah 40kali dah pun buat silap.. Bagi nak elak tersalah beli katil.. Ina letak dulu tilam kat bilik tu. 


Ni kalau katil 2 tingkat tak sesuai kat tingkap. Pulakkk..


Satu2 nya pintu yang dah siap dicat hitam.. Tak tau bila entri bab cat pintu akan menyusul. Huhuhu


Ni je ruang yang ada. Penuh sangat.


Tuannya dah acah2 tidur kat bilik sendri.


Almari tu cam kat tengah laman sangat.


Tent tu makan ruang. Nyampah okeh. Tapi budak2 hepi duk dalam tu. Pejam mata je lah.


Meja aktiviti je ada.. Plan asal nak buat ruang belajar ada meja study dan rak buku. Mane nak sumbat nihhh. Buntuuu


Mmmm almari lama abg amzar, belum ada rezeki nak tukar. Dah kirim kat ps ikea 2 ketul.. Tapi dapat seketul je.. Jadi yang dapat 1 tu almari bais dulu lah. 

Almari abg amzar tu masih elok cuma lebar camtu makan banyak ruang.. Sbb tu nak tukar sama dengan almari bais jenis kurus dan tinggi sikit. Boleh letak dua2 almari tu dekat belah ni je, tempat almari amzar parking ni.

Almari lama abg amzar ni kalau ada kerajinan boleh diy tampal wallpaper pastu angkut masuk stor. Plan aje la, ntah bila la tu. Cam tak larat sangat nak buat dalam masa terdekat ni. Bilik amzar belum siap sepenuhnya pyn lagi.. 40% je kot dari apa yang ina nak buat.. Pelan.. Pelan. Cari2 idea yang sesuai.

19.10 ni amzar genap 5 tahun.. Dah besar anak ibu. Dah nak tidur bilik sendri.. Ibu tetap rindu nak tidur bertepek dgn anak2 ibu tau.. Sob..sob..sob.. 

Ina je ke yang rasa camni, hover sangat. Dalam rumah yang sama je pun. Tak kan sampai ke besar berkepit bawah ketiak mak. Semoga anak2 ibu sentiasa dilindungi allah. Amiin.


No comments:

Post a Comment