Monday 19 September 2016

Kb burger bakar

Ni cerita semalam.. abg gewe masih ada kat rumah sbb ada kursus kat kb..
Ina keje cam biasa.. Lemau la kan lama cuti pastu masuk keje.. Alasan sgt.

Hari keje memang balik petang dah tak larat nak bersilat kat dapur.. Nak kuar pun malas benor nak bersiap. Tapi abg gewe duk ajak nak makan kat kb burger bakar.

Rajinkan diri nak bersiap anak2.. dua ketul tu pun harus la siapkan ensem2. Hahaha kuar makan aje pun. Saje gediks!

Kedai burger ni dah lama viral tapi tengok keadaan yang selalu penuh je tak mampu nak bersesak. Tak gemar.. Ina tak gemar apatah lagi abg gewe. Dengan anak2 pe semua kan.

Dah lewat pun semalam kuar. Ina yang hegeh2 bersiap.


abang amzar order fries dengan air milo dinasour



Adik bais punya double mixed cheese burger tu kongsi nga papa okeh. Adik bais ambik bau je belum sampai masa tau nak makan.


Dua2 nak duk atas papa.



Ina order terminator beef burger.. Jenuh nak abiskan.

Ada banyak lagi menu lain yg menarik big prawn thai noodle.. Tak mo cite lebih lebih.. Korang pergi sendri okeh. Sape2 kat kota bharu di syorkan makan kat sini. Berbaloi.

Kedai ni depan JKR kalau dari kbmall ambik jalan ke kuala krai lepas sikit dari taman tengku indra putra tu kedainya.

Boleh usha fb nya gak kb burger bakar. Sila la ye.

No comments:

Post a Comment