Macam nk tulis something plak kat blog arini.. Tetiba sgt kan, setelah bersawang blog x di apdet. Lama sgt dah tinggal blog sendri tapi korang tau tak sebenarnya ina terjah blog kwn2 setiap ari.
Apa mimpi plak ni kan tetiba muncul. Maybe sbb ada masa lapang setelah sihat dari bersalin dan bercuti lama.. Best yg amat boleh feeling- feeling suri rumah sepenuh masa.. In shaa allah suatu masa nnt tercapai cita2 yg satu ni.
Banyak cerita nk coret2 tapi tak tau nak mula dari cite apa. Pasal orang baru ke, deko2 yang separuh jalan ke, aeon mall yg baru bukak kat kota bharu ni ke.. Ehh sebut pasal aeon pssstt...pssttt.. Ada kaison okeh. Kalau sebelum ni gigih kirim kat org atau beli nga ps brg kaison. Skrg ni dah boleh pergi sendri.. Malangnya ina xdapat nk jejak kaki lg.. Masih berpantang. Bertabahlah kaannnn..
Tapi sebelum bersalin aritu sempat shoping ssf sempena sales 50%.. Gigih nau nga sarat time tu ajak gewe pergi angkut katil. Seketul single bed tu rm229.50 aje after less 50%. Nak tau rege asal dia ko darab 2 aje la. Puas ati mak buyong dapat menyoping.
Skrg ni xde nak deko2.. Bz nga budak tecik plak.. Xpe hold dulu. Masa utk pulihkan diri sendiri. Nanti ada masa ina update seketul dua gambar deko2 yang lebih kepada syok sendiri. Yang pasti bkn deko bersama eric okeh. Larikkk...
Monday, 9 May 2016
Sunday, 14 September 2014
Taska Pertama Untuk Anak
Peristiwa ni dah lama pun
baru nak bercerita...
sejak dari beli rumah baru lagi plan nak hantar amzar ke taska
sebelum ni amzar duduk dengan mak sedara dia (rumah mak mertua)
memandangkan umah mak mertua ina agak jauh
so lebih mudah amzar duduk taska yang lebih dekat
tapi itu la.. survey sana-sani
pejam celik pejam celik dah hampir setahun duduk rumah baru
dan amzar still dihantar ke umah mertua
baru-baru ni lebih kurang 2 bulan sebelum puasa
di fikir-fikir, dihintung-hintung
akhirnya ina buat keputusan bermula bulan puasa
amzar akan di hantar ke taska
Taska penyanyang bawah seliaan JKM
dalam 30 orang jugak kanak-kanak kat sini
dari umur 2 tahun hingga 4 tahun
suasana taska nampak kondusif kepada kanak-kanak
banyak mainan, cuma kat luarnya kurang ceria
namun berpagar dan selamat
hari pertama siap bawak mainan dia
ina biarkan.. mungkin dia rasa lebih selesa bila ada mainan kesayangan kan
cam kalau budak pompuan mesti bawak teddy bear
sayu jugak hati bila nak tinggalkan amzar hari first ni
walaupun masa hantar borang ina dah bawak amzar sekali
untuk dia kenal-kenal taska dia
ina cakap nanti amzar akan duduk kat sini la
ni school amzar, bestkan ada mainan
ada kawan-kawan
hari ni dah 2 bulan setengah amzar ke taska
walaupun awal2 dulu macam-macam dugaan
tapi sekarang amzar dah ok
dah tak menangis
alhamdulillah dipermudahkan allah segala urusan
Wednesday, 10 September 2014
Projek Pasang Paving Block (tapak gajah)
Lama dah berangan nak pasang paving block ni
sebab utamanya depan umah ina berpasir
menyebabkan area depan umah menjadi
kegemaran kucing untuk melepaskan hajat
uhhh... mmg tak senonoh betulkan
dengan baunya semerbak
tak sesuai aroma sebegitu menyambut tetamu yang datang
huahuahuah... stress tuan rumah okeh.
bermula la pencarian paving block idaman kalbu
hihihi xde lah yang secangih mane
over ayat aje tu
pengalaman ina dan husband la
yang korang kena tau atau ambik tau sebelum beli
paving block ni
1. ukuran keluasan tempat yang nak dicover dengan paving block tu
2. jenis paving block yang korang nak contoh cam kat bawah ni
tapak gajah dan tapak kacang yang biasa orang pasangkan
sebenarnya banyak lagi bentuk lain
maklumat ni boleh cari dengan makcik google tau
setiap jenis berbeza tau bilangan dalam ukuran 1 meter persegi
yang kami pilih bee pave.. bentuknya cam gambo bawah ni
bentuk ni memerlukan 46 biji dalam 1 meter persegi
harga seketul 90 sen aje
biasanya serahkan aje pada tokei kedai tu
dia akan kira brape bijik yang perlu dibeli
tapi.... menjadi satu kelebihan sekiranya korang
boleh kira sendiri
maklum lahkan tokei tu dia niaga
nanti dah siap pasang keseluruhan ina cite balik
kos beli paving stone tuk umah ina ni dalam 2K
upah lum bayar lagi sebab lum siap lagi kan
Tuesday, 9 September 2014
Pokok Yang Menghiasi Laman
Cuaca yang panas amat di siang hari sekarang ni
malam lak hujan
memandangkan dah setahun duduk kat rumah baru ni
mula rasa minat untuk tanam pokok
tak kisah sangat pokok apa
asalkan boleh menyejukkan suasana rumah
petang-petang boleh lepak kat luar rumah
teman anak main
kite lak boleh berkebun
tak pun sekadar tilik-tilik pokok yang ada
sesi menyiram
korang percaya tak
berdampingan dengan alam semulajadi ni
boleh menjadi terapi minda tau
dah penat-penat kerja kan
kali ni just nak kongsi dengan kawan-kawan
beberapa pokok yang ada kat umah
beli sikit-sikit time ke nurseri
ni rose jepun atau lebih glemer RJ
ina ada warna pink putih dan oren aje
tu masa mak datang umah dia bagi 4 keratan
tapi arini ina dah ada lebih kurang 15 pasu
senang hidup melalui keratan batang
berbunga hari-hari
yang ni xsure sangat namanya
orang nurseri cakap pokok lidah ayam
daunnya banyak dan ada bunga putih yang kecik-kecik
harganya RM5 aje satu pasu...
balik rumah ina pasukan dalam pasu yang lebih besar
kat atas ni pokok spider plant
mungkin di sebabkan anak-anak pokok yang berjuntai
dah macam spider bergayut kot namanya camtu
harganya RM12 satu pokok
ni la adenium atau juga dikenali sebagai kemboja cina
ina beli masa ekspo flora kat RTC Kelantan haritu
harga bergantung pada kematangan pokok
yang umbi pokok besar harga lebih mahal
yang cam ina beli ni RM45
beli dua satu bunga merah gelap
satu lagi pink
ni salah satu kemboja yang ina ada
yang ni ina beli RM20 kat nurseri
harga mahal sikit sebab kacukan
(mengikut kata tokei kat nurseri)
bunga merah gelap
satu lagi pink... kemboja kampung hanya RM15 satu pokok
satu lagi kawan bagi keratan batang
so free aje la :-)
ni lak kat belakang rumah
pokok ni orang panggil pokok duit
ina letak tepi sinki
kawan kat ofis bagi
sebab dia nampak ina ambil daun pokok ni kat pokok yang ada kat ofis
kantoi la kan...
rezeki.. 2 minggu lepas tu dia bawak satu pasu terus kat ina
ina dah letak dalam pasu yang lebih besar
cuma belum taruk tanah
nampak tak yang kat atas tu
pokok lidah jin
itu pun diberi oleh jiran ina
jimat dan selamat duit kan
daun padan beli nurseri RM7
limau kasturu RM8
limau purut RM5
pokok kunyit pun ada
hihihi serba sedikitkan
senang bila nak pakai
boleh ambik aje kat belakang rumah
kunyit ni mak bagi
ina tanam aje
pokok mulberi ni ina beli dari kawan FB
rm10 dapat 4 keratan
cucuk aje pada tanah
senang hidup
dan cepat berbuah
nanti berbuah ina cite nanti
pokok yang bunganye tak pernah putus
asalnya ada sepokok aje
sekarang dah ada 3 pasu
dalam satu pasu lak ina cucuk sampai 4-5 pokok
senang nak jaga
tak perlu perhatian sangat
namanya ina lupa
(bunga mak datin kot)
kalau salah maaf ye kawan-kawan
yang ni dulu la ina crita k
banyak gak lagi, next entri lak
laman rumah masih selerak
belum disusun atur dengan baik
:-)
Sunday, 7 September 2014
Hias Laman : Taman Mini
Kekonon la nak buat taman mini
tapi kekdahnye.. takde nak rupe taman pun jadiknya
takpe la kan.. ada impian pun dah kira okey
ina dah ada cerita sebleum ni kat SINI
pasal taman mini ni

ni rupa area ni lepas dah topup tanah
sebagai persiapan nak tanam rumput
letak siap-siap step stone saiz 1 x 2 kaki
ina beli kat nurseri
harga satu tu RM25
bodek-bodek sikit adik kat nurseri tu
dia bagi RM22
step stone tu letak kat situ sebab
tu area air dari atap terjun
kalau dah cakap terjun tu paham-paham la kan
tanah area tu berlubang
kalau tanam rumput pun pasti tak dapat beratahan
runput karpet ni jenis rumput karpet jepun
diberi orang aje.. so tak de kos beli rumput
phewww...jimat!
letak tempayan sebijik kat situ
air tu nanti boleh terjun kat dalam tempayan tu terus
area ni dah berkali-kali di ubah
mula-mula dulu pokok ni aje menginap kat sini
kemudian...
pastu... setelah beberapa kali di ubah susunannya
jadi camni lak
tak ada la plak gambar keseluruhan area ni
lain kali ina masukkan k
lagipun sekarang ni duk pasang paving stones
pasu-pasu pokok dari belah depan tumpang sekaki kat sini dulu
semak rupenya.
nanti dah kemas baru cite balik.
Hias Laman : Area Depan Sliding Door
Kembali bersiaran setelah lama menyepi
bz kah?? huhuhu agak bz la jugak lately
dah tak tau nak mula dengan cite apa
serius mmg banyak gila nak bercerita kat korang
apa pun.. ina cite ikut gambar mane yang ada dulu la kn
kalau gambar tak de xbest nak cite
kalau gambar tak de xbest nak cite
nanti korang pun tak paham kan.
perasaan aje.. ada tak yang sudi baca..
(mihmihmih)
kali ni ina cerita projek hias laman depan sliding door
area ni ciput aje.. kebetulan masa beli paving stone aritu
terpikir nak buat projek kecik-kecik area tu
tanam rumput semua pn agak bosan gakkn
mula-mula letak bata merah tu sebagai boder
lebih kurang 50 biji diperlukan
harga bata tu hanya 30 sen aje satu
kemudian susun step stones tu 7 biji
step stone tu suami ina yang buat sendiri
jimat kos :-)
susun pasu dua tiga ketul
tanam pokok calathea dalam tu
diharap pokok tu akan tinggi melepasi pagar
supaya suasana kat area ni redup dan sejuk
kos pasu tu RM6 sebijik
pokok RM8 satu (1 polibag okeh)
pasu putih yang ditabur tu RM15/beg
untuk cover area ni perlu dalam 5 beg
dan ina beli satu beg yg warna itam tu
batu yang warna itam mahal sikit RM18/beg
simple-simple aje
semua DIY sendiri
sebagai aktiviti ari minggu
dalam gambar no.3 kalau korang perasan
sepanjang tepi pagar tu lum ada apa-apa pokok lagi
sekarang dah ina tanam spider lily dan jugak pokok buluh
gambar terbaru tak ada la..
Sunday, 25 May 2014
Menyepi dari blog
ewahhh.. tajuk kemain lagi kaannn!!
lama dah tak buat apa-apa entri
ada yang menanya kemana menghilang
xceli takde pegi mane2 ponn...
cuma mood kelaut nak menulis
dengan kebizian yang melanda
dengan masalah teknikal nak transfer gambo
ke pc... last skali terus menyepi
apa pun... ina akan update cite yang berlambak
macam-macam cite yang ada
pejam celik pejam celik dah hampir setengah taun dalam 2014
kejap aje kan... dah nak masuk bulan pose
pastu raya..
disebabkan itu kot.. kami agak bizi
rumah yang tak seberapa itu
seboleh-bolehnya menjadi
tempat yang paling best nak lepak-lepak
yang mendamaikan
yang menenangkan
tempat yang selamat tuk anak-anak bermain
banyak list projek yang masih menunggu
dengan kudrat yang tak seberapa
kayuh perlahan-lahan
ada lah sedikit perubahan
yang bakal ina update kat cni nanti
ada dua tiga ina hutang entri kan
pasal taman mini depan umah aritu
pun belum dibuat entri
tujuan ina hanya ingin berkongsi
yang baik mungkin boleh dijadikan
panduan kepada kawan-kawan semua
yang tak elok, tak cantik
boleh dijadikan tauladan
jupe lagi dilain entri okeh
Subscribe to:
Posts (Atom)





















