Sunday, 12 February 2017

Shoping online

Dah lama menyepi.. Tiba2 arini kuar tajuk shoping on9.

Maybe sbb arini terima barang paling bnyk kot.

Zaman sekarang ni tak yah kuar kemana pun duit boleh abis gak. Terutama mak2 cam ina ni. Sikit2 baju anak, mainan anak, buku anak. Rambang mata.. Semua nak beli. Brg mak pun tumpang sekali.





Baju t-shirt murah yg amat.. Terus beli banyak2 tuk bais.


Beli online ni kdg jauh lebih murah dari yg jual2 kat mall. Mmg kadang tu kualiti brg kite xpasti lg kan.. Dan sbb tu gak lah ina kalau dah biasa beli dgn seller tu akan ulang beli dgn dia lah.. 

Pantang kalau dengar harga murah. Nak grab semua. Kat ofis pun ramai kwn2 yg niaga. Jual mcm2 gak. Xyah sesak2 nak cari kat wakaf che yeh ke apa .. Pilih je yg kwn2 bentang kat dpn mata. Dan harga pun mmg murah.

Seronok jadi mak2 ni.. Seronok abiskan duit beli tuk anak. Hiiii

Wednesday, 1 February 2017

Cermin Ikea di Ruang Tamu

tunaikan janji haritu
pasal cermin ikea dengan bingkainya hitam berkerawang tu
sebelum ni ina tak tahu nak letak mane
bila cadangan asalnya berubah terus blurrr

lama gak benda tu tersadai
idea datang pun tetiba je
bukak mata pagi sabtu tu terus rasa nak letak kat ruang tamu
gigih ina alihkan frame kufi ketepi
laju2 mintak abg gewe drillkan



hasilnya memuaskan hati ina
kat mata ina dah ok (ayat syok sendiri)
sebelum ni dinding ni terasa masih kosong
walaupun dan ada meja konsol dan 4 ketul frame kufi

duk pikir gak apa patut ditambah
mungkin kerusi sebiji letak tepi meja konsol tu
sebijik aje kalau kerusi sbb kalau letak kedua2 belah
akan ganggu laluan masuk

atau boleh letak pokok pelesu sepohon kat situ
atau atas meja konsol tu letak table lamp pulak

mak aishhh banyaknya verangan.. kihkihkih
benda free keennn

gambar ulang-ulang sempat ina ambik
masih banyak perlu tambah baik
kayuh pelan-pelan







Wednesday, 25 January 2017

Projek susun atur : Dapur

Ok nak sembang2 nga korang pasal susun atur pantry atau barang barang dapur korang.. Camne korang atur segala macam mak nenek tu.

Ina dah 3 taun nk buat susun atur siap berlabel lah konon.. Sampai ke sudah pun belum buat.

Tapi suka sangat tengok rumah2 dalam blog terutama umah oversea nun sana.. Derang buat susun atur setiap perkara, setiap barang, setiap sudut setiap item.. Waw sangat.



dapur kecik ina.. merah ang ang gituw. i like red so much. terang dan menyerlah.
ok alas kaki dah beli yang baru, nanti ina share k.


lesung batu pun bertengek kat atas table top.. phewww!! tak tau nak simpan mana.


kelaut susun atur. bekas aiskrim pun nak jugak simpan. ni yang selalu berlaku buka bekas aiskrim yang adanya ikan. krik..krik..krikk. mak ko kejam sangat kan.


bersepah jugak. nak cari bakul ala-ala rotan tuk letak kat rak tu.. korang rase cantik tak.


label mane label???? tiap kali nak guna rempah angkat satu2.. sekian.


ya ampun.. camni ko susun ina. hikhikhik.. tu apa yang cap sauh tu.. baik!! nanti buangkan.

abg gewe kalu mintak belikan barang dapur pasti beli tepung gandum, susu pekat manis yang jarang sangat guna kat rumah ina ni. tepung gandum biasa ina buat basuh ikan je. baking?? tak reti okeh. huuuuu tak sangka tepung gandum tu tak elok. mmmm maggi tu tu tak elok kan.. semua makan semua bedal. tu mudah sangat kena penyakit yang macam2. lahai... mintak jauh lah sakit2 ni.

in shaa allah tahun 2017 ni nak buat sikit-sikit susun atur setiap barang dalam rumah. susun atur ni memang yang paling susah ina nak buat. perlu kerajinan dan disiplin supaya semua berada pada tempatnya. tengoklah nanti camne. kot azam je lebih bab susun atur ni. skali bertukar taun pun cengitu jugak lah. hihihi




Friday, 13 January 2017

Cermin ikea


Beli cermin ni sbb nak letak dalam bilik tetamu sebagai cermin solek.
Pastu berubah plannya sbb chest drawer lum beli dan yg nak beli tu dah discontinue pulak.

Patut lah jenuh ina tengok dalam web ikea tu.. Nan hado pun yg ina nak tu.. Ada yg sama tapi 4 drawer. Ina nk yang 3 drawer baru elok cermin kat atasnya.


Jadi sekarang ni duk fikir kat mane nk letak cermin tu. Nnt dapat idea ina share kat mane ina letak k.

Thursday, 12 January 2017

Cara simpan tudung/selendang

Kisahnya bermula disebabkan melipat kain 2 bakul selama 5 hari. Tak siap2. Lipat sehelai dua bais meragam.. Mula pikir bagus kalau semua hangerkan aje termasuklah tudung yg leceh plak nk melipatnya.

Ina takde cara yg tetap pun simpan tudung. Bergantung pada jenis tudung lah kan.. Cam dulu2 pakai tudung bawal simpan dalam almari lipat2 camtu.. Kemudian beralih tudung yg awning plain tu, kainnya xkedut sejuk dan berat tu.. Simpan pada hanger yg ada ruang bulat2 tu..

Pastu berubah arah plak pada tudung awning dgn kain chiffon bercorak. Masa ni gila nau nga fareeda. Abis lain2 tudung bagi pada org.

Dan sekarang lebih sukakn plain shawl dan tudung bawal menyerang kembali.. Selai dua tudung bawal bercorak pucci pun ada.

Jenis tudung dah berubah2. Cara simpan pun nak kena ubah2 lah kan. Supaya lebih teratur dan senang diambil.

Ingat tak yang ina bgtau ina bukak satu mulig bar sebelum ni.. Daripada terbiar menyemak kat stor tanpa ada faedahnya.. Ina mintak abg gewe drill tuk ina sangkut tudung2 ina yg tak semengah.


Berubah sedikit area ni semata nk letak mulig bar tu.


Cadangan ina nk chest drawer kat bwh mulig bar tu.. Tudung berlipat simpan dalam drawer. Atas tu cermin bkn mulig bar.. Cermin dah beli cuma chest drawer belum. Jadi ubah ckit lah ikut apa yang ada je dulu.


Hanger pulak yang tak sama kaler. Guna yang mane ada. Lain kali tambah hanger pink.


Almari si bais tu.. Baju dia kecik2 jenuh nak melipat.

Belum siap sangkut pun.. Tak berapa nak rajin dan ina buat ni pn curi2 masa bais tdo.. Budak tu meragam tak sihat.. Tidur tak sampai 10 minit dah jaga. Tak nak berengang langsung. 100% tumpuan pada bais.. Malam pun dia tak lena tidur mungkin kelaparan nak minum susu mulutnya sakit.

Arap bais cepat sihat dan sembuh sepenuhnya. Amin.

Wednesday, 11 January 2017

Taska vs pengasuh

Kali ni nak sembang2 pasal hal anak2 dan pilihan kite sebagai parent
Sama ada nak anta anak kat taska atau kat rumah pengasuh perseorangan.

Bila orang pandang bais dengan keadaan eczema yg teruk ramai yang suggest anta rumah pengasuh perseorangan bila tau ina anta bais kat taska.

Ina hargai nasihat dan pandangan korang tau. Cuma banyak faktor yg ina pertimbangkan.

Bais bila panas atau berhabuk akan mengaru dengan lebih kerap keadaan ni akan ketara sangat bila dia nak tidur.

Jadi ina kena cari taska atau rumah pengasuh yang beraircond.. Erkk bukan demand tau. Kalau bais takde masalah aircond bukan faktor utama.

Kebersihan dan jumlah baby yang dijaga dalam sehari. Pun penting bagi ina.. Bais masih baby, semua benda dia akan masukkn dalam mulut.. Merangkak dan pegang segala macam.. Kan nnt tgn tu masukkn dalam mulut.. So kebersihan mesti diutamakan..

Jumlah kanak2 pun perlu diambil kira sbb bais memerlukan perhatian yang lebih dengan keadaan eczemanya yang camtu kan.

Kepercayaan.. Yess yg ni paling penting. Kepercayaan ni akan wujud maybe dr pengalaman lepas.. Masa pertama kali berjumpa dan bercakap. Atau dipantau oleh pihak lain. Pengasuh yg terlatih atau berpengalaman. So kat cni akan wujud kepercayaan tu.

Sesi pembelajaran dan aktiviti yg menarik serta jadual makan yang baik pun menjadi satu kelebihan lah kan..

Anak kite seharian tau ditinggalkan di taska. Sbb tu lah semua benda tu ina ambik kira.

Dan ina susah nk jumpa rumah pengasuh yg memenuhi keutamaan yang ina nak ni. Merata cari dan tanyakan orang. Last ina jumpa Aulad Pintar Child Care (APCC) yang memenuhi perkara2 yang ina fikir sangat penting untuk bais.

Beraircond, bersih, ada ruangan khas utk baby, ada jadual aktiviti setiap ari dan diberitahu dalam buku log harian kepada parent, jadual makan yang baik, teacher yang terlatih, dan setakat ni hanya bais satu2 nya baby yg ada kat situ. Yg lain toddler so berasingan kelas. Ofkos lah taska APCC ni berdaftar dan dipantau oleh JKM.

So bagi ina hal ni terpulang pada parent, situasi, anak2 dan keutamaan parent tu sendiri. Setiap anak2 tu tak samakan.

Wednesday, 4 January 2017

Berkongsi deko dengan peminat barangan IKEA

Pelbagai group deko yang ada sekarang ni.. Terutama dalam facebook lah kan.
Ina join macam macam group
Seronok dapat tengok deko orang lain
Dari situ lah dapat belajar dan mecuba deko di rumah sendiri

Salah satu group deko yang ina suka kelab dekorasi ikea malaysia
Ofkos lah deko yg melibatkan barang barang ikea..

Dan dalam segan tapi mahu tu ina postkan deko beberapa bahagian umah ina kat dalam group tu...




Ni yg terbaru lah kiranya.. Sebelum sebelum ni pun dah beberapa kali.
Cuma ina tak save so tak leh nk share lah dengan korang..

Kat group ikea ni memang ramai lah otai2 dalam bab deko ni.. Derang punya deko mak aiiihh naik segan kite yg newbie ni nak berkongsi sama.

Tapi bagi ina ramai ahli group ikea ni yg suppotive pada newbie. Yg kiranya deko yg masih kelaut. Dari situ lah kite menilai tahap pencapaian deko kite kan.. Takde lah syok sendiri sampai ke sudah..

Cam deko yang ina post kat group ikea ni likes jauh nak cecah 1k.. Alololo.. Nak kena improve banyak benda. Orang kata air tangan tu.. Kadang dah tiru sebijik sebijan mane2 deko yang berkenan tapi yg kite punya tetap tak menjadi.

Ina deko atas dasar minat semata, seronok dan puas ati bila tengok sesuatu yg cantik kemas dan terletak pada tempatnya.