Thursday, 9 March 2017

Sabah part 2 - Kinabalu Pine Resort dan Desa Dairy Farm Kundasang

sejuknya kat kundasang ni
dah lah hujan renyai2


Bais dah mcm mak jemah.


Bergambar depan bilik dulu la


Pheww xnampak apa pun.. Belakang kiteorg tu view gunung kinabalu

Takpe lah.. Kite angkut beg masuk kereta dulu



Abg amzar gigih nak angkut sendiri beg pakaian dia. Menurun bukit. Risau tergolek je.

apa pun jom sarapan dulu





Lepas sarapan terus check out.. Sambil2 tu apa lagi.. Posing dulu kami anak beranak kat sini. Sebagai kenangan lah kiranya kan.








view kat pine resort ni memang lawa
mengadap dengan gunung kinabalu
cuma bukan rezeki kami
disebabkan hujan dan berkabus tebal
gunung pun tersorok lah
takpe nanti nak singah gunung.. ewahh.

kuar dari pine resort ni nak ke dairy farm castle akan jumpa war memorial dulu
tapi ina tak singah kat situ sbb hujan
risaukan bais lah kan, so moh ler kite tengok lembu hihihi

tiket masuk dkt desa dairy farm ni RM5 sorang untuk budak 5 tahun kebawah free.

sampai kat sini masih hujan.
jadi laju2 masuk kat bagunan yang jual macam2 makanan ni dulu
pekena ais krim dan wafer sementara tunggu hujan reda



Ada dua perisa.. Satu vanilla satu lg tu coklat. Satu bekas ni bnyk gila.. Jenuh nk abiskn.


Tu tempat perah susu lembu kot. Tapi time ni takde pe2 pun. So ina agak2 je lah.


Tengok perangai mak bila bergambar. Steady je walau 2 ketul tu dah mula boring.




untung lembu kambing ni makan minum bersuap
tak berhenti dia makan
berebut orang nak bagi makan
rumput dan susu tu boleh beli kat kaunter
tak mahal pun RM1.50 camtu lah
susu tu ok lah kot.. tapi cam rumput tu 2-3 urat pun kena beli
rumput kot kihkihkih









tak dapat view yg cantik
disebabkan hujan dan berkabus
dan ina tak boleh nak angkut bais merata dalam hujan
so ni je lah gambar kiteorang posing-posing kat sini

ok nanti sambung lagi entri tuk tempat2 lain yang ina pergi.

Monday, 6 March 2017

Sabah Part 1

Agiooo.. lama bebenor tak bersiaran.
bz ke.. ehhh tak lah. elok je ni melepak

short vacay sempena anniversary lah kiranya
ewahh pepiling romantik gituw

beli tiket dah lama pun.. bulan 11 taun lepas
so takde lah mahal kan.
tiket flight pergi balik rm1100
ni untuk kami 4 beranak

memandangkan ada sorg bdk tecik yg aktif ni
jadi ambik direct flight je dari KB ke KK

flight kiteorg pukul 12.50


Abang amzar yg paling happy. potpet potpet soal itu ini. phewww.. layankan aje.


Kalut tgk menu sbb masing2 dah lapar. Yg kecik tu pun sama naik.


Abg nk karipap je. Nugget aeroplane takde plak, kehabisan... Bais lak ambik kek.



Ni mak pak yg punya.



Agak lama perjalanan 2jam 50minit. Abg asyik lah tny bila nk sampai. Adk plak kesana kesini. Jenis takleh duk diam. nasib baik adik tak meragam sangat.


Yeay dah sampai.. Sempat lagi tu menyengeng posing kat situ.

Sampai kat airport kk ni nk kena lalu imigresen tau. Cam cuak gak lah tengok org punya lah ramai. Gigih lah beratur sama.. Tapi laju je xde lah berejam. Dalam 5-10 minit je dah settle. nasib baik.


Tapi kat pickup lugage plak ada problem. Stroller si bais xde. Jenuh tunggu. Pastu abg gewe tanyakn kat kaunter. lama gak kami menunggu kat sini baru lah muncul  stroller bais.

sebenarnya vacay ni bersama dengan family adik ipar yang menetap di sandakan. jadi derang  yg dtg ambik kiteorg kat airport.

Sampai kat kk ni dah kul 4ptg.. So terus ke kundasang. hotel pun dah booking dari awal lagi.

2 jam lebih perjalanan ke kundasang tu ina pening siap pakej muntah lg.. Jalannya cam ke cameron. So kalau korang spesies mudah pening sediakan ubatan2 siap2 k.

sampai kat kundasang dalam kul 7 mlm terus check in hotel dan bersiap tuk dinner. ina stay kat pine resort.
lepas dinner terus zzzzz.. bai nnt ina sambung next entri.

Sunday, 12 February 2017

Shoping online

Dah lama menyepi.. Tiba2 arini kuar tajuk shoping on9.

Maybe sbb arini terima barang paling bnyk kot.

Zaman sekarang ni tak yah kuar kemana pun duit boleh abis gak. Terutama mak2 cam ina ni. Sikit2 baju anak, mainan anak, buku anak. Rambang mata.. Semua nak beli. Brg mak pun tumpang sekali.





Baju t-shirt murah yg amat.. Terus beli banyak2 tuk bais.


Beli online ni kdg jauh lebih murah dari yg jual2 kat mall. Mmg kadang tu kualiti brg kite xpasti lg kan.. Dan sbb tu gak lah ina kalau dah biasa beli dgn seller tu akan ulang beli dgn dia lah.. 

Pantang kalau dengar harga murah. Nak grab semua. Kat ofis pun ramai kwn2 yg niaga. Jual mcm2 gak. Xyah sesak2 nak cari kat wakaf che yeh ke apa .. Pilih je yg kwn2 bentang kat dpn mata. Dan harga pun mmg murah.

Seronok jadi mak2 ni.. Seronok abiskan duit beli tuk anak. Hiiii

Wednesday, 1 February 2017

Cermin Ikea di Ruang Tamu

tunaikan janji haritu
pasal cermin ikea dengan bingkainya hitam berkerawang tu
sebelum ni ina tak tahu nak letak mane
bila cadangan asalnya berubah terus blurrr

lama gak benda tu tersadai
idea datang pun tetiba je
bukak mata pagi sabtu tu terus rasa nak letak kat ruang tamu
gigih ina alihkan frame kufi ketepi
laju2 mintak abg gewe drillkan



hasilnya memuaskan hati ina
kat mata ina dah ok (ayat syok sendiri)
sebelum ni dinding ni terasa masih kosong
walaupun dan ada meja konsol dan 4 ketul frame kufi

duk pikir gak apa patut ditambah
mungkin kerusi sebiji letak tepi meja konsol tu
sebijik aje kalau kerusi sbb kalau letak kedua2 belah
akan ganggu laluan masuk

atau boleh letak pokok pelesu sepohon kat situ
atau atas meja konsol tu letak table lamp pulak

mak aishhh banyaknya verangan.. kihkihkih
benda free keennn

gambar ulang-ulang sempat ina ambik
masih banyak perlu tambah baik
kayuh pelan-pelan







Wednesday, 25 January 2017

Projek susun atur : Dapur

Ok nak sembang2 nga korang pasal susun atur pantry atau barang barang dapur korang.. Camne korang atur segala macam mak nenek tu.

Ina dah 3 taun nk buat susun atur siap berlabel lah konon.. Sampai ke sudah pun belum buat.

Tapi suka sangat tengok rumah2 dalam blog terutama umah oversea nun sana.. Derang buat susun atur setiap perkara, setiap barang, setiap sudut setiap item.. Waw sangat.



dapur kecik ina.. merah ang ang gituw. i like red so much. terang dan menyerlah.
ok alas kaki dah beli yang baru, nanti ina share k.


lesung batu pun bertengek kat atas table top.. phewww!! tak tau nak simpan mana.


kelaut susun atur. bekas aiskrim pun nak jugak simpan. ni yang selalu berlaku buka bekas aiskrim yang adanya ikan. krik..krik..krikk. mak ko kejam sangat kan.


bersepah jugak. nak cari bakul ala-ala rotan tuk letak kat rak tu.. korang rase cantik tak.


label mane label???? tiap kali nak guna rempah angkat satu2.. sekian.


ya ampun.. camni ko susun ina. hikhikhik.. tu apa yang cap sauh tu.. baik!! nanti buangkan.

abg gewe kalu mintak belikan barang dapur pasti beli tepung gandum, susu pekat manis yang jarang sangat guna kat rumah ina ni. tepung gandum biasa ina buat basuh ikan je. baking?? tak reti okeh. huuuuu tak sangka tepung gandum tu tak elok. mmmm maggi tu tu tak elok kan.. semua makan semua bedal. tu mudah sangat kena penyakit yang macam2. lahai... mintak jauh lah sakit2 ni.

in shaa allah tahun 2017 ni nak buat sikit-sikit susun atur setiap barang dalam rumah. susun atur ni memang yang paling susah ina nak buat. perlu kerajinan dan disiplin supaya semua berada pada tempatnya. tengoklah nanti camne. kot azam je lebih bab susun atur ni. skali bertukar taun pun cengitu jugak lah. hihihi