Wednesday 28 September 2016

Penapis air cuckoo

Korang guna penapis air tak kat rumah..

Sebelum ni ina guna cerek tuk masak air.. Cerek ni mmg rare dari awal kawin beli sampai lah sekarang.. Berjasa betul.. Saiznya yang cute tu menyebabkan air masak selalu abis.. Mmm nampak sangat kemalasan. Kalau rajin takde nya abis air masak tu kan..

Jadi abg gewe macam berkira2 nak pasang penapis air lah tuk bini dia yang selalu alasan tak sempat nk masak air.. Melampau.

Sekali dua je dia bunyi hal nak pasang penapis air masa borak2 dengan ina.. Nadanya masih dalam dua. Ina pun takde la beria sangat. Tak pasang pun takpe kalau pasang pun takpe.

Sekali sebelum raya haji tuari abg gewe cakap orang cuckoo nak datang pasang penapis air kat umah khamis nnt. Terkejut gak ina. Biasanya apa2 barang kat umah ni ina yg over xcited nak beli. Kali ni lain plak.

Nak cite kelebihan ke apa ina tak tau sangat. Korang google lah ye.




Sebelum ni ok je dengan cara masak air guna cerek.. Dah biasa pun. Cuma dah ada kemudahan ni mmg berbaloi gak. Abg amzar pun dari susah nk minum air kosong skrg dah minum.

Ada 3 pilihan air, panas, suam dan sejuk. Kalau sebelum ni jenuh air dalam peti ais sbb nak minum air sejuk skrg dah tak yah.. Nampak tak malasnya tu disini.

Friday 23 September 2016

Bilik tidur vs playroom

Minggu ni allah uji dengan kesibukan dan kesihatan.. Agak stress bila badan tak sihat, si bais pun demam dan selsema pastu banyak kerja kat ofis yang date line nya buat sesak nafas.

Dalam tak sihat ni pun cuba gigihkan diri kemas sikit playroom abg amzar.. 
Masih ingat tak entri ina pasal nak jadikan playroom amzar tu bilik tidur.. Kot lah korang baca entri ina sebelum ni. Hiii

Duk bincang nga abg gewe pasal nak start ajar abg amzar tidur bilik sendri.. Sekarang kira peringkat memujuk.. Supaya dia ready nak tidur sendri kan.. Duk ulang2 hal2 tidur sendri ni lah.. Bilik abg best pe semua. Mak ko psiko.

Jadi bilik amzar bukan berubah totally pun.. Hanya tambah tilam je seketul. Teaser je dulu.

Masih try and error susun atur dalam bilik ni.. Banyak benda nak kena ambik kira dengan ruang yang sangat2 terhad. Sempit kot. 

Nak beli katil masih dalam pertimbangan. Risau dah beli karang tak muat pulakk.. Nangis mak. Bila cuba masukkn tilam seketul dalam bilik ni terus rasa OMG!!! Nasib baik belum beli katil.. Muat2 je seketul.

Bilik ni memang kecik sangat. Itu nak kena pikir gak 2-3 taun akan datang. Bais boleh tidur sama dengan abg. Masih survey katil yang sesuai.

Tak mo gaduh2 beli itu ini kan nanti tak sesuai.. Ina ni tak pandai nak bayangkan susun atur dan saiz sesuatu barang tu kalau tak letak terus kat tempat yang nak diletak tu.. Jadi memang selalu salah beli.. Pheewww!! Bertabah lah.

Tapi nak buat camne kan.. Belajar melalui kesilapan. Biar lah 40kali dah pun buat silap.. Bagi nak elak tersalah beli katil.. Ina letak dulu tilam kat bilik tu. 


Ni kalau katil 2 tingkat tak sesuai kat tingkap. Pulakkk..


Satu2 nya pintu yang dah siap dicat hitam.. Tak tau bila entri bab cat pintu akan menyusul. Huhuhu


Ni je ruang yang ada. Penuh sangat.


Tuannya dah acah2 tidur kat bilik sendri.


Almari tu cam kat tengah laman sangat.


Tent tu makan ruang. Nyampah okeh. Tapi budak2 hepi duk dalam tu. Pejam mata je lah.


Meja aktiviti je ada.. Plan asal nak buat ruang belajar ada meja study dan rak buku. Mane nak sumbat nihhh. Buntuuu


Mmmm almari lama abg amzar, belum ada rezeki nak tukar. Dah kirim kat ps ikea 2 ketul.. Tapi dapat seketul je.. Jadi yang dapat 1 tu almari bais dulu lah. 

Almari abg amzar tu masih elok cuma lebar camtu makan banyak ruang.. Sbb tu nak tukar sama dengan almari bais jenis kurus dan tinggi sikit. Boleh letak dua2 almari tu dekat belah ni je, tempat almari amzar parking ni.

Almari lama abg amzar ni kalau ada kerajinan boleh diy tampal wallpaper pastu angkut masuk stor. Plan aje la, ntah bila la tu. Cam tak larat sangat nak buat dalam masa terdekat ni. Bilik amzar belum siap sepenuhnya pyn lagi.. 40% je kot dari apa yang ina nak buat.. Pelan.. Pelan. Cari2 idea yang sesuai.

19.10 ni amzar genap 5 tahun.. Dah besar anak ibu. Dah nak tidur bilik sendri.. Ibu tetap rindu nak tidur bertepek dgn anak2 ibu tau.. Sob..sob..sob.. 

Ina je ke yang rasa camni, hover sangat. Dalam rumah yang sama je pun. Tak kan sampai ke besar berkepit bawah ketiak mak. Semoga anak2 ibu sentiasa dilindungi allah. Amiin.


Monday 19 September 2016

Kb burger bakar

Ni cerita semalam.. abg gewe masih ada kat rumah sbb ada kursus kat kb..
Ina keje cam biasa.. Lemau la kan lama cuti pastu masuk keje.. Alasan sgt.

Hari keje memang balik petang dah tak larat nak bersilat kat dapur.. Nak kuar pun malas benor nak bersiap. Tapi abg gewe duk ajak nak makan kat kb burger bakar.

Rajinkan diri nak bersiap anak2.. dua ketul tu pun harus la siapkan ensem2. Hahaha kuar makan aje pun. Saje gediks!

Kedai burger ni dah lama viral tapi tengok keadaan yang selalu penuh je tak mampu nak bersesak. Tak gemar.. Ina tak gemar apatah lagi abg gewe. Dengan anak2 pe semua kan.

Dah lewat pun semalam kuar. Ina yang hegeh2 bersiap.


abang amzar order fries dengan air milo dinasour



Adik bais punya double mixed cheese burger tu kongsi nga papa okeh. Adik bais ambik bau je belum sampai masa tau nak makan.


Dua2 nak duk atas papa.



Ina order terminator beef burger.. Jenuh nak abiskan.

Ada banyak lagi menu lain yg menarik big prawn thai noodle.. Tak mo cite lebih lebih.. Korang pergi sendri okeh. Sape2 kat kota bharu di syorkan makan kat sini. Berbaloi.

Kedai ni depan JKR kalau dari kbmall ambik jalan ke kuala krai lepas sikit dari taman tengku indra putra tu kedainya.

Boleh usha fb nya gak kb burger bakar. Sila la ye.

Sunday 18 September 2016

Kurung moden vs peplum

Bab baju bajan plak kali ni.. Dah kenapa kan.. Anjet2 retis ke apa. Hahaha.. Betul2 meroyan tiap kali bukak je fb ada je baju yang terrrr fall in love.. Terr la sangat kan.

Bukan hover okeh.. Ina dah tak muat mostly semua baju ina sebelum pregnant dan lahirkn bais.. Serius semua dah mengembang. Sob sob sob.

Ko bkn baju yang ngembang tuan baju ni ahh!

Bila dah start keje lepas abis cuti bersalin aritu.. Baru rasa seksanya bila try baju semua dah tak mampu nak bernafas.. Sendat, terkepit, berbarut, menonjol, ehh semua lengkap lah.

Sebelum ni ina tak suka sangat beli online.. Kan baju sampai nanti kualitinya tak elok lah.. Sizenya tak kena lah. Dari pengalaman yang sebelum sebelum ni la kan..

Cuma masa dalam tempoh cuti bersalin ritu mmg kenkangan sangat nak kuar angkut bais yang kecik ni cari baju raya semua tu kan.. Ina pasrah beli je dress dan jubah dari fb.. Dan... Dari situ lah kegilaan membeli online ni bermula. Pantang tengok terus cair.

Yang bestnya sekarang mmg banyak butik2 ni buat sales.. Kaw kaw lah! Berbintang bintang biji mata. Semua nak grab.


Kali ni grab satu kurung moden warna mint dan satu lagi peplum warna purple.. Sales punya pasal.. Duk leleh2 air liur baik terus grab je kan.



Belanja gambar model je mampu.. Kot ina posing korang terbeliak plak biji mata. Huhuhu.

Murah gila kan dari RM239 boleh dapat dengan RM159 je.. Ni gara2 nak kuarkan design baru rasanya jadi yang design tuk raya puasa tuari buat la sale abiskan stok.. Pun boleh, nak buat gilir2 pakai gi ofis je pun.. Bukan ada pe2 majlis grand ke apa. Dah rasa cukup berbaloi.

Senang sangat shoping online.. Tak yah duk bersesak, jimat masa tenaga minyak bagai.. Untuk ina lah.. Lain org lain cita rasa dan ofkos lain caranya. Kebetulan size dan ukuran tu tiap kali beli ok je.. Kalau tak mau nangis tepi bucu katil gak lah.

Butik2 ni semua kebanyakannya join mood republic yang duk selalu buat tu. Kalau kat kelantan ni kat KTC. Minaz, leeyana rahman, mmbasic, lisa adam, jubah souq, cala qisha, cazzara, riaz angun, arissa couture... Banyak lah tak tersenarai kat sini okeh. 

Kot lah next time bila ada mood republic korang nak gi try dulu baju2 derang ni kan.. Pasti dah try skali nanti kan duk angau 40 hari 40 malam. Selamat terhasut okeh. Hahaha (gelak jahat)

Thursday 15 September 2016

Kemas Laman Belakang

Kali ni operasi kemas laman belakang rumah.. Ehh laman ke kalau belakang rumah.  Lantak la kn laman ke idok.

Tak luas pun laman belakang rumah ina.. Boleh la tanam sepokok dua buat tambah oksigen gitu kekdahnya.

Sekarang ni suhu bumi cam bahang sangat. Balik kampung umah mak pun tak sejuk cam dulu walaupn umah mak ina betul2 di kaki bukit. Bumi makin tua kan...

Lama dah tau laman belakang mau pun belah depan umah ina ni bersepah.  Pokok2 lama tak trim dah meninggi sampai ada yg cecah keluar pagar masuk area rumah jiran. Tak elok benor menyepahkan laman rumah jiran.

Kali ni gigih trim semua pokok. Mane yg tinggi kite kentotkan mane yg serabai kite kemaskn.


See.. Menimbun dahan pokok yang dah di trim.. Bayangkan lah semua tu melata dalam kawasan rumah. Jadi sarang nyamuk.. Sarang macam2 lah bila semak camtu kan..

Dua hari baru siap buang semua yang tak perlu.. Elok lah sikit rupenya. Nak maintain camtu kena la maintain kerajinan gak.. Kalau tak sebulan dua nnt balik rupe asal.


Ok dah lapang pemandangan


Kunyit pun ada wehh.. Sepohon pun jadi lah.


Tak sangka serai ni menjadi.. Gemuk2 plak tu. Rezeki bersihkan laman.. Ahakss. Poyo je ayatnya.



Sepit udang kuning



Lain2 pokok lupe nama.. Apa pn pokok ni semua penyeri laman.. Rasa tak best kosong je tanpa pokok. Ina lah, lain orang lain hobi dan minatnya kan.. Ina dan abg gewe dua2 sukakn pokok.

Lega seminggu dua bab pokok kat belakang rumah.. Belah depan?
Kena tunggu ku seru kerajinan datang dulu lah tuh. Tak tau bila.. Tak mo janji2.. K bai nak sinsing lengan baju masak tengah ari plak ni.

Tuesday 13 September 2016

Cerita Raya Haji

Raya haji kali ni ina satu family balik terengganu.. Kalau ikut turn raya haji taun ni patut umah mak mertua sbb raya puasa tuari dah balik kampung ina..

Tp sbb mak abg gewe taun ni jadi tetamu rumah allah abg gewe cakap kite balik umah mak ina.. Lagi pun nak buat akikah tuk bais sekali.

Tahun ni ayah korbankan lembu sendiri.. Sekor tu hanya kami adk bradik dgn mak je.. Memang meriah mak panggil kwn2 dia dtg masak kat umah.. Bukan sekor pun hanya bahagian yg akikah tu je yg dimasak kat umah. Yang bahagian lain agihkan cam biasa.


Abang amzar xcited nak tengok org sembelih lembu.


Lepas sembahyang raya semua terus tukar pakai t-shirt biasa. Yang laki la yang gegirl maintain ayu kat dalam umah walaupn berpeluh sediakan barang2 nak masak. Menu simple singgang dan goreng kunyit .. Yang sampingan ikan kering, acar dan sambal wajib ada.

Sambil masak sambil makan gitu kekdahnya..

Mak hepi betul.. Kali ni mmg lain sikit kemeriahnya. Mak jemput ramai kawan2 iban. Dah rasa cam duk umah panjang dengar derang cakap longhat iban.

Dalam banyak2 menu aritu yang uniknya kerabu bunga kantan.. Nama menu dalam bahasa iban ina taktau.


Mak ina tak pernah buat yang ni.. Jadi ni kali pertama ina makan. Memang sedap. Boleh kot lain kali cuba buat sendiri.



Tak sempat pun nak bergambar kenangan dengan 2 lagi hero. Susah nak bergambar lengkap 4 orang.

Ni pun gedik selfie dengan bais masa orang lain kalut masak. Bais si pp merah semoga cepat sembuh. Dah settle akikah untuk bais.. Alhamdullillah.. Semoga bais sentiasa dalam rahmat allah. Amin..


Saturday 3 September 2016

Playroom atau bilik tidur

Serius sekarang ni takde mood nak kemas rumah. Lemau semacam je. Badan penat sangat kot. Kalau hari keje mmg rasa rutin yg amat setia
p ari pun.. Pagi bangun terus bersiap nak anta anak2 dan pergi kerja.. Balik ptg ambik anak2 tapau mkn mlm sampai umah mandikan anak2 mkn solat kemas beg derang utk esoknya pastu terus tidur.. Memang awal gila ina tidur kalau hari keje.. Takdenya nk layan movie ke af ke. Baring je terus lelap. Nikmatnya dapat tidurkan. Camtu la tiap ari dah rasa jemu kdg tu.

Hari cuti ujung minggu mmg hari yang dinantikan.. Rasa best dapat rest kat rumah.. Kadang tak pergi mane pun. Lepak je kat umah.. Kemas mane yg patut.. Main masak2 wahhh leganya dapat makan masakan rumah.. Tiap ari tapau dah tak tau rasa telan je la kan.. Takde special apa pn ina masak sekadar simple2.. Tapi kan.. Mmg ina lebih suka mkn kat umah.. Selera kampung sangatkan.

Ari minggu la masa tuk kemas rumah.. Terutama bab baju bajan.. Harus kena segerakan. Tu pn menimbun.. Sampai abg gewe angkut bwk dobi separuh.. Tak kisah la kan janji settle..

Dah banyak baju bais ni rupanya.. Rasa nak kena tambah almari baju tuk bais.. Sebelum ni ina letak baju2 bais dalam laci lemari lennart yg ikea tu je.. Tp bajunya bertambah.. Dan susah plak rasanya xde ruang nk hanger baju jalan2 dia.. Duk pk nak beli almari tapi mood nak berkemas tu kurang. Kan bertanguh tak tau bila plak..

Bila duk fikir nak beli almari terus rasa cam nak tukar playroom tu jd bilik tidur anak2.. Maklumlah dah ramai ni.. Bersempit nak tdo sama2 lagi kan.. Amzar pn dah besar. Slow2 la kn ajar dia tdo sendri..

Sekarang ni tengah cari idea nk ubah playroom tu jadi bilik tdo.. Kalau boleh yg sesuai tuk amzar dan sesuai gak tuk bais.. Tak lah semuanya bertukar memandangkan bais masih kecik dan ofkos lah nak gak ruang khas tuk bais main.








Antara beberapa bilik tidur anak yang boleh diceduk ideanya.. Mane sesuai dgn ruang dan keperluan anak2 kan.. Tengok lah kalau mood rajin datang in shaa allah nk kena buat gak projek transform playroom amzar ni.. Pasni bkn amzar punya la ye.. Share dgn adk bais plak. Harap boleh share dengan baik lah nnt.

Friday 2 September 2016

Happy birthday Abang Gewe


Last week punya cite.. Yer tau dah tua.. Erkkk tapi tak salah pun kan nak celebrate besday tuk orang yg kite sayang... Kadang orang ckp sayang tak semestinya kena cakap.. Ntah la betul ke tidak. Org ckp ina xcakap.. Hahaha tak lawak okeh..

 Tapi kalau tak cakap tindakan pun acuh tak acuh je.. Jadi tang mane sayang tu kan.. 

Eh.. Apa ina merepek ni. Hiiiii ok balik ke pangkal jalan.

Kali ni buat simple2 tuk gewe ina.. xde la nk prepare pe sgt.. Tiba2 rasa baik beli kek sebiji ajak adk2 abg gewe dtg rumah. Makan sama gitu.

Kebetulan gak mil dan fil nak ke mekah menunaikan haji so ina nk ajak datang umah malam jumaat lepas.. Tapi mil ckp dia tak dapat nak pergi memandangkan ramai sedara mara dan kawan2 yang datang ke rumah tuk berjumpa.. Alih2 mil ckp buat lepas dia pergi. Adk2 abg gewe semua balik time tu katanya.

Ubah ke malam isnin kiranya sari lepas mil dan fil ina bertolak ke mekah.. 


Ahad tu ina keje cam biasa.. Sbb last minit nak celebrate besday ni tak sempat nak tempah kek pun.. Petang ahad tu ina beli je kat secret recipe.  Pun boleh la kan.. Janji ada kek. 

Semua makanan malam tu beli je yang siap. Tak masak pun.. Beli satay, donut big apple, ayam kfc pastu coktail.. Tu je serius simple sangat2. Nak beli banyak2 pun yang ada tak ramai.. Kan nnt membazir.


Abang amzar duk intai2 kek tu duk ckp kek papa no 13.. Mudanya papa awak kalau 13 nak oiiii..


Ok jom potong kek sama2


Ni tetamu malam tu.. Tak ramai tapi cukup meriah. Adk2 abg gewe tak semua pun yg ada.. Cuma 2 orang yang lain pagi ahad tu dah kena gi tempat keje dan belajar masing2.. Kebetulan adk ina ada kursus kat kelantan.. Jadi dia ada malam tu.. Dan sorg lg tu best friend abg gewe.

Next time, panjang umur murah rezeki in shaa allah nak selalu berkumpul camni. Makan sama2 sambil borak2. Mmg best.

P/s: semoga#hidup#ini#dalam#keberkatan#allah